Thursday, 8 May 2014

Bagaimana Hudud Dapat Diterapkan Secara Sempurna


Pelaksanaan sebarang bentuk undang-undang di dalam sesebuah negara berkait rapat dengan kekuasaan yang dimiliki. Kekuasaan merupakan penentu utama terhadap sebarang bentuk undang-undang yang ingin dilaksanakan. Tanpa adanya kekuasaan, undang-undang yang dirangka hanya akan tercatat sebagai buku undang-undang yang menjadi rujukan untuk dikaji atau diperdebatkan, tetapi bukan untuk dilaksanakan.


Pelaksanaan undang-undang bernegara oleh Rasulullah SAW dilakukan setelah baginda mendapat kekuasaan di Madinah. Dengan kekuasaan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW,  Madinah telah menjadi sebuah negara yang mempunyai identitinya tersendiri yang dibentuk berasaskan sistem hidup dan undang-undang yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Baginda SAW.  Selaku Ketua Negara, Baginda SAW telah mengatur seluruh aspek kehidupan penduduk Madinah sama ada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, pergaulan antara lelaki dengan wanita dan lain-lain lagi dengan sistem hidup dan undang-undang Islam. Hatta masyarakat Yahudi yang menjadi rakyat Negara Islam Madinah juga mesti tunduk dan patuh kepada segala peraturan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Tidak timbul soal masyarakat Madinah adalah masyarakat majmuk, keadaan tidak kondusif atau rakyat Madinah tidak faham dan lain-lain lagi.  Kesempurnaan ajaran Islam untuk mengatur kehidupan manusia telah dijamin oleh Allah SWT sendiri melalui firman Nya dalam Surah Al-Maidah ayat 3.

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.

Apabila Rasulullah SAW berjaya menyebarluaskan ajaran Islam di wilayah-wilayah yang lain, Rasulullah tidak memaksa rakyat di wilayah-wilayah tersebut untuk menganut ajaran Islam, mereka bebas untuk memilih sama ada untuk masuk Islam atau kekal dengan agama asal mereka. Tetapi dari soal sistem hidup dan undang-undang, Rasulullah tidak memberi mereka peluang untuk memilih melainkan mesti menerapkan sistem hidup dan undang-undang Islam. Begitu jugalah yang dilakukan oleh para Khalifah sesudah Baginda SAW apabila mereka berjaya membuka wilayah-wilayah yang lain. Penerapan sistem dan undang-undang Islamlah yang telah merubah kehidupan manusia pada ketika itu yang hidup dalam keadaan tunggang-langgang kepada kehidupan  yang lebih baik. Itulah peri pentingnya peranan sistem dan undang-undang yang diterapkan. Sistem dan undang-undang yang ditetapkan akan mengubah corak kehidupan sesuatu masyarakat, sama ada akan menjadi lebih baik atau sebaliknya bergantung kepada apakah sistem dan undang-undang yang diterapkan.

Maka sebab itu, apabila Mustafa Kamal Antartuk berjaya mengambil kekuasaan pemerintahan Turki dengan bantuan British, Mustafa Kamal serta merta merombak sistem pemerintahan Khilafah dan undang-undang Islam dengan pemerintahan republik yang  berasaskan undang-undang sekular. Bahkan seluruh gaya hidup umat Islam Turki diubah secara paksa agar menjadi masyarakat yang sekular. Dengan kekuasaan yang dimiliki itu, Mustafa Kamal telah  berhasil menjadikan Turki yang pernah menjadi Pusat Pemerintahan Islam selama lebih dari 700 tahun menjadi sebuah negara yang berpegang teguh dengan idea sekularisme.

Begitu juga hakikatnya dengan sejarah perubahan bentuk pentadbiran dan undang-undang di Tanah Melayu. Apabila Portugis, Belanda dan British berjaya menjajah Tanah Melayu, mereka terus melaksanakan bentuk pentadbiran dan undang-undang barat tanpa perlu menyediakan keadaan yang kondusif atau memberikan kefahaman terlebih dahulu kepada rakyat di Tanah Melayu pada ketika itu sebelum undang-undang barat dilaksanakan. Mereka mengatur bentuk pentadbiran dan melaksanakan undang-undang ke atas penduduk Tanah Melayu menurut kehendak mereka, kerana apa? Jawapannya kerana mereka memiliki kekuasaan ke atas tanah Melayu pada masa tersebut. Dengan sistem dan undang-undang barat yang diterapkan, kehidupan penduduk Tanah Melayu akhirnya berubah daripada kehidupan yang berasaskan ajaran Islam kepada kehidupan yang berasaskan sekularisme.

Berbalik kepada soal kekuasaan, kerajaan Arab Saudi yang telah melaksanakan hudud setelah sekian lama, dan kini Kerajaan Brunei juga sedang mengikuti jejak yang sama adalah kerana kedua-dua pemimpin kerajaan tersebut mempunyai absolute power - kekuasaan yang cukup untuk melaksanakan hukum hudud. Namun, kekuasaan yang dimiliki tersebut tidak semestinya menjamin hukum hudud dapat dilaksanakan secara sempurna. Ini kerana kesempurnaan pelaksanaan hukum hudud seperti yang pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para Khalifah sesudah baginda dapat dilaksanakan apabila seluruh aspek kehidupan sama ada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, pergaulan dan sebagainya diatur secara kaffah dengan aturan atau sistem hidup Islam. Pengaturan seluruh aspek kehidupan dengan sistem-sistem Islam hanya akan dapat dilaksanakan jika meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai undang-undang tertinggi (Kedaulatan ditangan syarak).

Kekuasaan yang dimiliki tanpa meletakkan kedaulatan di tangan Syarak, akan menyebabkan penguasa yang memiliki kekuasaan melaksanakan sistem dan undang-undang Islam mengikut selera mereka. Kerajaan Saudi Arabia misalnya yang telah sekian lama melaksanakan hukum hudud, tetapi merupakan ‘adik-beradik tiri’ kepada Kerajaan Amerika Syarikat. Kerajaan Saudi Arabia adalah negara Arab yang menjadi penyokong dan pembantu terkuat terhadap segala dasar/polisi yang dijalankan  Amerika Syarikat di Timur Tengah. Pengkhianatan dan pengabaian terhadap umat Islam di Timur Tengah merupakan asam-garam kepada pemerintah Kerajaan Arab Saudi.

Oleh yang demikian, hukum hudud dan juga hukum-hakam Islam yang lain serta segala sistem ataupun peraturan hidup Islam akan dapat dilaksanakan secara sempurna jika dua elemen iaitu Kekuasaan Ditangan umat (as sulthan li al ummat) dan Kedaulatan ditangan syarak (As siyadah li as syar’i) berjaya dijadikan teras kepada pembentukan sesebuah negara. Tanpa kedua-dua elemen tersebut, hukum hudud dan juga hukum-hakam yang lain tidak akan dapat diterapkan secara sempurna.

Artikel Berkaitan :



1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    ReplyDelete