Saturday, 11 April 2020

Putaran Kekayaan


Dalam sistem ekonomi Islam, putaran kekayaan merupakan elemen yang sangat penting untuk mengerakkan ekonomi secara produktif. Menimbunkan harta (Kanzul Mal) merupakan perkara yang diharamkan. Menimbunkan harta bermaksud mengumpul kekayaan tanpa ada tujuan yang khusus melainkan hanya untuk mengumpulkan kekayaan. Dari segi ekonomi, Kanzul Mal membawa maksud menarik kekayaan (wang) dari dalam pasaran, yang menyebabkan aktiviti ekonomi terganggu atau menjadi perlahan. Kanzul Mal berbeza dengan menabung, menabung bererti menyimpan harta atau duit untuk tujuan dibelanjakan pada tujuan yang tertentu seperti ingin membina rumah, menikah, membiayai pengajian anak-anak dan seumpamanya, hukumnya adalah mubah. Hasil tabungan akhirnya akan dibelanjakan semula dalam ekonomi. Pada masa yang sama Islam membenarkan untuk membuat simpanan atau tabungan bagi menjamin keperluan kehidupan (Nafkah) selama setahun. Negara sudah tentu perlu mengariskan jumlah harta yang wajar untuk disimpan oleh setiap individu yang tentu sahaja berbeza-beza tanggungjawab dan keperluannya.

Islam menggariskan, bagi mereka yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan harta yang melebihi daripada keperluan untuk memenuhi nafkah dirinya dan orang-orang lain yang berada dibawah tanggungjawabnya maka dia boleh melakukan dua perkara. Pertama, membuat pelaburan dalam perniagaan atau yang kedua membuat amal jariah dengan bersedekah. Kedua-dua cara ini akan memastikan kekayaan akan sentiasa berputar dalam kitaran ekonomi. Negara berhak untuk merampas harta mereka yang melebihi daripada jumlah yang wajar untuk disimpan bagi memenuhi nafkah selama setahun. Peraturan ini secara langgsung akan memastikan harta akan sentiasa diputarkan dalam ekonomi samada dengan cara dilaburkan atau disedekahkan.

Harta yang dilaburkan berdasarkan akad muamalah yang telah ditetapkan oleh Islam kedalam sektor-sektor perniagaan yang halal dan baik seperti perindustrian, perdagangan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya akan menghasilkan rantaian ekonomi yang produktif. Ini kerana kekayaan sentiasa berputar secara produktif dalam rantaian ekonomi. Akad muamalah yang ditetapkan oleh Islam mengariskan peranan dan tanggungjawab setiap individu yang terlibat dalam muamalah yang dijalankan sehingga masing-masing (pemberi modal dan pengusaha) berperanan secara aktif dalam perniagaan yang dijalankan. Kaedah ini mendorong umat Islam untuk sentiasa bersifat produktif dalam mengembangkan kekayaan yang secara langsung akan merancakkan putaran ekonomi, menggalakkan inovasi perniagaan, menggalakkan penghasilan produk-produk baru dan tentu sahaja akan membuka banyak peluang pekerjaan. Kaedah ekonomi ini berbeza sama sekali dengan pengurusan ekonomi (politik ekonomi) dalam sistem kapitalis yang diamalkan di negara kita ketika ini. Dorongan untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan adalah dengan industri hutang berasaskan riba. Pada masa yang sama, tiada peraturan untuk menghalang agar kekayaan dikeluarkan dari putaran ekonomi, sehingga mana-mana individu bebas untuk memperlahankan putaran ekonomi dengan tabiat menimbunkan harta (Kanzul Mal). Satu tabiat yang dari segi ekonominya akan merosakkan putaran ekonomi dan satu tabiat yang tidak produktif. Manakala dari segi roh keislaman, tabiat sedemikian menghasilkan manusia-manusia yang tamak dengan kekayaan dunia, leka dengan kekayaan yang dikumpulkan, yang pada hakikatnya harta-harta tersebut akan ditinggalkan apabila maut datang menjemput.

Bagi yang tidak berminat melaburkan lebihan kekayaan yang dimiliki atau selepas membuat pelaburan masih terdapat lebihan, maka bersedekah atau menginfakkan harta tersebut merupakan pilihan yang sangat baik. Satu amalan yang sangat dianjurkan oleh ajaran Islam dan dijanjikan dengan ganjaran pahala yang sangat banyak. Bersedekah terhadap golongan fakir miskin, anak-anak yatim, pemuda-pemudi yang ingin bernikah tapi tidak mempunyai kemampuan, dan banyak lagi pintu-pintu kebaikan termasuklah berwakaf. Ianya bukan sahaja dapat melapangkan kesusahan mereka yang memerlukan malah secara tidak langsung harta-harta tersebut dapat dipusingkan secara produktif dalam ekonomi. Masyaallah, begitulah keunggulan politik ekonomi dalam sistem pemerintahan Islam, menghasilkan kesejahteraan yang hakiki di dunia dan yang paling penting ianya menyiapkan umatnya untuk mengumpul amal kebaikan untuk dibawa ke alam akhirat.

Jika dikaitkan dengan usaha-usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan kesan daripada impak COVID-19, dapat dirumuskan bahawa ianya tidak menjurus kepada usaha memastikan kekayaan dapat diputarkan dalam ekonomi seperti mana pengurusan ekonomi Islam (politik ekonomi Islam). Tetapi ianya lebih kepada usaha untuk survive agar ekonomi dapat kembali pulih dan dapat dikembangkan semula berdasarkan pengurusan ekonomi kapitalis.


Wednesday, 8 April 2020

Resiliency of Malaysian Economy: External Factors


The impact of COVID-19 is a significant test on the resiliency of economy for all countries including Malaysia. Early indicator that can be used to diagnose the effect of COVID-19 towards Malaysian economy is by looking at the Gross Domestic Product (GDP). Recently, World Bank has predicted that GDP for Malaysia in 2020 will sink to 0.1% as compared to early prediction of 4.5 percent. The GDP drop at 1% indicate that the size of Malaysia economic reduce at rate 0.1%.

In the early stage, the drop was driven by the external factors especially by the decision of China government to implement lockdown to stop the spread of the COVID-19 outbreak inside their own country. This has directly given negative impact towards few important industries in Malaysia such as tourism and hospitality, manufacturing as well as transportation industry as these industries are among the prominent contributors toward GDP of this country. As we know, year 2020 is targeted as Visit Malaysia Year (VMY) to catalyst the economy growth of Malaysia and tourism industry is one of the major contributors.

China is not only one of the biggest Malaysia trade partners, but China people is also the main target (4 million visitors) to support the predicted RM100 billion revenue from the Visit Malaysia Year 2020.  Slowdown in global economic that has already occurred because of the trade war between US and China even before the outbreak of COVID-19, has further contributed to the negative growth of this country.

Economic growth is an important indicator to attract the foreign direct investment (FDI) flows.  As a country that employed open economic, Malaysia is very dependent on the FDI to drive the economic growth. The confidence of investors to bring the FDI into this country can be achieve through the positive prospect of economic growth. This shows that Malaysia GDP depends and are influenced by the external factors. Even though the government has implemented good strategy to drive the economic growth, but it is not resilient enough to withstand the impact of the external factors that can lead to the slowdown of the country’s economic growth.

As a conclusion, this shows that the external events, such as the current impact of COVID-19 outbreak, can influence Malaysian economic because it is not resilient from the external factors.

Daya Tahan Ekonomi Malaysia: Faktor Luaran


Daya Tahan Ekonomi Malaysia: Faktor Luaran

Impak COVID-19 merupakan satu ujian yang sangat signifikan bagi menguji daya tahan ekonomi seluruh negara di dunia ketika ini termasuklah Malaysia. Petunjuk awal yang boleh digunakan untuk mendiagnos daya tahan tersebut ialah dengan melihat pada kesannya terhadap KDNK negara. Baru-baru ini Bank Dunia menjangkakan KDNK Malaysia pada tahun 2020 akan mengucup pada kadar – 0.1% berbanding sasaran pertumbuhan 4.5 peratus sebelum ini, pengucupan 1%  membawa maksud saiz ekonomi Malaysia akan mengecil pada kadar 0.1% kesan daripada COVID-19.

Pada peringkat awal, pengucupan ini tentu sahaja didorong oleh faktor luaran khususnya langkah lockdown yang diambil oleh kerajaan China dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negara mereka. Langkah tersebut secara langsung menjejaskan industri penting seperti pelancongan dan perhotelan, pembuatan serta pengangkutan. Industri-industri tersebut merupakan antara penyumbang yang besar terhadap KDNK negara. Tahun 2020 telah disasarkan sebagai  Tahun Melawat Malaysia (TM 2020) agar dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, khususnya bagi industri pelancongan. China bukan sahaja merupakan antara rakan dagang terbesar bagi Malaysia tetapi juga rakyat China merupakan sasaran utama (jangkaan 4 juta) untuk menjayakan sasaran penjanaan pendapatan sebanyak RM100 bilion daripada Tahun Melawat Malaysia 2020.          

Kelembapan ekonomi global yang sememangnya telah terjadi sebelum wabak COVID-19 tercetus akibat daripada perang dagang antara US dan China juga sedikit sebanyak telah memberi kesan pada pertumbuhan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi merupakan petunjuk yang sangat penting bagi menarik masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara. Sebagai sebuah negara yang yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, Malaysia sangat bergantung pada FDI untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Keyakinan para pelabur untuk membawa FDI ke negara ini dapat ditingkatkan dengan petunjuk prospek pertumbuhan ekonomi yang positif.

Ini menunjukkan bahawa KDNK Malaysia sangat bergantung dan dipengaruhi oleh faktor luaran. Sebaik mana strategi ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi, ianya tidak akan mampu bertahan daripada kesan-kesan luaran yang mendorong kepada pengucupan pertumbuhan. Kesimpulannya wabak COVID-19 menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia tidak mempunyai daya tahan yang kuat terhadap faktor-faktor luaran.



Sunday, 5 January 2020

Tafsir Surah Al-Fatihah (Pengenalan)


1. Menurut riwayat surah Al-Fatihah merupakan surah ke lima yang diturunkan selepas surah Al-'Alaq, Al-Qalam, Al Mudaddsir dan Al-Muzzammil . Namun ada perbezaan pendapat dikalangan ulamak tentang surah Al-Qalam, Al Mudaddsir dan Al-Muzzammil, tentang surah mana yang turun terlebih dahulu, tiada berbezaan bahawa surah Al-'Alaq ada surah yang pertama diturunkan dan surah Al-Fatihah  adalah surah yang ke lima. Berbeza dengan 4 surah yang awal,ayat-ayat dalam surah tersebut diturunkan dalam waktu yang berbeza, tetapi surah Al-Fatihah diturunkan secara lengkap dalam satu masa dari ayat pertama hingga ayat yang terakhir.

2. Namu terdepat juga berbezaan pendapat dikalangan mufassirin tentang ayat Basmallah                بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ   adakah ianya sebahagian dari surah Al-Fatihah atau ianya hanya sebagai permulaan sesuatu surah seperti surah-surah yang lain. Kebanyakkan mufassirin berpendapat bahawa ayat بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ   bukan sebahagian dari surah Al-Fatihah, tetapi ianya adalah ayat yang terdapat dalam Al-Quran, ditulis dalam surat yang dikirim oleh Nabi Sulaiman kepada Ratu Saba’ dan ada hadis nabi yang menyebutkan bahawa tidak sempurna sesuatu perbuatan tanpa di mulakan dengan ayat   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ. Bagi yang menerima Basmallah adalah sebahagian dari surah Al-Fatihah, maka imam akan membacanya dengan dengan suara yang kuat beserta dengan surah Al-Fatihah, bagi yang berpegang Basmallah bukan sebahagian dari surah Al-Fatihah maka mereka membacanya secara perlahan.

3. Surah AL-Fatihah bermaksud pembukaan kepada kitab sebab itu diletakkan dihadapan sekali sebagai pembukaan kepada Al-Quran. Dalam surah Al-Fatihah terdapat satu permintaan yang besar/doa yang kita minta daripada Allah SWT  اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ  Tunjukilah kami jalan yang lurus”. Allah terus menjawab dalam surah Al-Baqarah, Al-Quran adalah petunjuk
ذٰلِكَ الكِتابُ لا رَيبَ ۛ فيهِ ۛ هُدًى لِلمُتَّقينَ  “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”.

4. Terdapat hadis yang menerangkan bahawa Allah SWT menerangkan surah AL-Fatihah dalam tiga bahagian. Bahagian pertama, tentang mengenali Allah SWT, ayat

الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العالَمينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
مالِكِ يَومِ الدّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
menerangkan tentang Allah SWT iaitu aqidah yang menjadi asas kepada keimanan atau kepercayaan. Bahagian kedua tentang pengakuan tentang kita akan menyembah Allah SWT
إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Selepas kita mengakui bahawa Allah SWT adalah tuhan kita, kemudian kita mengakui untuk menyembah Allah SWT dan mohon pertolongan daripadanNya. Bahagian yang ketiga
اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Kita meminta petunjuk daripada Allah SWT. Berdasarkan hadis daripada Rasulullah SAW, setiap kali kita membaca bahagian pertama, Allah menyatakan hambanya memujiNYA, hambaNYA, menggenaliNYA, hambaNYA bersyukur padaNYA. Kemudian bahagian kedua, Allah menyatakan hambaNYA komited untuk menyembahNYA, hambaNYA mengiktiraf untuk menyembahNya.
Apabila kita membaca اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ, Allah menyatakan hambaNYA meminta dariNYA petunjuk dan pertolongan. Ini merupakan hak kepada Allah untuk memenuhi janjiNYA.

Umat Islam membaca surah Al-Fatihah 17 kali minimum sehari semasa menunaikan solat wajib. Jika ditambah dengan menunaikan solat-solat sunat, sudah pasti bilanganya jauh lebih banyak. Jadi kita perlu memahami maksud dan implikasi surah Al-Fatihah yang kita baca. Maka, apabila kita membaca surah Al-Fatihah dengan memahami maksudnya dan mengaitknya dengan diri kita semasa kita membacanya, maka kita akan faham banyak perkara tentang Islam, banyak petunjuk yang kita perolehi daripada surah Al-Fatihah. Membaca surah Al-Fatihah dengan memahami maksudnya dan dapat mengaitkan apa yang diterangkan dalam surah Al-Fatihah dengan kehidupan kita, tentu ianya akan memberikan pemahaman yang baik kepada kita mengenai Islam dan erti keimanan kita pada Allah SWT.  Wallahu a’lam.



Tuesday, 24 December 2019

Apakah yang dimaksudkan dengan sabar?



Dalam surah Al-Muddaththir ayat ke 7 Allah SWT berfirman :

وَ لِرَبِّكَ فَاصۡبِرۡؕ                                           ‏

Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!” (Al-Muddaththir 74:7).

Perkataan sabar yang digunakan dalam bahasa melayu merupakan perkataan yang diambil dari perkataan arab iaitu sabar. Perkataan sabar yang digunakan dalam bahasa melayu sering merujuk kepada keadaan seseorang perlu bertenang, jangan bertindak terburu-buru atau tidak bertindak balas terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan terhadap dirinya. Dalam kontek ayat tersebut, adakah sabar membawa maksud sedemikian? 

Dalam surah Al-Muddaththir disebutkan  وَ لِرَبِّكَ فَاصۡبِرۡؕ manakala dalam surah Al- Muzammil disebutkan


وَاصۡبِرۡ عَلٰى مَا يَقُوۡلُوۡنَ وَاهۡجُرۡهُمۡ هَجۡرًا جَمِيۡلًا                    ‏ 

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. (Al-Muzzammil 73:10).

Dalam ayat  وَ لِرَبِّكَ فَاصۡبِرۡؕ  perkataan sabar sebenarnya membawa maksud konsisten dengan apa yang sedang dilakukan atau dengan tegas melakukan secara berterusan dan konsisten apa yang sedang dilakukan. Dengan kata lain, sabar ialah melakukan apa yang Allah SWT perintahkan secara berterusan tanpa putus asa. Ketika Rasulullah SAW menyampaikan Islam kepada penduduk Quraisy Makkah, ada dikalangan mereka yang menutup telinga dengan jari-jari mereka kerana tidak ingin mendengar ayat-ayat al-quran yang dibacakan oleh Rasulullah SAW, mereka menutup telinga mereka sambil berlalu pergi. Namun, kenapa Rasulullah terus menerus menyampaikan Islam dan membacakan ayat-ayat al-quran pada mereka walaupun secara jelas dan nyata mereka tidak ingin mendengarkannya? Jawapannya ialah kerana Rasulullah SAW melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah, semata-mata kerana perintah daripada Allah SWT. Melaksanakan secara berterusan dan konsisten apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Dalam urusan kehidupan kita misalnya, jika kita melakukan melakukan sesuatu perkara kerana inginkan kejayaan atau mencapai objektif tertentu, maka secara rationalnya kita pasti tidak akan melakukan perkara tersebut jika kita menyakini secara pasti bahawa kita akan gagal. Contonya seseorang yang ingin melakukan perniagaan tertentu, dia tentu akan bersungguh-sungguh berusaha menjalankan perniagaannya dan bersedia menghadapai sebarang cabaran yang ada jika dia meyakini kejayaan dapat dikecapi. Namun, jika berdasarkan pertimbangannya tidak nampak perniagaan tersebut akan berjaya, maka sudah tentu dia tidak akan meneruskan perniagaan tersebut.

Namun sabar dalam dakwah tidak begitu. Tiada istilah melakukan apa yang Allah SWT perintahkan hanya apabila meyakini akan memperolehi kemenangan dan sebaliknya putus asa atau tidak melakukan dakwah apabila melihat tidak akan memperolehi kejayaan. Tiada istilah berhenti atau putus asa dalam melaksanakan perintah Allah SWT walau gagal beberapa kali sekali pun dakwah mesti terus dilakukan secara konsisten. Kerana apa? Kerana dakwah  dilakukan semata-mata menyahut perintah daripada Allah SWT, bukan kerana yang lain. Oleh itu, sabar dalam melakukan dakwah menegakkan Khilafah bermaksud terus konsisten melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT walaupun bermacam-macam cabaran dan tuduhan yang dilemparkan untuk memesongkan daripada melakukan dakwah, tiada istilah putus asa dalam melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT itulah yang dimaksudkan dengan sabar.

Dalam surah Al-Muzammil ayat 10 Allah SWT menerangkan “Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik”. Walaupun dalam dakwah dileparkan dengan bermacam-macam tuduhan dan dilebel dengan bermacam-macam gelaran, Allah memerintahkan agar bersabar yakni tetap teruskan melakukan apa yang Allah perintahkan secara konsisten. Dilebel ataupun dituduh sebagai sesat, gila, penipu, pengganas, perjuagan khayalan, perjuangan kembali ke zaman silam dan bermacam-macam lagi lebel atau tuduhan yang dilemparkan dalam melaksanakan tugas dakwah.  Sabar, terus lakukan secara konsisten kewajipan dakwah yang Allah perintahkan. Pastikan sentiasa berada dijalan yang benar dan lakukan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah secara konsisten, kejayaan adalah anugerah daripada Allah SWT.
 
Secara keseluruhan terdapat tiga perkara yang perlu difahami berkaitan dengan sabar. Pertama, sabar semata-mata kerana Allah, kedua, sabar walau apapun tuduhan yang dilemparkan dan ketiga terus sabar sehingga kemenangan diberikan oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.