Tuesday, 24 October 2023

Empat Perkara Yang Perlu Difahami Mengenai Kekejaman Zionis Israel Terhadap Palestin

Terdapat empat perkara yang perlu diberikan perhatian serious mengenai isu Palestin dibawah penjajahan Zionis Israel. Pertama, permusuhan dan kebencian orang-orang kafir terhadap umat Islam adalah nyata, sampai hari kiamat. Orang-orang kafir sama sekali tidak menginginkan kebaikan terhadap umat Islam, bagi mereka Islam adalah ajaran yang buruk dan punca kepada kejahatan. Mereka sama sekali tidak akan menerima atau menyukai orang Islam kecuali orang Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam. Rasa simpati dan bantuan kemanusian yang dihulurkan oleh segelintir orang-orang kafir terhadap kezaliman yang dilakukan oleh negara haram Israel adalah sesuatu yang normal bagi mana-mana manusia yang inginkan kedamaian. Namun ianya tidak boleh dijadikan sandaran untuk meletakkan harapan terhadap mereka untuk membela umat rakyat Palestin daripada kekejaman rejim Zionis Israel. Jika ada laungan sokongan daripada orang-orang kafir sama ada pemimpin, tokoh masyarakat atau rakyat biasa, ianya tidak akan pergi lebih jauh sehingga dapat membebaskan tanah Palestin daripada cengkaman Zionis Israel. Media antarabangsa yang dikuasai oleh barat melakukan bermacam-macam propaganda dan manupulasi berita untuk membenarkan tindakan kejam rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tidak memeranjatkan ianya dengan begitu mudah mempengaruhi pemikiran dan persepsi kebanyakkan orang-orang kafir kerana bibit-bibit kebencian sudah tersemai dalam hati-hati mereka. Hanya memerlukan sidikit provokasi, kebencian dan permusuhan mereka terhadap umat Islam pasti akan terserlah.   Oleh itu, umat Islam harus sedar bahawa umat Islam sama sekali tidak boleh meletakkan sedikitpun harapan terhadap badan antarabangsa seperti PBB dan badan-badan kemanusian yang dipelopori oleh orang-orang kafir untuk memberikan pembelaan hakiki terhadap umat Islam. Hanya dengan kekuatan yang datang dari umat Islam sendiri yang akan dapat membebaskan rakyat Palestin dari terus dizalimi oleh rejim Zionis Israel.

Kedua, wujudnya para pemimpin umat Islam yang mengkhianati bumi Palestin. Para pemimpin umat Islam yang khianat, telah sekian lama membiarkan Palestin terus dibuli oleh rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam bermacam-macam perjanjian antarabangsa. Hasil bermacam-macam rundingan dan perjanjian yang telah termeterai telah mengukuhkan cengkaman Zionis Israel terhadap tanah Palestin dan melemahkan kedudukan rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka daripada terus ditindas oleh rejim Zionis Israel.  Sesiapa sahaja yang melihat peta kedudukan negara haram Israel yang dikelilingi oleh negara-negara umat Islam sudah pasti tidak dapat untuk memahami bagaimana rejim Zionis Israel boleh terus menerus membantai sesuka hati umat Islam Palestin  sedangkan negara haram Israel dikelilingi oleh negara-negara arab yang beragama Islam!. Bagaimana ianya boleh berlaku?! Tak masuk akal langsung. Sedangkan percikan darah dan tangisan umat Islam Palestin yang dizalimi oleh rejim haram Israel sejak tahun 1948 lagi begitu terang dan jelas umpama  petir yang menghiasi angkasa mereka. Jawapan kepada persoalan tersebut ialah, umat Islam Palestin telah dikhianati oleh para pemimpin umat Islam sendiri. Para pemimpin yang khianat, tidak mempunyai sedikitpun keberanian untuk mengerakkan tentera mereka menentang tentera negara haram Israel. Mereka bukan hanya berdiam diri melihat tanah umat Islam Palestine dirampas inci demi inci oleh penceroboh Zionis, bahkan mereka secara tidak langsung telah membantu memperkukuhkan kedudukan negara haram Israel diatas tanah Palestin dengan membantu menjayakan bermacam-macam rundingan dan perjanjian antarabangsa. Bukan lagi rahsia, para pemimpin khianat ini sudah sampai ketahap tidak ada lagi rasa malu pada umat Islam dan takut pada azab Allah SWT apabila mereka telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel diatas tanah yang rampas daripada umat Islam Palestin.

Ketiga, umat Islam hidup ketika ini hidup berbecah belah. Sempadan nationalisme yang dibentuk ketika penjajahan barat ke atas negara-negara umat Islam telah menjadikan umat Islam umat yang berpecah belah. Umat Islam telah dibelenggu oleh sempadan nasionalisme dalam apa jua keputusan dan tindakan mereka. Sempadan nasionalisme menjadikan umat Islam melihat permasalahan yang sedang dihadapi oleh umat Islam Palestin sebagai masalah rakyat Palestin, bukan masalah umat Islam. Perpecahan ini memudahkan rejim Israel Zionis secara terang-terangan merampas inci demi inci tanah Palestin dan terus melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin. Rejim Zionis tahu dengan yakin bahawa umat Islam tidak akan membela atau membantu rakyat Palestin daripada penindasan mereka seperti yang diperintahan oleh ajaran Islam iaitu jihad. Ini kerana umat Islam telah dimandulkan oleh sempadan nasinalisme dan akan tunduk kepada undang-undang antarabangsa yang didominasi oleh sekutu kuat rejim Zionis Israel iaitu Amerika Syarikat. Musuh-musuh Islam ini tahu bahawa umat Islam akan hanya sekadar menghulurkan bantuan kemanusian atau melahirkan kemarahan terhadap kekejaman yang telah dilakukan berulang-ulang kali oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Kemarahan dan bantuan kemanusian yang sedikit pun tidak mengentarkan rejim Zionis Israel untuk terus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Inilah natijah apabila umat hidup berpecah belah berdasarkan sempadan nasionalisme tidak dan bersatu seperti yang diperintah Allah SWT.  

Keempat, Palestin tidak akan dapat dibebaskan daripada penjajahan rejim Zionist Israel selagi sistem pemerintahan islam iaitu Sistem Khilafah tidak ditegakkan semula. Rejim Israel Zionist hanya akan dapat dihalau dari bumi Palestin oleh jihad yang dilancarkan oleh tentera Khilafah. Hanya sistem Khilafah yang bersedia dan mempunyai keberanian melancarkan jihad menentang rejim Zionist Israel dan sekutu-sekutunya. Kerajaan-kerajaan negara Islam yang ada ketika ini khususnya kerajaan yang berada di sekeliling Palestin seperti Jordan, Mesir, Syria atau berhampiran dengan Palestin seperti Arab Saudi, Turki dan Iraq, sama sekali tidak akan melancarkan jihad menentang rejim Zionist Israel. Kerajaan-kerajaan tersebut dipimpin oleh boneka-boneka yang lebih takut kepada Amerika Syarikat berbanding dengan Allah SWT. Jangan terpedaya dengan kata-kata retorik yang keluar dari mulut mereka, itu hanyalah lakonan semata-mata untuk menutup rupa sebenar mereka yang merupakan tali barut kepada kuasa barat. Hakikatnya mereka hanya akan melakukan sebarang tindakan jika diarahkan atau direstui oleh tuan mereka iaitu Amerika Syarikat. Maka, selagi sistem Khilafah tidak ditegakkan, rejim Zionist Israel akan terus membantai rakyat Palestin dengan sesuka hati. Mereka langsung tidak takut dengan tindak balas dari negara-negara Islam kerana mereka tahu walauapaun yang mereka lakukan keatas tanah dan penduduk Palestin, kerajaan-kerajaan Islam yang ada di sekeliling mereka tidak akan berani berbuat apa-apa, selain dari mengeluarkan kata-kata retorik yang hanya mengelikan hati rejim Zionis Israel dan sekutu-sekutunya. 

Wednesday, 25 January 2023

Kebergantungan Ekonomi Malaysia Terhadap Ekonomi Dunia

Malaysia merupakan sebuah negara dagang yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka. Kesejahteraan ekonominya sangat bergantung kepada kesejahteraan ekonomi dunia. Jika ekonomi dunia berkembang dengan pesat, maka limpahannya akan turut mengalir ke Malaysia, dan sebaliknya jika ekonomi dunia mengalami kelembapan maka Malaysia akan turut sama merasai impaknya. Hal ini kerana kebergantungan ekonomi Malaysia yang sangat tinggi terhadap perdagangan import-eksport dan pelaburan langsung asing sangat dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dunia. Oleh itu, ekonomi Malaysia hanya akan berpotensi untuk berkembang jika ekonomi dunia yang dikuasai oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China dan Eropah berkembang dengan pesat.

Dengan kata lain, untuk mengetahui sama ada ekonomi Malaysia akan berkembang dengan baik pada tahun 2023, sifirnya cukup mudah, lihat sahaja bagaimana keadaan ekonomi dunia khususnya keadaan ekonomi di negara kuasa ekonomi dunia ketika ini iaitu Amerika Syarikat, China dan Eropah. Pada tahun 2021, 42% GDP dunia datangnya daripada dua negara sahaja iaitu Amerika Syarikat dan China. Angka ini secara jelas menunjukkan betapa tingginya kepergantungan ekonomi dunia terhadap pertumbuhan ekonomi di dua negara ini iaitu Amerika Syarikat dan China. Jika negara-negara lain termasuk Malaysia ingin mencapai pertumbuhan ekonomi yang positif, maka ekonomi di kedua-dua negara tersebut dan Eropah perlu berkembang terlebih dahulu agar limbahan ekonominya akan mengalir ke negara-negara lain.

    Oleh itu, walau apa pun perancangan ekonomi yang cuba dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi meningkatkan pertumbuhan ekonominya, rancangan tersebut tidak akan berhasil jika ekonomi di Amerika Syarikat, China dan Eropah tidak berkembang maju. Kunci kejayaan yang paling penting kepada pertumbuhan ekonomi disemua negara ketika ini bergantung kepada pertumbuhan ekonomi oleh tiga kuasa ekonomi tersebut. Itulah sifir ekonomi dunia ketika ini.

Keadaan semasa ekonomi di ketiga-tiga kuasa ekonomi tersebut sedang mengalami kelembapan dan dijangkakan akan mengalami keadaan yang lebih suram pada tahun 2023. Selain daripada kerosakan sistemik yang telah sekian lama membentuk begitu banyak bubble ekonomi yang sudah tidak terkawal sehingga sering mencetuskan krisis ekonomi yang semakin lama semakin kecil kitarannya. Faktor-faktor lain seperti Brexit, perang tarif AS-China, pendemik COVID-19 dan perang Rusia-Ukraine menambahkan lagi masalah ekonomi  yang sedia ada. Brexit yang telah dimulakan sejak tahun 2016 tenyata telah menjerumuskan Britain dan Eropah ke kanca ekonomi yang tidak menentu. Brixit telah melalui beberapa fasa siri rundingan yang mengambil masa yang sangat lama dan beberapa kali telah ditangguhkan kerana gagal mencapai kata sepakat terhadap terma-terma perdagangan antara Britain dan Eropah. Setakat ini Brexit telah mendatangkan kesan yang negatif terhadap ekonomi  Eropah.

Meletusnya perang tarif antara AS dan China semasa Donald Trump menjadi Presiden AS telah menyebabkan banyak sektor ekonomi di AS yang terjejas teruk sehingga terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menanggung kenaikan kos bahan mentah. Akibatnya ramai rakyat AS yang telah kehilangan pekerjaan, yang seterusnya mencetuskan rantaian krisis lain seperti krisis hutang isi rumah, gelandangan, masalah mental, pembunuhan rambang dan sebagainya. Masalah penganguran yang serious di AS telah menjadi salah satu isu utama dalam kempen pilihanraya Presiden antara Biden dan Trump. Masing-masing memberikan jaminan untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan jika dipilih menjadi Presiden, janji yang perlu ditabur untuk mendapatkan undi. Namun, belum pun sempat kerajaan AS menyelesaikan masalah pengangguran dan masalah-masalah ekonomi yang lain, dunia tiba-tiba dikejutkan dengan pendemik COVID19.

Pandemik COVID19 jelas sekali telah memberikan kesan yang sangat serious kepada ekonomi dunia, ada laporan yang menyebutkan bahawa kerugian yang dialami disebabkan oleh COVID19 adalah lebih besar berbanding dengan kerugian semasa perang dunia kedua. Penutupan hampir semua sektor ekonomi diseluruh dunia bagi mengekang penyebaran virus COVID19 benar-benar telah memberikan kesan negatif terhadap rantaian penawaran di seluruh dunia. China selama tiga tahun telah melaksanakan dasar-dasar yang sangat ketat seperti dasar ‘Zero COVID19’ bagi mengekang penularan virus COVID19. Kesannya, ekonomi mereka terjejas dengan teruk sehingga mencetuskan protes rakyat di seluruh China. Susulan protes tersebut, China telah mula melonggarkan pendekatan mereka dalam berhadapan dengan COVID19 kerana dasar mereka sebelum ini telah memberikan kesan yang sangat negatif terhadap ekonomi mereka. Mereka sedar bukan mudah untuk kembali pulih jika dasar yang mereka laksanankan menyebabkan ‘kecederaan’ yang sangat serious terhadap ekonomi mereka.

Begitu juga dengan pengalaman yang pernah dilalui oleh  Malaysia ketika ekonominya mengalami ‘kecederaan’ yang sangat serious impak daripada krisis Kewangan ASIA 1997/98. Impak  negatif Krisis Kewangan ASIA 1997/98 keatas ekonomi negara masih terasa walaupun sudah hampir 25 tahun berlalu. Kesejahteraan ekonomi yang dinikmati ketika itu sehingga di gelar sebagai ASEAN Tigers, sehingga kini masih tidak dapat dipulihkan. Bahkan terus menerus ditekan  dengan bermacam-macam masalah ekonomi global.

Tidak cukup dengan krisis yang sedia meruncing, ekonomi dunia kini pula ditekan oleh perang Rusia-Ukraine. Perang tersebut telah menyebabkan ekonomi Eropah terjejas teruk, inflasi melambung tinggi sehingga menyebabkan ramai rakyat eropah dibebani dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi. Sehingga kini masih belum ada tanda-tanda yang jelas bahawa perang yang telah berlangsung selama hampir setahun akan berakhir dalam masa yang terdekat. Ini kerana, perang Rusia- Ukraine merupakan perang yang melibatkan persaingan strategik geopolitik kuasa-kuasa besar dunia. Momentumnya sangat besar, tidak mudah untuk dihentikan kerana ianya turut berkaitan dengan banyak elemen-elemen yang lain. Maka boleh dirumuskan bahawa tahun 2023 ekonomi eropah akan berada dalam keadaan yang sangat suram.

Jika demikian keadaan ekonomi di seluruh dunia, maka tidak mungkin ekonomi Malaysia akan dapat melalui fasa-fasa pemulihan ekonomi seperti yang diharapkan. Pemulihan yang dimaksudkan ini ialah mengembalikan semula ekonomi Malaysia ke landasan sebelum dunia dikejutkan dengan pandemik COVID19. Kita sudah sedia maklum, ekonomi Malaysia sebelum COVID19 sudah pun sedia berada dalam keadaan yang sukar. Penganguran dan kenaikan kos sara hidup sudah menjadi topik perbincangan yang bersifat spiral, tidak Nampak jalan bagaimana ianya akan dapat diselesaikan.

Hakikatnya, dunia yang kini dikuasai oleh sistem ekonomi kapitalis adalah punca utama kepada segala masalah ekonomi yang dunia sedang hadapi ketika ini. Ironinya, penyelesaian yang dihasilkan oleh sistem kapitalis hanya menambah parahkan masalah yang sedia ada. Umat Islam perlu menyedari bahawa Islam sebagai agama yang lengkap menpunyai sistem ekonominya tersendiri. Ianya perna dilaksanakan dan memberikan kesejahteraan hidup kepada manusia yang hidup dibawah naugannya.

 

Monday, 2 August 2021

Keupayaan Teknologi Maklumat Menawan Pemikiran

Ketidaktentuan politik yang sedang dihadapi oleh Malaysia ketika ini hakikatnya telah bermula  sejak Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen pada PRU12 tahun 2008.  Walaupun BN yang ketika itu dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dapat mengekalkan  teraju pimpinan kerajaan persekutuan, namun dengan hanya majoriti mudah, malah 5 buah  negeri telah jatuh ke tangan pembangkang. Tsunami politik tersebut ternyata telah mengubah  landskap politik Malaysia. Apatah lagi kerusi parlimen dan dewan undangan negeri di pusat  utama kegiatan ekonomi Malaysia iaitu greater Klang Valley majoritinya telah dikuasai oleh  parti pembangkang.  Sejak itu, tiada lagi dominasi dan kawalan yang kukuh oleh pihak kerajaan  terhadap pergolakan politik tanahair. Masing-masing, sama ada kerajaan mahupun pihak  pembangkang mempunyai pengaruh dan keupayaan yang hampir setara. Keadaan sedemikian  berterusan dan kemuncaknya ialah apabila parti (Perikatan/Barisan National) yang telah  memerintah sejak negara mencapai kemerdekaan akhirnya tumbang dalam PRU14 pada tahun  2018.

Ketidakstabilan politik terus berlanjutan sehinggalah berlaku sekali lagi perubahan kerajaan setelah dua tahun PRU14 diadakan dengan terbentuknya kerajaan Perikatan National (PN) hasil daripada kerjasama politik beberapa parti yang membentuk gabungan dengan majoriti kerusi parlimen yang sangat kecil. Pertukaran kerajaan tersebut dengan cara ‘political game’ telah memburukkan lagi ketidaktentuan politik yang telah sedia terjadi. Ini kerana kerajaan PN bukan sahaja hanya memiliki majoriti yang sangat kecil, tetapi stuktur kepimpinannya sangat rapuh kerana parti Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Bersatu mempunyai bilangan kerusi yang jauh lebih kecil berbanding dengan parti-parti lain khususnya UMNO. Struktur sedemikian tentu sahaja meletakkan kerusi Perdana Menteri yang diduduki oleh Tan Sri Muhyidin Yasin sentiasa bergoyang dan sering diancam untuk dijatuhkan. Keadaan sedemikian menyebabkan percaturan politik sentiasa menghambat kerajaan PN yang bila-bila masa sahaja boleh ditumpang jika beberapa ahli parlimen menarik sokongan mereka terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika ditelusuri kepada titik mula berlakunya perubahan lanskap politik Malaysia pada PRU12, didapati bahawa antara faktor penting yang membantu parti pembangkang (Pakatan Rakyat) berjaya menafikan penguasaan majoriti 2/3 BN di parlimen dan berjaya menawan 5 buah negeri ialah peranan yang disumbangkan oleh media alternatif. Media alternatif seperti blog, laman web, forum siber ketika itu merupakan sumber maklumat baharu yang memberikan kebebasan kepada penyampainya menyalurkan maklumat berdasarkan naratif yang mereka ingin sampaikan. Jentera parti pembangkang ternyata telah berjaya memanfaatkan dengan baik media alternatif semasa kempen PRU12. Manakala pihak kerajaan masih selesa mengunakan media arus perdana yang didominasi oleh mereka sebagai medium menyampaikan maklumat kepada masyarakat umum.

Sebelum adanya media alternatif, medium yang menjadi sumber maklumat utama rakyat ialah media arus perdana yang terdiri daripada media cetak seperti akhbar, majalah dan buku; dan media elektronik khususnya radio dan televisyen. Sejak sekian lama, BN selaku parti pemerintah mempunyai kelebihan yang sangat basar untuk mengawal dan membentuk persepsi rakyat terhadap sesuatu isu. Bagi pihak pembangkang, sebelum adanya media alternatif tentunya sangat sukar bagi mereka untuk menyaingi propanganda daripada pihak kerajaan.

Namun, setelah internet ataupun teknologi maklumat berkembang maju, persaingan penyebaran maklumat telah berubah dengan sangat drastik. Perkembangan internet telah membuka ruang yang sangat luas kepada pihak pembangkang untuk menyaingi sebaran maklumat oleh pihak kerajaan kepada masyarakat umum khususnya yang tinggal dikawasan bandar. Tambahan pula, defisit keyakinan rakyat terhadap media arus perdana menyebabkan informasi yang disampaikan melalui media alternatif menjadi seolah-olah maklumat rahsia yang tepat dan benar. Maka dengan itu, informasi yang disampaikan oleh media alternatif dengan mudah mempegaruhi pemikiran rakyat yang menerimanya. Antara kajian kes yang boleh digunakan untuk menunjukkan keberkesanan maklumat/berita/infomasi yang disampaikan melalui media alternatif dalam menawan pemikiran masyarakat umum semasa PRU12 ialah kemenangan kerusi parlimen oleh seorang calon muda yang tidak dikenali.

Kemenangannya adalah dengan bermodalkan kempen tentang rakaman video perbualan seorang peguam kanan dengan orang penting kerajaan yang dirakamnya. Begitu juga dengan beberapa orang calon muda pihak pembangkang yang telah menang dengan memanfaatkan media alternatif khususnya blog dan forum siber untuk menjalurkan maklumat kepada para pengundi. Bukan itu sahaja, mereka turut berjaya menggunakan media alternatif bagi mendapatkan dana pilihanraya daripada orang ramai.

Ledakan industri teknologi maklumat yang sangat pesat telah menyebabkan perang propaganda, perang pemikiran, perang persepsi dan semisalnya menjadi sangat dominan dalam mempengaruhi pandangan atau cara berfikir masyarakat umum ketika ini. Kuasa viral misalnya telah menjadi satu faktor yang sangat berkesan mempengaruhi persepsi orang ramai terhadap isu yang diviralkan bahkan sampai ke tahap mampu mempengaruhi polisi negara. Jika diamati secara rasional, sering berlaku isu yang diviralkan hakikatnya adalah isu kecil, namun sering kali elemen emosi disampaikan secara berlebih-lebihan sehingga isu yang kecil dilihat sebagai isu yang sangat besar dan memerlukan perhatian yang tinggi daripada pihak-pihak tertentu.

Akhirnya, banyak resources telah dibazirkan kerana terpaksa melayan perkara sedemikian. Apa yang paling membimbangkan ialah metodologi dalam menentukan kebenaran dan keutamaan kini banyak dipengaruhi oleh persepsi atau propaganda yang dibina oleh teknologi maklumat. Dengan kata lain, pihak mana yang lebih kehadapan dan bijak memanfaatkan teknologi maklumat, maka merekalah yang mempunyai kelebihan untuk memimpin emosi dan pemikiran masyarakat umum.

Cara berfikir masyarakat kini yang sangat mudah dipengaruhi oleh maklumat atau berita yang mereka perolehi khususnya daripada sosial media menambahkan lagi kesengitan perang menawan emosi dan pemikiran rakyat yang boleh berubah-ubah berdasarkan maklumat atau berita yang mereka terima. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, bermacam-macam cara boleh dilakukan ketika ini untuk menawan pemikiran orang ramai agar dapat dipimpin berdasarkan narratif yang diinginkan. Seperti yang telah dijelaskan diatas, kebenaran atau pendustaan boleh ditentukan oleh pihak yang lebih kehadapan dan berjaya menanfaatkan kelebihan yang ada pada teknologi maklumat. Dengan kata lain, pihak tertentu dapat menentukan kebenaran atau pendustaan sesuatu isu dengan kuasa yang ada pada teknologi maklumat dengan membina naratif yang mereka inginkan. Apatah lagi jika pihak tersebut adalah sesebuah negara yang mempuyai resources yang banyak serta memiliki kepakaran yang tinggi dalam teknologi maklumat. Tentu sekali mereka mempunyai kelebihan dalam mengawal dan menawan pemikiran masyarakat umum seperti yang mereka kehendaki.

Inilah realiti hari ini yang mesti disedari, khususnya oleh umat Islam agar tidak menjadi mangsa yang mudah ditawan pemikirannya. Islam mendidik umatnya agar mempunyai sikap yang tidak suka pada khabar angin, mengata orang lain, membuka aib, adu domba dan sebagainya. Sikap sedemikian merupakan benteng penting yang dapat menjadi pelindung agar pemikiran tidak mudah ditawan berdasarkan naratif yang dibina oleh pihak-pihak tertentu. Selain itu, jati diri sebagai seorang muslim yang sentiasa berwaspada terhadap maklumat atau berita yang disebarkan dapat menjahuhinya daripada terjerumus dalam kancah fitnah yang sangat berleluasa ketika ini.

Thursday, 29 July 2021

Sidang Khas Parlimen : Apakah Kesimpulan Yang Boleh Dibuat ?

Berdasarkan sidangan khas parlimen yang telah berlangsung sejak 26/07/21 terdapat tiga perkara yang boleh disimpulkan:

1.  Proses membahaskan atau membincangkan masalah yang sangat kritikal yang sedang dihadapi oleh negara iaitu masalah yang berkait dengan COVID-19 tidak dibahaskan secara rasional dan ilmiah, tetapi dipenuhi dengan luahan emosi dan maki memaki. Tindakan sedemikian bukanlah sesuatu yang mengejutkan bahkan ianya merupakan satu sifat atau budaya dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, parlimen adalah tempat yang dianggap mulia kerana disitulah perkara yang sangat penting diadakan iaitu proses menggubal undang-undang. Proses menggubal undang-undang secara asasnya dilakukan dengan cara usul dibentangkan, kemudian dibahaskan sebelum pengundian dijalankan. Proses tersebut juga sudah tentu mempunyai tatacara pelaksanaannya yang telah ditetapkan berdasarkan peruntukan perlembagaan. Antara tatacara yang biasa diperlihatkan kepada rakyat ialah peranan speaker parlimen dalam mengawal proses perjalanan sidang parlimen. Umum mengetahui speaker yang dilantik sudah tentu akan memihak kepada pihak kerajaan kerana pelantikan speaker dipilih secara langsung oleh pihak kerajaan. Mengharapkan agar speaker dapat berlaku neutral kepada pihak kerajaan dan pembangkang dalam persidangan parlimen sudah tentu tidak mungkin akan berlaku. Maka, perasaan tidak puas hati sering dizahirkan oleh pihak pembangkang setiap kali persidangan parlimen diadakan. Bermacam-macam aturan persidangan dipertikaikan sehingga sering berlaku semasa persidangan adalah perbahasan tentang aturan mesyuarat yang berlaku disusuli dengan  kata-kata kesat yang penuh emosi, mempersenda, menghina dan sebagainya. Ahli parlimen di pihak kerajaan sudah tentu turut memberikan tindak balas yang serupa. Akhirnya, berlakulah seperti apa yang biasa kita saksikan setiap kali parlimen bersidang. Pertengkaran, saling menghina, saling mencabar sesama ahli-ahli parlimen menjadi amalan biasa semasa persidangan parlimen berlangsung. Adakah dengan amalan sedemikian yang hakikatnya merupakan sebahagian daripada tubuh demokrasi dapat menghasilkan undang-undang atau aturan hidup yang baik untuk manusia?

 

2.   Kematangan berpolitik, menggarap idea dan pemikiran yang bernas adalah satu fantasi dalam demokrasi. Walaupun ada beberapa orang ahli parlimen yang bersifat berkecuali ataupun independent namun bilangannya adalah sangat sedikit, suara atau sokongan terhadap sesuatu usul yang ingin digubal ditentukan oleh blok kerajaan dan blok pembangkang. Prinsip semak dan imbang melalui sesi perbahasan dianggap satu pendekatan yang dapat menghasilkan satu keputusan yang terbaik. Dalam sesi perbahasan para ahli parlimen diberi ruang untuk mengemukakan hujah dan idea terhadap sesuatu isu yang dibincangkan. Namun, secara amalannya ianya tidak membawa apa-apa makna walaupun ahli parlimen yang telah berbahas secara ilmiah dan mengemukakan pandangan bernas dengan hujah dan fakta. Namun, blok kerajaan atau blok pembangkang yang akan menentukan sokongan usul yang dibahaskan berdasarkan blok masing-masing bukan berdasarkan hujah yang bernas. Dengan kata lain, tidak kira betapa bernas pun hujah yang disampaikan oleh pihak kerajaan, blok pembangkang tetap tidak akan menyokong dan begitulah sebaliknya. Maka, hakikatnya nature dalam demokrasi kebenaran bukan ditentukan oleh idea atau pandangan yang bernas, tetapi kebenaran ditentukan berdasarkan blok atau kelompok yang majoriti. Jika golongan liberal anti Islam yang memegang suara majoriti, maka merekalah yang akan memegang cop kebenaran.

 

3. Perlembagaan persekutuan adalah undang-udang tertinggi, semua permasalahan kenegaraan mesti diselesaikan berdasarkan peruntukan perlembagaan. Walaupun British tidak lagi menentukan bagaimana permasalahan kehidupan rakyat dinegara ini diuruskan sebagaimana yang telah mereka lakukan semasa menjajah tanah melayu, tetapi dengan meninggalkan Perlembagaan Persekutuan kepada Tanah Melayu (kini Malaysia) yang merdeka sudah cukup untuk memastikan segala aspek kehidupan kita diuruskan seperti mana yang mereka kehendaki. Misalnya, mereka (British) mengkehendaki agar orang Islam menjalankan udang-udang Islam hanya dalam urusan ibadah dan kekeluargaan sahaja, maka perkara tersebut telah dipatri oleh mereka dalam perlembagaan. Dan ternyata sehingga kini ianya dipatuhi dan diamalkan dengan penuh keyakinan seolah–olah ianya ketetapan yang mutlak. Mungkin sukar untuk diakui oleh sesetengah pihak jika disimpulkan bahawa kita sehingga hari ini mengamalkan ajaran Islam seperti yang dikehendari oleh kafir barat British, bukan seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Allah SWT memerintahkan kita agar berhukum dengan hukum Allah dalam setiap aspek kehidupan, tetapi British mengkehendaki kita berhukum dengan hukum Islam hanya dalam soal ibadah dan kekeluargan itupun dengan syarat ianya mestilah tidak bercanggah dengan perlembagaan yang telah ditetapkan oleh British. Itulah hakikat kehidupan yang sedang kita lalui ketika ini, mengenepikan perintah Allah SWT dan patuh pada ketetapan kafir barat British.

Berdasarkan tiga perkara diatas, perkara penting yang harus difahami ialah kemelut politik yang sedang berlaku di Malaysia ketika ini adalah hasil daripada sistem pemerintahan dan perundangan yang diamalkan. Demokrasi memberikan kebebasan kepada manusia untuk menentukan apa yang baik untuk dirinya dan bagaimana cara yang terbaik mencapainya. Manusia sebagai mahluk ciptaan Allah SWT sangat tidak layak untuk menentukan apa yang terbaik untuk dirinya sedangkan Penciptanya yakni Allah SWT telah menentukannya dalam al-Quran dan mengutuskan baginda Rasulullah SAW untuk menunjukkan kepada umat Islam bagaimana untuk menguruskan kehidupan manusia dengan ajaran Islam yang serba lengkap. Maka, tiada cara lain yang terbaik bagi umat Islam dalam menguruskan kehidupan melainkan kembali berhukum dengan hukum Allah SWT dalam segenap aspek kehidupan. Ianya akan dapat direalisasikan jika sistem pemerintahan Islam iaitu sistem Khilafah kembali ditegakkan. Nampak seperti ianya seruan yang mudah untuk disahut, tetapi tidak pada mereka yang mindanya masih lagi dijajah.

Artikel Lain:

1. A Stark Glimpse of Mental Health Problem in Malaysia
2. Mampukah Malaysia Menyelamatkan Ekonomi Tanpa Menggunakan Pendekatan Wang Helikopter Dan Pelonggaran Kuantitatif ?

Sunday, 25 July 2021

A Stark Glimpse of Mental Health Problem in Malaysia

The increasing number of Malaysians reported of having mental health problems today is very worrying. It is of note that the mental health problem was already taking place as one of the main social problems in our society, even before the outbreak of COVID-19. Life pressure as the result of economic hardship, family problems, and social pressure were identified as among the main factors contributing to mental health problems. The climax of suffering from mental health problem is when the patients deliberately choose to end their suffering by committing suicide. Before the COVID-19 pandemic, the number of suicide cases reported in Malaysia was 609 in 2019 and increased to 631 in the year 2020. Meanwhile in the year 2021, within only five months into this year, from January to May, a total of 468 suicide cases were reported. The main factor contributing to the increasing number could be attributed to life pressure caused by the impact of COVID-19.

The COVID-19 pandemic really caused a huge negative impact on people living all over the world, partly as the result of the decision by most governments to implement drastic measures to contain the spread of the COVID19 virus. Measures such as lockdown and closing the border paralyzed the economy of the country. Businesses are closed, people are losing jobs, with no income to sustain daily life expenses, and matters are made worse when there is no clear sign of the end of COVID19 pandemic within the foreseeable future. Even after more than one year people are suffering and hoping for the end this pandemic, yet the prospect of returning to normalcy is still unclear. This invokes sense of hopelessness among the public and put them further under pressure, which could lead to depression and burnout.

Most of the countries in the world including Malaysia, are working hard to return to normalcy. Therefore, every country now is struggling to vaccinate their people because they see this is one of the best hopes to bring people’s lives back to the normal, where the economics sector and social life can be running as before the COVID-19 pandemic started. But, to achieve normalcy is not that easy although the COVID19 outbreak is successfully contained. The impact to the economy caused by COVID-19 is devastating, which also affects other aspects of life such as social life, political stability, healthcare system, education etc.

In other words, people must accept the fact that life post COVID-19 will be more challenging than before, despite being able to ‘back to normal’ life. But people need to ‘recuperate’ from the ‘injury’ that they sustained as the result of COVID-19 pandemic, which required a lot of ‘medicine’. For example, someone who lost their job or closed their businesses would have severe consequences in their life as they would be facing financial burden, not being able to maintain their living standard and social life, having a problem to maintain their children’s education etc. To ‘treat’ all the ‘injuries’ requires adequate ‘medicine’, meaning that they need to get their job or restart their business with at least similar income, otherwise they would have to adapt to lower standard of living. Failing to do so, again, would also further affect their mental health.

Based on the past experience, for example, in the aftermath of the Asian Financial Crisis in 1997/98, it was not possible to recover 100 per cent from ‘injuries'. The economic prosperities post 1997/98 crisis were lower than prior to the crisis. Following the crisis, the overall wellbeing of the society has slightly dropped. This phenomenon happened every time economic crises occurred in the world which is dominated by the capitalist system. In other words, the trend shows that every time crises happened, people’s lives post crises became more challenging and under pressure. Compared to many previous economic crises, the devastating impact to the economy caused by the COVID-19 pandemic is more severe. Therefore, we can expect that the impact on people’s lives is also more severe. If the number of people having mental health problems was already high before the COVID-19, then it is not surprising if the number of cases could increase drastically despite the return to normalcy has successfully achieved afterwards.

The question is, why? Is it a normal phenomenon? The short answer is because our economy is managed using the capitalist economic system. This is not normal; this is the consequence of the implementation of such economic system which has track record of being destructive implications and marked by cycles of economic crises over centuries of its implementation. Therefore, people’s lives will be more devastated and consequently the number of people having mental health problems will increase as long as capitalism dominates the world. To end this destructive cycles, we need to tear down the domination of capitalism and replace it with the Islamic economic system under the shades of Islamic leadership.      

Other Articels

1. Mampukah Malaysia Menyelamatkan Ekonomi Tanpa Menggunakan Pendekatan Wang Helikopter Dan Pelonggaran Kuantitatif ?

2. The influence of global economy on the path of Malaysian economic recovery