Tuesday 24 October 2023

Empat Perkara Yang Perlu Difahami Mengenai Kekejaman Zionis Israel Terhadap Palestin

Terdapat empat perkara yang perlu diberikan perhatian serious mengenai isu Palestin dibawah penjajahan Zionis Israel. Pertama, permusuhan dan kebencian orang-orang kafir terhadap umat Islam adalah nyata, sampai hari kiamat. Orang-orang kafir sama sekali tidak menginginkan kebaikan terhadap umat Islam, bagi mereka Islam adalah ajaran yang buruk dan punca kepada kejahatan. Mereka sama sekali tidak akan menerima atau menyukai orang Islam kecuali orang Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam. Rasa simpati dan bantuan kemanusian yang dihulurkan oleh segelintir orang-orang kafir terhadap kezaliman yang dilakukan oleh negara haram Israel adalah sesuatu yang normal bagi mana-mana manusia yang inginkan kedamaian. Namun ianya tidak boleh dijadikan sandaran untuk meletakkan harapan terhadap mereka untuk membela umat rakyat Palestin daripada kekejaman rejim Zionis Israel. Jika ada laungan sokongan daripada orang-orang kafir sama ada pemimpin, tokoh masyarakat atau rakyat biasa, ianya tidak akan pergi lebih jauh sehingga dapat membebaskan tanah Palestin daripada cengkaman Zionis Israel. Media antarabangsa yang dikuasai oleh barat melakukan bermacam-macam propaganda dan manupulasi berita untuk membenarkan tindakan kejam rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tidak memeranjatkan ianya dengan begitu mudah mempengaruhi pemikiran dan persepsi kebanyakkan orang-orang kafir kerana bibit-bibit kebencian sudah tersemai dalam hati-hati mereka. Hanya memerlukan sidikit provokasi, kebencian dan permusuhan mereka terhadap umat Islam pasti akan terserlah.   Oleh itu, umat Islam harus sedar bahawa umat Islam sama sekali tidak boleh meletakkan sedikitpun harapan terhadap badan antarabangsa seperti PBB dan badan-badan kemanusian yang dipelopori oleh orang-orang kafir untuk memberikan pembelaan hakiki terhadap umat Islam. Hanya dengan kekuatan yang datang dari umat Islam sendiri yang akan dapat membebaskan rakyat Palestin dari terus dizalimi oleh rejim Zionis Israel.

Kedua, wujudnya para pemimpin umat Islam yang mengkhianati bumi Palestin. Para pemimpin umat Islam yang khianat, telah sekian lama membiarkan Palestin terus dibuli oleh rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam bermacam-macam perjanjian antarabangsa. Hasil bermacam-macam rundingan dan perjanjian yang telah termeterai telah mengukuhkan cengkaman Zionis Israel terhadap tanah Palestin dan melemahkan kedudukan rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka daripada terus ditindas oleh rejim Zionis Israel.  Sesiapa sahaja yang melihat peta kedudukan negara haram Israel yang dikelilingi oleh negara-negara umat Islam sudah pasti tidak dapat untuk memahami bagaimana rejim Zionis Israel boleh terus menerus membantai sesuka hati umat Islam Palestin  sedangkan negara haram Israel dikelilingi oleh negara-negara arab yang beragama Islam!. Bagaimana ianya boleh berlaku?! Tak masuk akal langsung. Sedangkan percikan darah dan tangisan umat Islam Palestin yang dizalimi oleh rejim haram Israel sejak tahun 1948 lagi begitu terang dan jelas umpama  petir yang menghiasi angkasa mereka. Jawapan kepada persoalan tersebut ialah, umat Islam Palestin telah dikhianati oleh para pemimpin umat Islam sendiri. Para pemimpin yang khianat, tidak mempunyai sedikitpun keberanian untuk mengerakkan tentera mereka menentang tentera negara haram Israel. Mereka bukan hanya berdiam diri melihat tanah umat Islam Palestine dirampas inci demi inci oleh penceroboh Zionis, bahkan mereka secara tidak langsung telah membantu memperkukuhkan kedudukan negara haram Israel diatas tanah Palestin dengan membantu menjayakan bermacam-macam rundingan dan perjanjian antarabangsa. Bukan lagi rahsia, para pemimpin khianat ini sudah sampai ketahap tidak ada lagi rasa malu pada umat Islam dan takut pada azab Allah SWT apabila mereka telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel diatas tanah yang rampas daripada umat Islam Palestin.

Ketiga, umat Islam hidup ketika ini hidup berbecah belah. Sempadan nationalisme yang dibentuk ketika penjajahan barat ke atas negara-negara umat Islam telah menjadikan umat Islam umat yang berpecah belah. Umat Islam telah dibelenggu oleh sempadan nasionalisme dalam apa jua keputusan dan tindakan mereka. Sempadan nasionalisme menjadikan umat Islam melihat permasalahan yang sedang dihadapi oleh umat Islam Palestin sebagai masalah rakyat Palestin, bukan masalah umat Islam. Perpecahan ini memudahkan rejim Israel Zionis secara terang-terangan merampas inci demi inci tanah Palestin dan terus melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin. Rejim Zionis tahu dengan yakin bahawa umat Islam tidak akan membela atau membantu rakyat Palestin daripada penindasan mereka seperti yang diperintahan oleh ajaran Islam iaitu jihad. Ini kerana umat Islam telah dimandulkan oleh sempadan nasinalisme dan akan tunduk kepada undang-undang antarabangsa yang didominasi oleh sekutu kuat rejim Zionis Israel iaitu Amerika Syarikat. Musuh-musuh Islam ini tahu bahawa umat Islam akan hanya sekadar menghulurkan bantuan kemanusian atau melahirkan kemarahan terhadap kekejaman yang telah dilakukan berulang-ulang kali oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Kemarahan dan bantuan kemanusian yang sedikit pun tidak mengentarkan rejim Zionis Israel untuk terus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Inilah natijah apabila umat hidup berpecah belah berdasarkan sempadan nasionalisme tidak dan bersatu seperti yang diperintah Allah SWT.  

Keempat, Palestin tidak akan dapat dibebaskan daripada penjajahan rejim Zionist Israel selagi sistem pemerintahan islam iaitu Sistem Khilafah tidak ditegakkan semula. Rejim Israel Zionist hanya akan dapat dihalau dari bumi Palestin oleh jihad yang dilancarkan oleh tentera Khilafah. Hanya sistem Khilafah yang bersedia dan mempunyai keberanian melancarkan jihad menentang rejim Zionist Israel dan sekutu-sekutunya. Kerajaan-kerajaan negara Islam yang ada ketika ini khususnya kerajaan yang berada di sekeliling Palestin seperti Jordan, Mesir, Syria atau berhampiran dengan Palestin seperti Arab Saudi, Turki dan Iraq, sama sekali tidak akan melancarkan jihad menentang rejim Zionist Israel. Kerajaan-kerajaan tersebut dipimpin oleh boneka-boneka yang lebih takut kepada Amerika Syarikat berbanding dengan Allah SWT. Jangan terpedaya dengan kata-kata retorik yang keluar dari mulut mereka, itu hanyalah lakonan semata-mata untuk menutup rupa sebenar mereka yang merupakan tali barut kepada kuasa barat. Hakikatnya mereka hanya akan melakukan sebarang tindakan jika diarahkan atau direstui oleh tuan mereka iaitu Amerika Syarikat. Maka, selagi sistem Khilafah tidak ditegakkan, rejim Zionist Israel akan terus membantai rakyat Palestin dengan sesuka hati. Mereka langsung tidak takut dengan tindak balas dari negara-negara Islam kerana mereka tahu walauapaun yang mereka lakukan keatas tanah dan penduduk Palestin, kerajaan-kerajaan Islam yang ada di sekeliling mereka tidak akan berani berbuat apa-apa, selain dari mengeluarkan kata-kata retorik yang hanya mengelikan hati rejim Zionis Israel dan sekutu-sekutunya.