Pages

Sunday 13 July 2014

GAZA DISERANG LAGI


Penyelesaian Hakiki Terhadap Konflik Palestine

Secara faktanya konflik berdarah yang menimpa umat Islam Palestine sehingga hari ini bermula apabila negara haram Zionis-Israel didirikan hasil perancangan British-Amerika-PBB diatas tanah yang dirampas daripada umat Islam Palestine. Tanah umat Islam Palestine telah dirampas secara paksa dengan menggunakan kekuatan ketenteraan oleh Rejim Zionis-Israel. Apabila umat Islam Palestine bangkit menentang kezaliman Rejim Zionis-Israel, mereka akan dibunuh dengan kejam oleh Rejim Zionis-Israel dengan menggunakan kekuatan ketenteraan. Bahkan operasi terancang ethnic cleansing yang dilakukan oleh Rejim Zionis-Israel terhadap umat Islam Palestine juga menggunakan kekuatan ketenteraan.


Maka, perkara asas yang mesti difahami berkaitan dengan konflik berdarah yang sedang menimpa umat Islam di Palestine adalah berpunca daripada Pencerobohan dan Perampasan tanah umat Islam Palestine oleh Rejim Zionis-Israel. Pencerobohan dan Perampasan tersebutlah yang telah menyebabkan ratusan ribu umat Islam Palestine menjadi korban oleh keganasan dan kezaliman oleh tentera Rejim Zionis-Israel. Pencerobohan dan Perampasan bumi Palestine oleh Rejim Zionis-Israel telah mengorbankan ratusan ribu umat Islam Palestine dan dianggarkan lebih daripada 4 juta umat Islam Palestine hidup sebagai pelarian di negara-negara lain. Sehingga kini, sudah hampir 95% bumi Palestine telah dirampas oleh  Rejim Zionis-Israel, manakala umat Islam Palestine terpaksa tinggal umpama ‘penjara terbuka’ di sisa-sisa tanah Palestine yang belum dirampas oleh Rejim Zionis-Israel.


Oleh itu, penyelesaian hakiki terhadap konflik berdarah yang sedang menimpa umat Islam di Palestine ialah menghalau keluar Rejim Zionis-Israel daripada bumi Palestine. Kerajaan Rejim Zionis-Israel yang ada pada ketika ini adalah penceroboh dan perampas, mereka mesti dihalau keluar daripada bumi Palestine dengan kekuatan ketenteraan. Tiada istilah rundingan atau perjanjian dengan penceroboh dan perampas! Mereka tidak layak langsung untuk dibawa berunding. Perang (Jihad) adalah jawapan kepada kebiadaban mereka.

Membebaskan Bumi Palestine Tanggungjawab Siapa ?

Isu Palestine (termasuklah Gaza) merupakan isu umat Islam di seluruh dunia. Dalam Islam isu Palestine adalah merupakan isu yang berkaitan dengan pegangan umat Islam terhadap ajaran Islam, bukan semata-mata isu yang berkaitan dengan isu kemanusian. Mempertahankan Palestine merupakan satu kewajipan atas beberapa sebab:

(1)    Batul Muqaddis merupakan tanah suci ketiga umat Islam dan Palestine itu sendiri adalah kawasan bumi yang diberkati. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [TMQ Al-Isra' (17):1]

(2)    Negara Israel yang dibentuk oleh British-Amerika-PBB hasil dari Deklarasi Balfour dan persetujuan PBB (Liga Bangsa-Bangsa pada masa itu) merupakan negara haram yang berdiri atas bumi kaum Muslimin yang dirampas.

(3)    Kaum Muslimin yang mana tanah mereka dirampas dan dikepung,serta umat Islam sendiri diserang dan dibunuh sedemikian rupa oleh Rejim Zionis-Israel. Dalam Islam, terdapat hukum syarak yang jelas tentang apakah tugas umat Islam lain di luar kawasan tersebut.

Oleh itu, membebaskan semula Palestine daripada pencerobohan rejim Zionis-Israel adalah wajib secara kifayah (fardu kifayah) keatas seluruh umat Islam. Justeru, selagi masalah Palestine tidak selesai, maka selagi itulah keseluruhan umat Islam akan berdosa, kecuali mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya sama ada secara politik ataupun ketenteraan.



Bagaimana Melaksanakan Kewajipan Keatas Pembebasan Bumi Palestine?

Kewajipan secara fardu  kifayah yang wajib ditunaikan oleh umat Islam keatas bumi Palestine ialah membebaskannya daripada pencerobohan dan penjajahan oleh Rejim Zionis-Israel. Kewajipan keatas pembebasan bumi Palestine hanya akan terlaksana apabila Rejim Zionis-Israel berjaya dihalau keluar. Tidak ada cara lain untuk menghalau keluar penceroboh Rejim Zionis-Israel melainkan dengan cara ketenteraan (Jihad). Dalam sejarah Islam, itu jugalah cara yang telah lakukan ketika Palestine dibebaskan buat kali pertama oleh Khalifah Umar Al-Khattab, kemudian oleh Salahuddin Al-Ayyubi, Nurrudin al-Zinki dan Immaddudin Al-Zinki. Palestine hanya akan dapat dibebaskan dengan kekuatan ketenteraan (Jihad).

Maka, kekuatan kenteraan umat Islam yang ada pada ketika ini wajib digerakkan untuk menghalau keluar rejim Zionis-Israel dari bumi Palestine. Para tentera umat Islam wajib dikerahkan untuk berperang dengan Rejim  Zionis-Israel, itu adalah kewajipan mereka sebagai tentera. Peranan umat Islam dan Parti Politik /Jemaah Islam ialah melakukan usaha dakwah dan muhasabah agar usaha ketenteraan untuk membebaskan bumi Palestine dapat dilaksanakan oleh para Pemimpin negara  dan tentera umat Islam khususnya.

Oleh itu, harus disedari bahawa walaupun bantuan kemanusian yang dilakukan oleh ramai pihak daripada umat Islam merupakan usaha yang sangat mulia, namun hakikatnya itu bukanlah usaha untuk menyelesaikan isu Palestine. Bagi umat Islam, usaha membebaskan bumi Palestine seharusnya lebih kehadapan berbanding dengan usaha-usaha menghulurkan bantuan kemanusian. Ini kerana, kewajipan yang lebih utama yang dituntut dalam ajaran Islam ialah membebaskan bumi Palestine daripada pencerobohan dan penjajahan oleh Rejim Zionis-Israel. Tidak wajar sama sekali bagi umat Islam jika melakukan usaha dengan hanya berdoa, solat hajat dan menghulurkan bantuan kemanusian tetapi tidak berusaha untuk melakukan dakwah dan muhasabah kepada para Pemimpin umat Islam dan tentera  agar bumi Palestine segera dibebaskan.


Sudah terlalu banyak peristiwa dan kejadian yang seharusnya membuka mata umat Islam tentang penyelesaian sebenar terhadap isu Palestine. Umat Islam tidak seharusnya mengikut rentak barat dalam menyelesaikan isu Palestine. Mereka (negara-negara barat, khususnya Amerika) adalah musuh Islam yang nyata, segala penyelesaian yang diberikan oleh mereka sudah pasti adalah semata-mata untuk melemahkan dan memerangkap umat Islam. Justeru itu, persetankan segala usaha perdamaian atau rundingan yang ditawarkan oleh negara-negara barat. Umat Islam harus mara kehadapan dengan melakukan usaha agar tentera-tentera umat Islam dapat dikerahkan  sesegera mungkin untuk membebaskan bumi Palestine.


Anda Mungkin Juga Meminati :

1. GAZA Diratah Rejim Zionis-Israel : Sikap Umat Islam yang Mengecewakan 

2. Piliharaya-Demokrasi Menurut Politik Mesir

No comments:

Post a Comment