1. Menurut riwayat surah Al-Fatihah merupakan surah ke lima yang
diturunkan selepas surah Al-'Alaq, Al-Qalam, Al Mudaddsir dan
Al-Muzzammil . Namun ada perbezaan
pendapat dikalangan ulamak tentang surah Al-Qalam, Al Mudaddsir dan Al-Muzzammil, tentang surah mana yang turun terlebih
dahulu, tiada berbezaan bahawa surah Al-'Alaq ada
surah yang pertama diturunkan dan surah Al-Fatihah adalah surah yang ke lima. Berbeza dengan 4
surah yang awal,ayat-ayat dalam surah tersebut diturunkan dalam waktu yang
berbeza, tetapi surah Al-Fatihah diturunkan secara lengkap dalam satu masa dari
ayat pertama hingga ayat yang terakhir.
2. Namu terdepat juga berbezaan pendapat dikalangan mufassirin
tentang ayat Basmallah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ adakah
ianya sebahagian dari surah Al-Fatihah atau ianya hanya sebagai permulaan
sesuatu surah seperti surah-surah yang lain. Kebanyakkan mufassirin berpendapat
bahawa ayat بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ bukan
sebahagian dari surah Al-Fatihah, tetapi ianya adalah ayat yang terdapat dalam
Al-Quran, ditulis dalam surat yang dikirim oleh Nabi Sulaiman kepada Ratu Saba’
dan ada hadis nabi yang menyebutkan bahawa tidak sempurna sesuatu perbuatan
tanpa di mulakan dengan ayat بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ. Bagi yang menerima Basmallah adalah sebahagian dari surah Al-Fatihah,
maka imam akan membacanya dengan dengan suara yang kuat beserta dengan surah
Al-Fatihah, bagi yang berpegang Basmallah bukan sebahagian dari surah Al-Fatihah
maka mereka membacanya secara perlahan.
3. Surah AL-Fatihah bermaksud pembukaan kepada kitab sebab itu
diletakkan dihadapan sekali sebagai pembukaan kepada Al-Quran. Dalam surah
Al-Fatihah terdapat satu permintaan yang besar/doa yang kita minta daripada
Allah SWT اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ “Tunjukilah kami jalan yang lurus”. Allah terus
menjawab dalam surah Al-Baqarah, Al-Quran adalah petunjuk
ذٰلِكَ الكِتابُ لا رَيبَ ۛ فيهِ ۛ
هُدًى لِلمُتَّقينَ “Kitab
Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan
tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak)
bertaqwa”.
4. Terdapat
hadis yang menerangkan bahawa Allah SWT menerangkan surah AL-Fatihah dalam tiga
bahagian. Bahagian pertama, tentang mengenali Allah SWT, ayat
الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العالَمينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam
الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
مالِكِ يَومِ الدّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
menerangkan tentang Allah SWT iaitu aqidah yang menjadi asas kepada
keimanan atau kepercayaan. Bahagian kedua tentang pengakuan tentang kita akan
menyembah Allah SWT
إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan.
Selepas kita mengakui bahawa Allah SWT adalah tuhan kita, kemudian
kita mengakui untuk menyembah Allah SWT dan mohon pertolongan daripadanNya. Bahagian
yang ketiga
اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Kita meminta petunjuk daripada Allah SWT. Berdasarkan hadis
daripada Rasulullah SAW, setiap kali kita membaca bahagian pertama, Allah
menyatakan hambanya memujiNYA, hambaNYA, menggenaliNYA, hambaNYA bersyukur padaNYA.
Kemudian bahagian kedua, Allah menyatakan hambaNYA komited untuk menyembahNYA,
hambaNYA mengiktiraf untuk menyembahNya.
Apabila kita membaca اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ, Allah menyatakan
hambaNYA meminta dariNYA petunjuk dan pertolongan. Ini merupakan hak kepada
Allah untuk memenuhi janjiNYA.
Umat Islam membaca surah Al-Fatihah 17 kali minimum sehari semasa
menunaikan solat wajib. Jika ditambah dengan menunaikan solat-solat sunat,
sudah pasti bilanganya jauh lebih banyak. Jadi kita perlu memahami maksud dan
implikasi surah Al-Fatihah yang kita baca. Maka, apabila kita membaca surah Al-Fatihah
dengan memahami maksudnya dan mengaitknya dengan diri kita semasa kita
membacanya, maka kita akan faham banyak perkara tentang Islam, banyak petunjuk yang
kita perolehi daripada surah Al-Fatihah. Membaca surah Al-Fatihah dengan
memahami maksudnya dan dapat mengaitkan apa yang diterangkan dalam surah
Al-Fatihah dengan kehidupan kita, tentu ianya akan memberikan pemahaman yang
baik kepada kita mengenai Islam dan erti keimanan kita pada Allah SWT. Wallahu a’lam.