Monday 13 April 2020

Membina Ekonomi Yang Berdaya Tahan


Salah satu punca utama ekonomi global ketika ini termasuklah ekonomi Malaysia sering mengalami ketidaktentuan dan tidak mempunyai daya tahan yang mampan adalah kerana wujudnya ekonomi yang dikenali sebagai virtual economy/paper economy/financial economy. Virtual ekonomi sangat berkait rapat dengan pasaran kewangan yang membenarkan ekonomi dikembangkan lebih besar daripada saiz sebenarnya.

Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah wujudnya sektor pasaran kewangan seperti pasaran modal telah mendorong Virtual ekonomi berkembang dengan lebih besar sehingga transaksi kewangan boleh berlaku dengan sangat laju sehingga dapat menghasilkan saiz ekonomi yang jauh lebih besar daripada nilai sebenarnya. Transaksi pasaran modal yang berlaku dengan sangat laju berbanding aktiviti ekonominya yang sebenar (real economy) telah menyebabkan kekayaan terhasil daripada pasaran modal menjadi sangat tinggi berbanding dengan kekayaan yang terhasil daripada aktiviti ekonomi yang sebenar. Bahkan, pasaran modal dikembangkan lagi dengan lebih laju mengunakan instrument kewangan yang dikenali derivatives.

Kesannya nilai ekonomi yang dihasilkan menjadi berlipat kali ganda lebih besar walaupun tidak berlaku sebarang peningkatan dalam aktiviti ekonomi yang sebenar. Senario ini akhirnya akan berakhir dengan krisis kewangan yang menyebabkan impak negatif terhadap ekonomi apabila pasaran kewangan mengalami keruntuhan. Keruntuhan pasaran kewangan merupakan satu senario ‘semulajadi’ yang pasti akan berlaku dalam putaran ekonomi kapitalis apabila gelembung ekonomi yang dihasilkan secara sistemik semakin membesar dan akhirnya ‘meletup’. Letupan yang pasti menyebabkan terjadinya krisis ekonomi.

Virtual ekonomi juga didorong oleh kaedah percetakan wang yang tidak disandarkan pada sebarang komoditi yang berharga seperti emas dan perak sehingga membolehkan wang dicetak melebihi dari nilai yang sepatutnya dengan hanya bersandarkan pada keyakinan (fiat money). Bukan sahaja wang yang digunakan ketika ini tidak disandarkan pada sebarang komoditi yang berharga, malah KDNK dan percetakan wang berdiri secara independen sehingga membolehkan wujudnya senario dimana KDNK negara mengucup tetapi percetakan wang meningkat dengan banyak. Kerapuhan sistem kewangan ini malah diletakkan dalam keadaan yang sangat berisiko untuk menjadi lupuk kepada pedagang mawatang asing untuk mengaut keuntugan atas angin sehingga boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara seperti yang telah berlaku semasa krisis kewangan Asia tahun 1997/98.

Selain itu, penjanaan hutang berasarkan riba yang dihasilkan oleh industri kewangan menambahkan lagi kepesatan perkembagan virtual ekonomi. Senario ini terjadi dengan penghasilan wang berdasarkan hutang dan riba yang dihasilkan oleh sistem perbankan seperti fractional reserve banking oleh industri kewangan seperti bank. Senario ini menyebabkan wang dalam bentuk hutang yang beredar dalam putaran ekonomi jauh lebih banyak daripada nilai wang yang sebenar.

Saiz virtual ekonomi yang merupakan kaedah yang sangat penting dalam mengembangkan ekonomi dalam sistem kapitalis mewakili saiz ekonomi yang jauh lebih besar daripada saiz ekonomi sebenar. Senario ini menyebabkan ekonomi dunia ketika ini sering terdedah kepada pelbagai masalah ekonomi seperti inflasi dan kegawatan ekonomi, kerana ianya merupakan masalah yang terhasil secara sistemik dengan sistem ekonomi kapitalis. Inflasi dan kegawatan ekonomi adalah masalah ekonomi yang menjadi sebahagian daripada pelengkap semulajadi dalam sistem kapitalis yang tidak dapat dipisahkan.

Hakikatnya keadaan ekonomi dunia kapitalis ketika ini adalah ibarat seseorang yang menghidap pelbagai jenis penyakit dan bergantung dengan rawatan dan ubat-ubatan untuk meneruskan hidup. Pada tahun 1997/98 disahkan menghidap penyakit kencing manis, maka perlu mengambil ubat kencing manis. Kemudiannya tahun 2008 pula, disahkan menghidap penyakit darah tinggi dan kolestrol. Seterusnya, pada tahun 2020 buah pinggang akhirnya rosak akibat hidup yang banyak bergantung dengan ubat-ubatan. Maka, selain perlu untuk terus mengambil ubat-ubatan akibat penyakit sebelum ini, kominten bertambah lagi dengan perlu pula menjalani dialysis secara berkala.  
Walaupun masih dapat meneruskan hidup dengan kesungguhan menjalani rawatan dan mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan yang menuntut komitmen yang  tinggi dari segi masa, tenaga dan wang ringgit, kenyataannya daya tahan badan sudah semakin lemah dan keupayaan badan semakin berkurangan untuk melakukan kerja-kerja seperti ketika masih sihat. Keadaan ini tentu sahaja sangat berpotensi untuk dijangkiti dengan virus yang boleh membawa maut seperti virus COVID-19. Begitulah perumpamaan sistem ekonomi kapitalis ketika ini. 

Oleh itu, selagi sistem ekonomi kapitalis yang tidak dapat dipisahkan dengan virtual ekonomi terus menjadi sebahagian daripada cara ekonomi diuruskan dan dikembangkan, maka jangan berharap sama sekali bahawa ekonomi akan dapat dipulihkan dan seterusnya memberikan kesejahteraan hidup pada rakyat. Jika ekonomi kelihatannya berjaya dipulihkan dengan bermacam-macam pakej rangsangan ekonomi, hakikatnya ianya hanyalah salah satu ubat-ubatan untuk merawat ekonomi agar dapat terus survive dalam keadaan sangat bergantung pada ubat-ubatan dan daya tahan yang semakin lemah.

Kesimpulannya, untuk membentuk daya tahan ekonomi yang mampan dan berdaya saing, virtual economi mesti dihapuskan. Ekonomi yang mampan dan berdaya saing serta mempunyai daya tahan yang kuat dalam erti kata yang sebenar adalah ekonomi yang berkembang berdasarkan aktiviti real economy semata-mata. Sistem ekonomi kapitalis tidak dapat hidup tanpa adanya virtual ekonomi, sebaliknya sistem ekonomi Islam mencegah dengan tegas sebarang bentuk aktiviti atau urusniaga yang menjurus kepada wujudnya virtual ekonomi. Mencegah kewujudan virtual ekonomi dalam sistem ekonomi Islam berlaku secara sistemik dengan cara; pertama, mengharamkan muamalah yang tidak berdasarkan syirkah yang dibenarkan oleh hukum syarak. Kedua, matawang disandarkan pada komoditi yang berharga seperti emas dan perak. Ketiga, mengharamkan riba. Untuk melaksanakan tiga perkara tersebut ianya memerlukan institusi pemerintahan yang hanya berhukum berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah iaitu sistem pemerintahan Khilafah.




Saturday 11 April 2020

The Cycle of Wealth


In the Islamic economic system, the cycle of wealth is one of the most important elements in order  to simulate the economy in a productive way. Hoarding (Kanzul Mal) is an activity that is prohibited in Islam. Hoarding is defined as an activity of accumulating wealth without any specific purpose except but to accumulate wealth. From the economic perspective, hoarding is taking out wealth (money) from the market and causes economic activity to be disturbed or to slow down. Hoarding is different from saving. Saving is to save some amount of money to be spent for a specific purpose such as to build a house, for marriage, to finance the children’s education etc. The hukm of saving is mubah. Money saved will finally be spent in the economic cycle. At the same time, Islam allows saving in order to guarantee living needs (Nafkah) for one year.  The state must provide the guidelines on the amount of saving that is allowed for an individual to save based on their responsibilities and needs.

Islam teaches the ummah that whomever that has been granted by Allah SWT with wealth which is more than what he needs has to fulfill his own nafkah and that of the people under his responsibility. Two activities can be done - first, making investment in business, and secondly carry out amal jariah with sadaqah (voluntary charity). Both activities will ensure the wealth is always circulated in the economic cycle. The state has the authority to take over the wealth which is more than enough (a necessary amount of saving) to fulfill the nafkah in one year. This rule is to ensure that the wealth is always circulated in the economy whether through investment or spending through sadaqah.

The wealth can be invested through muamalat contracts according to Islamic teaching into halal and good sectors such as trading, industry, agriculture, services etc. which will create a productive economic cycle, based on the fact that in this way, wealth is always circulated in the economic cycle. Muamalat contracts in Islam implicitly manifest the rights and the responsibilities of those involved in the syirkah (investor and manager), making those involved in the syirkah play their roles productively. This method always encourage people to be productive in expanding their wealth which will directly stimulate the cycle of economy actively. This will consequently lead to encouraging innovations in business, creation of new products and consequently create jobs.

The political economy in Islam is very different from the political economy in capitalism, which is employed by our government today. In today’s economic system, to start or to expand a business, we are encouraged and driven by the debt industry which is based on riba (interest). At the same time, there is no rule to prevent the wealth from being taken out of the economic system, where anyone is free to slow down the economic cycle by hoarding. Hoarding from the economic perspective is a bad activity that can affect the economic cycle negatively. Spiritually, hoarding produces greedy people with the wealth of this temporary life to the point that they forget that all the wealth in this world will be useless when death comes.

Those who are not interested invest their wealth or have extra wealth after making investments, they can spend their wealth through sadaqah (voluntary charity). Islam encourages its ummah to do sadaqah and promises great rewards. Sadaqah to the poor, orphans, young people who wish to get married but don’t have enough money and other recipients, including wakaf, opens doors of righteousness. Sadaqah will not only help the needy but will also indirectly circulate wealth productively in the economy. MasyaAllah, this is the greatness of the political economy of the Islamic ruling system. It creates the true well being in this world and more importantly it teaches Muslims to prepare for akhirah (Hereafter).

If we relate to the current effort taken by the government to recover the economic situation affected by COVID-19, it can be concluded that it does not ensure the circulation of wealth manifested by the Islamic economy system. Instead, it is only an effort hoped to ensure that the Malaysian economy survives and recovers the shock due to COVID-19. And after all that, the economy will still be run by capitalism.



Putaran Kekayaan


Dalam sistem ekonomi Islam, putaran kekayaan merupakan elemen yang sangat penting untuk mengerakkan ekonomi secara produktif. Menimbunkan harta (Kanzul Mal) merupakan perkara yang diharamkan. Menimbunkan harta bermaksud mengumpul kekayaan tanpa ada tujuan yang khusus melainkan hanya untuk mengumpulkan kekayaan. Dari segi ekonomi, Kanzul Mal membawa maksud menarik kekayaan (wang) dari dalam pasaran, yang menyebabkan aktiviti ekonomi terganggu atau menjadi perlahan. Kanzul Mal berbeza dengan menabung, menabung bererti menyimpan harta atau duit untuk tujuan dibelanjakan pada tujuan yang tertentu seperti ingin membina rumah, menikah, membiayai pengajian anak-anak dan seumpamanya, hukumnya adalah mubah. Hasil tabungan akhirnya akan dibelanjakan semula dalam ekonomi. Pada masa yang sama Islam membenarkan untuk membuat simpanan atau tabungan bagi menjamin keperluan kehidupan (Nafkah) selama setahun. Negara sudah tentu perlu mengariskan jumlah harta yang wajar untuk disimpan oleh setiap individu yang tentu sahaja berbeza-beza tanggungjawab dan keperluannya.

Islam menggariskan, bagi mereka yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan harta yang melebihi daripada keperluan untuk memenuhi nafkah dirinya dan orang-orang lain yang berada dibawah tanggungjawabnya maka dia boleh melakukan dua perkara. Pertama, membuat pelaburan dalam perniagaan atau yang kedua membuat amal jariah dengan bersedekah. Kedua-dua cara ini akan memastikan kekayaan akan sentiasa berputar dalam kitaran ekonomi. Negara berhak untuk merampas harta mereka yang melebihi daripada jumlah yang wajar untuk disimpan bagi memenuhi nafkah selama setahun. Peraturan ini secara langgsung akan memastikan harta akan sentiasa diputarkan dalam ekonomi samada dengan cara dilaburkan atau disedekahkan.

Harta yang dilaburkan berdasarkan akad muamalah yang telah ditetapkan oleh Islam kedalam sektor-sektor perniagaan yang halal dan baik seperti perindustrian, perdagangan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya akan menghasilkan rantaian ekonomi yang produktif. Ini kerana kekayaan sentiasa berputar secara produktif dalam rantaian ekonomi. Akad muamalah yang ditetapkan oleh Islam mengariskan peranan dan tanggungjawab setiap individu yang terlibat dalam muamalah yang dijalankan sehingga masing-masing (pemberi modal dan pengusaha) berperanan secara aktif dalam perniagaan yang dijalankan. Kaedah ini mendorong umat Islam untuk sentiasa bersifat produktif dalam mengembangkan kekayaan yang secara langsung akan merancakkan putaran ekonomi, menggalakkan inovasi perniagaan, menggalakkan penghasilan produk-produk baru dan tentu sahaja akan membuka banyak peluang pekerjaan. Kaedah ekonomi ini berbeza sama sekali dengan pengurusan ekonomi (politik ekonomi) dalam sistem kapitalis yang diamalkan di negara kita ketika ini. Dorongan untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan adalah dengan industri hutang berasaskan riba. Pada masa yang sama, tiada peraturan untuk menghalang agar kekayaan dikeluarkan dari putaran ekonomi, sehingga mana-mana individu bebas untuk memperlahankan putaran ekonomi dengan tabiat menimbunkan harta (Kanzul Mal). Satu tabiat yang dari segi ekonominya akan merosakkan putaran ekonomi dan satu tabiat yang tidak produktif. Manakala dari segi roh keislaman, tabiat sedemikian menghasilkan manusia-manusia yang tamak dengan kekayaan dunia, leka dengan kekayaan yang dikumpulkan, yang pada hakikatnya harta-harta tersebut akan ditinggalkan apabila maut datang menjemput.

Bagi yang tidak berminat melaburkan lebihan kekayaan yang dimiliki atau selepas membuat pelaburan masih terdapat lebihan, maka bersedekah atau menginfakkan harta tersebut merupakan pilihan yang sangat baik. Satu amalan yang sangat dianjurkan oleh ajaran Islam dan dijanjikan dengan ganjaran pahala yang sangat banyak. Bersedekah terhadap golongan fakir miskin, anak-anak yatim, pemuda-pemudi yang ingin bernikah tapi tidak mempunyai kemampuan, dan banyak lagi pintu-pintu kebaikan termasuklah berwakaf. Ianya bukan sahaja dapat melapangkan kesusahan mereka yang memerlukan malah secara tidak langsung harta-harta tersebut dapat dipusingkan secara produktif dalam ekonomi. Masyaallah, begitulah keunggulan politik ekonomi dalam sistem pemerintahan Islam, menghasilkan kesejahteraan yang hakiki di dunia dan yang paling penting ianya menyiapkan umatnya untuk mengumpul amal kebaikan untuk dibawa ke alam akhirat.

Jika dikaitkan dengan usaha-usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan kesan daripada impak COVID-19, dapat dirumuskan bahawa ianya tidak menjurus kepada usaha memastikan kekayaan dapat diputarkan dalam ekonomi seperti mana pengurusan ekonomi Islam (politik ekonomi Islam). Tetapi ianya lebih kepada usaha untuk survive agar ekonomi dapat kembali pulih dan dapat dikembangkan semula berdasarkan pengurusan ekonomi kapitalis.


Wednesday 8 April 2020

Resiliency of Malaysian Economy: External Factors


The impact of COVID-19 is a significant test on the resiliency of economy for all countries including Malaysia. Early indicator that can be used to diagnose the effect of COVID-19 towards Malaysian economy is by looking at the Gross Domestic Product (GDP). Recently, World Bank has predicted that GDP for Malaysia in 2020 will sink to 0.1% as compared to early prediction of 4.5 percent. The GDP drop at 1% indicate that the size of Malaysia economic reduce at rate 0.1%.

In the early stage, the drop was driven by the external factors especially by the decision of China government to implement lockdown to stop the spread of the COVID-19 outbreak inside their own country. This has directly given negative impact towards few important industries in Malaysia such as tourism and hospitality, manufacturing as well as transportation industry as these industries are among the prominent contributors toward GDP of this country. As we know, year 2020 is targeted as Visit Malaysia Year (VMY) to catalyst the economy growth of Malaysia and tourism industry is one of the major contributors.

China is not only one of the biggest Malaysia trade partners, but China people is also the main target (4 million visitors) to support the predicted RM100 billion revenue from the Visit Malaysia Year 2020.  Slowdown in global economic that has already occurred because of the trade war between US and China even before the outbreak of COVID-19, has further contributed to the negative growth of this country.

Economic growth is an important indicator to attract the foreign direct investment (FDI) flows.  As a country that employed open economic, Malaysia is very dependent on the FDI to drive the economic growth. The confidence of investors to bring the FDI into this country can be achieve through the positive prospect of economic growth. This shows that Malaysia GDP depends and are influenced by the external factors. Even though the government has implemented good strategy to drive the economic growth, but it is not resilient enough to withstand the impact of the external factors that can lead to the slowdown of the country’s economic growth.

As a conclusion, this shows that the external events, such as the current impact of COVID-19 outbreak, can influence Malaysian economic because it is not resilient from the external factors.

Daya Tahan Ekonomi Malaysia: Faktor Luaran


Daya Tahan Ekonomi Malaysia: Faktor Luaran

Impak COVID-19 merupakan satu ujian yang sangat signifikan bagi menguji daya tahan ekonomi seluruh negara di dunia ketika ini termasuklah Malaysia. Petunjuk awal yang boleh digunakan untuk mendiagnos daya tahan tersebut ialah dengan melihat pada kesannya terhadap KDNK negara. Baru-baru ini Bank Dunia menjangkakan KDNK Malaysia pada tahun 2020 akan mengucup pada kadar – 0.1% berbanding sasaran pertumbuhan 4.5 peratus sebelum ini, pengucupan 1%  membawa maksud saiz ekonomi Malaysia akan mengecil pada kadar 0.1% kesan daripada COVID-19.

Pada peringkat awal, pengucupan ini tentu sahaja didorong oleh faktor luaran khususnya langkah lockdown yang diambil oleh kerajaan China dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negara mereka. Langkah tersebut secara langsung menjejaskan industri penting seperti pelancongan dan perhotelan, pembuatan serta pengangkutan. Industri-industri tersebut merupakan antara penyumbang yang besar terhadap KDNK negara. Tahun 2020 telah disasarkan sebagai  Tahun Melawat Malaysia (TM 2020) agar dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, khususnya bagi industri pelancongan. China bukan sahaja merupakan antara rakan dagang terbesar bagi Malaysia tetapi juga rakyat China merupakan sasaran utama (jangkaan 4 juta) untuk menjayakan sasaran penjanaan pendapatan sebanyak RM100 bilion daripada Tahun Melawat Malaysia 2020.          

Kelembapan ekonomi global yang sememangnya telah terjadi sebelum wabak COVID-19 tercetus akibat daripada perang dagang antara US dan China juga sedikit sebanyak telah memberi kesan pada pertumbuhan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi merupakan petunjuk yang sangat penting bagi menarik masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara. Sebagai sebuah negara yang yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, Malaysia sangat bergantung pada FDI untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Keyakinan para pelabur untuk membawa FDI ke negara ini dapat ditingkatkan dengan petunjuk prospek pertumbuhan ekonomi yang positif.

Ini menunjukkan bahawa KDNK Malaysia sangat bergantung dan dipengaruhi oleh faktor luaran. Sebaik mana strategi ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi, ianya tidak akan mampu bertahan daripada kesan-kesan luaran yang mendorong kepada pengucupan pertumbuhan. Kesimpulannya wabak COVID-19 menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia tidak mempunyai daya tahan yang kuat terhadap faktor-faktor luaran.