Persoalan penting yang perlu dirungkai
terlebih dahulu untuk memahami secara menyeluruh mengenai lawatan Presiden
Amerika Syarikat iaitu Barack Obama ke Malaysia ialah : Adakah Kerajaan
Amerika Syarikat yang lebih memerlukan Malaysia atau Kerajaan Malaysia yang
sebenarnya lebih memerlukan Amerika Syarikat ?
Jika dilihat dari aspek ekonomi,
Amerika Syarikat merupakan rakan dagang kelima terbesar bagi Malaysia. Jumlah
dagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat dari tahun 2011 hingga 2013 adalah
sekitar US$ 40 billion, walaupun merosot sedikit pada tahun 2012 kesan
kegawatan ekonomi yang dialami oleh Amerika Syarikat. Hubungan dagang antara
Malaysia dengan Amerika Syarikat memihak kepada Malaysia, dimana jumlah eksport
Malaysia ke Amerika Syarikat adalah lebih besar berbanding dengan jumlah
eksport Amerika Syarikat ke Malaysia. Amerika Syarikat juga merupakan
pelabur asing terbesar di Malaysia dengan nilai pelaburan melebihi US$10 dan
menawarkan kira - kira 150 000 peluang pekerjaan kepada pasaran buruh Malaysia
khususnya dalam sektor perkilangan, perbankan serta sektor minyak dan gas. Oleh
itu, jika Amerika Syarikat mengalami masalah kemerosotan ekonomi, ianya akan
turut memberikan kesan secara langsung kepada ekonomi Malaysia.
Dari segi hubungan keselamatan,
Malaysia dan Amerika Syarikat sebenarnya mempunyai hubungan ketenteraan yang
sangat baik dan akrab. Latihan ketenteraan bersama telah dilakukan sejak tahun
60-an lagi dan diperkukuhkan dengan penambahan lebih banyak lawatan kapal,
lawatan kakitangan, lawatan orang kenamaan, persidangan anjuran bersama,
latihan dua hala serta pelbagai perkongsian kepakaran.
Keakraban kerjasama ketenteraan
Malaysia dengan Amerika Syarikat boleh dilihat dengan adanya Pejabat Kerjasama
Pertahanan (Office of Defence Cooperation, ODC) yang berperanan menguruskan
aktiviti-aktiviti berkaitan dengan soal kerjasama keselamatan/ketenteraan
antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.
Antara peranan yang dimainkan oleh ODC
ialah mengurus dan menyokong Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi pemerolehan
peralatan, perkhidmatan dan latihan pertahanan daripada Amerika Syarikat.
Penjualan Ketenteraan Asing terbesar dan teraktif yang dilakukan oleh ODC
adalah program yang dinamakan dengan F/A-18 “Hornet”. Dibawah program ini
kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Boeing
Aerospace Amerika Syarikat untuk pembelian pesawat F/A-18D Hornet ‘Multi Role
All Weather Aircraft’ pada tahun 1993 dan 4 buah pesawat tempur tersebut telah
selamat tiba di Malaysia pada tahun 1997 yang berperanan menjaga keselamatan
ruang udara Malaysia.
Selain itu, setiap tahun ODC menyelaras
dan menyokong lebih kurang 14 hingga 16 latihan dua hala dan pelbagai hala
antara Tentera Amerika Syarikat dengan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis
Diraja Malaysia dengan tujuan menggalakkan kebolehoperasian dan kerjasama.
Antara latihan-latihan tersebut adalah CARAT (Cooperation Afloat
Readiness and Training), Cope Taufan, Keris Strike, Air Warrior, dan Latihan
Pertukaran Bersama. Disamping itu, seramai lebih kurang 70 orang kakitangan
Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dihantar setiap
tahun untuk mengambil bahagian dalam persidangan dan seminar yang dianjurkan
oleh Amerika Syarikat.
Sebenarnya ada banyak lagi fakta-fakta
yang boleh dirungkaikan berkaitan dengan hubungan antara Malaysia dan Amerika
Syarikat. Fakta-fakta tersebut perlu diketahui agar situasi/reality
sebenar sesuatu isu seperti kedatangan Obama ke Malaysia dapat difahami dengan
jelas. Fakta-fakta sedemikian juga akan dapat untuk membantu bagi memahami
disebalik tindak-tanduk yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara
terutamanya para pemimpin umat Islam terhadap setiap isu yang berlaku.
Hakikatnya walaupun penjajahan secara
fizikal tidak lagi berlaku seperti era kolonialisme barat, namun kuasa-kuasa
barat khususnya Amerika Syarikat terus mencengkam negara-negara kecil seperti
Malaysia dengan dua perkara iaitu ekonomi dan kerjasama
keselamatan/ketenteraan. Dengan kemajuan sains dan teknologi serta
kekuatan kewangan/modal yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, ianya telah
digunakan sebagai senjata yang cukup berkesan untuk meletakkan ekonomi Malaysia
terpaksa sentiasa bergantung hayat kepada Amerika untuk terus hidup. Negara
seperti Malaysia terpaksa sentiasa menagih belas kasihan dan ehsan daripada
kemajuan sains dan teknologi serta kekuatan kewangan yang dimiliki oleh Amerika
Syarikat untuk melangsungkan kehidupan ekonomi Malaysia. Hal ini sudah pasti
akan menyebabkan Malaysia untuk sentiasa berusaha sebaik mungkin menjaga
hubungan baiknya dengan Amerika Syarikat agar belas kasihan dan ehsan Amerika
sentiasa tercurah kepada Malaysia.
Cengkaman terhadap ekonomi sesebuah
negara boleh terlepas jika tidak disertai sekali dengan cengkaman terhadap
keselamatan/kekuatan ketenteraan. Cengkaman terhadap keselamatanlah yang akan
menjamin cengkaman terhadap ekonomi sesebuah negara akan dapat diteruskan. Oleh
yang demikian, kita boleh dapati di mana-mana pelusuk dunia Amerika mempunyai
cengkaman ataupun pengaruh yang cukup kuat terhadap soal
keselamatan/ketenteraan sesebuah negara termasuklah Malaysia. Negara seperti
Jepun dan Korea Selatan yang mempunyai ekonomi yang cukup kuat, namun
kedua-duanya tetap sahaja berada dibawah pengaruh dan telunjuk Amerika kerana
keselamatan/ketenteraan kedua-dua negara tersebut berada dibawah cengkaman
Amerika.
Oleh yang demikian, hakikatnya
kebanyakkan negara yang ada di dunia termasuklah Malaysia masih lagi dijajah
dalam bentuk penjajahan moden. Umat Islam boleh mengamalkan ajaran Islam tetapi
dalam batas-batas yang ditetapkan oleh Undang-undang dan Nilai-nilai
Antarabangsa. Umat Islam boleh mengamalkan ajaran Islam yang terkandung di
dalam Al-Quran dan As Sunnah tetapi mesti tidak bertentangan dengan
Undang-undang dan Nilai-nilai Antarabangsa. Umat Islam boleh memperjuangkan hak
dan kebebasan mereka tetapi mestilah berdasarkan lunas-lunas yang ditetapkan
oleh Undang-undang Antarabangsa yang berada dibawah PBB. PBB yang menjadi kuda
tunggang Amerika Syarikat untuk terus mencengkam negara-negara lain termasuklah
negara-negara umat Islam.
Satu-satunya jalan keluar yang ada pada
umat Islam untuk membebaskan diri daripada cengkaman Amerika yang merupakan
musuh utama dan pembunuh ratusan ribu umat Islam ialah umat Islam perlu kembali
kepada Identiti Islam dengan cara mengembalikan semula kehidupan Islam.
Kehidupan Islam yang merangkumi semua aspek yang dilaksanakan dalam bentuk
bernegara. Islam mempunyai caranya tersendiri bagaimana untuk menguruskan
ekonomi dan soal keselamatan yang bukan hanya bebas daripada cengkaman
kuasa-kuasa asing seperti Amerika Syarikat, tetapi juga akan mampu mencabar dan
seterusnya mengalahkan kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang dimiliki oleh
Amerika. Cabaran utama untuk umat Islam kembali kepada kehidupan Islam ialah
membebaskan pemikiran umat Islam daripada Mentaliti Hamba (Baca : Misi Perang Pemikiran untuk Membebaskan ‘Mentaliti Hamba’). Mentaliti Hamba yang
mencengkam pemikiran umat Islamlah yang menyebabkan umat Islam sendiri tidak
yakin dengan keupayaan dan kemampuan ajaran Islam untuk menguruskan seluruh
aspek kehidupan dalam bentuk bernegara.
Oleh itu, kedatangan Barack Obama
selaku President negara yang menjadi musuh utama umat Islam ke negara-negara
umat Islam termasuklah Malaysia dapat ditolak jika umat Islam kembali kepada
Identiti Islam berdasarkan cara hidup Islam dalam bentuk bernegara. Tolak Obama
dengan cara mengembalikan semula cara hidup Islam di bawah naungan Daulah
Khilafah.
Anda Juga Mungkin Meminati :
1. Politik Malaysia : What’s Next?
2. Ancaman COMANGO Terhadap Islam Di Sebalik Perjuangan Hak Asasi Manusia
Anda Juga Mungkin Meminati :
1. Politik Malaysia : What’s Next?
2. Ancaman COMANGO Terhadap Islam Di Sebalik Perjuangan Hak Asasi Manusia
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.