Masyarakat Rohingya yang majortinya menetap di bahagian utara Arakan merupakan salah satu daripada kumpulan etnik yang menjadi warga negara Myanmar (Burma) setelah Myanmar mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1948. Sebelum tentera melakukan rampasan kuasa yang diketuai oleh Jeneral Ne Win pada tahun 1962, masyarakat Islam Rohingya khususnya di bawah pemerintahan Perdana Menteri Myanmar yang pertama iaitu U Nu diberikan hak yang sama seperti warga negara Myanmar yang lain. Mereka diberikan hak untuk mendapatkan pendidikan, mensyiarkan tuntutan agama Islam, bekerja sebagai kakitangan kerajaan, menyertai pasukan tentera dan juga terlibat secara langsung dalam Pilihan Raya Umum Myanmar. Bahkan terdapat beberapa orang pemimpin politik daripada masyarakat Islam Rohingya yang telah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan ketika itu. Namun setelah tentera melakukan rampasan kuasa, nasib masyarakat Islam Rohingya telah berubah menjadi masyarakat yang bukan sahaja dinafikan statusnya sebagai warga negara Myanmar tetapi juga telah menjadi mangsa penindasan yang sangat kejam oleh pemerintahan Junta Tentera Myanmar yang diketuai oleh Jeneral Ne Win.
Sebelum menjadi Ketua Negara Myanmar dibawah pemerintahan Junta Tentera, Jeneral Ne Win pernah dilantik sebagai Perdana Menteri Sementara Myanmar dari tahun 1958 hingga tahun 1960 menggantikan Perdana Menteri U Nu. Jeneral Ne Win dilantik sebagai Perdana Menteri sementara Myanmar berikutan keadaan politik Myanmar yang tidak stabil ketika itu sehingga memaksa pemerintahan yang dikenali sebagai Caretaker government dibentuk. Setelah Pilihanraya Umum Myanmar diadakan pada tahun 1960, U Nu telah dilantik semula menjadi Perdana Menteri Myanmar apabila parti pimpinannya iaitu Parti Anti-Fascist People's Freedom League (AFPFL) berjaya memenangi pilihan raya tersebut dengan kemenangan yang selesa. Namun, ianya hanya dapat bertahan hanya selama dua tahun apabila Jeneral Ne Win telah melakukan rampasan kuasa pada tahun 1962.
Setelah berjaya melakukan rampasan kuasa, Jeneral Ne Win telah menubuhkan Union Revolutionary Council yang bertindak sebagai kerajaan untuk mentadbir Myanmar. Sebagai Pengerusi Union Revolutionary Council, Jeneral Ne Win secara automatik menjadi Perdana Menteri Myanmar. Beliau menyandang jawatan tersebut sehingga tahun 1988. Oleh kerana, Jeneral Ne Win mendapat kuasa tanpa mandat daripada rakyat Myanmar, maka beliau perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Myanmar. Antara cara yang telah dilakukannya ialah mencipta common enemy terhadap etnik majoriti Burma agar mereka akan bersama-sama pentadbiran Jeneral Ne Win memerangi common enermy tersebut. Hal ini juga sebenarnya akan dapat mengalihkan perhatian rakyat Myanmar terhadap kediktatoran pemerintahan Junta Tentera yang diketuai oleh Jeneral Ne Win.
Bagi tujuan tersebut, masyarakat Islam Rohingya telah dijadikan sasaran sebagai common enemy bagi etnik Burma. Ianya dimulakan dengan memperkenalkan Emergency Immigration Act, 1974. Akta ini didesign secara khusus untuk melucutkan kerakyatan etnik minoriti khususnya etnik Rohingya sebagai warga negara Myanmar. Akta tersebut telah menyebabkan etnik Rohingya menjadi pendatang di tanah air sendiri yang digelar oleh Pentadbiran Jeneral Ne Win sebagai pendatang Bengali. Pada tahun 1978, Pentadbiran Jeneral Na Win melancarkan satu operasi yang dikenali Operasi Nagamin (The King Dragon Operation). Dalam Operasi Nagamin, pasukan tentera kerajaan Myanmar telah melancarkan serangan secara mengejut ke atas perkampungan etnik Rohingya. Tentera dengan dibantu oleh etnik Rakhine yang beragama Buddha telah membakar rumah-rumah, memusnahkan masjid-masjid serta melakukan pembunuhan dan pemerkosaan ke atas masyarakat Islam Rohingya. Akibat daripada operasi tersebut juga, seramai lebih kurang 200,000 masyarakat Islam Rohingya terpaksa melarikan diri dan hidup sebagai pelarian di negara Bangladesh.
Kekejaman pentadbiran Junta Tentera Myanmar terhadap umat Islam Rohingya tidak berakhir di situ sahaja, tetapi terus berlaku dan berlaku sehinggalah ke hari ini. Satu per satu penderitaan dan peristiwa sedih yang dialami oleh umat Islam Rohingya dihidangkan kepada masyarakat dunia. Umat Islam Rohingya merupakan golongan yang paling menderita dan tertindas ketika ini. Banyangkan sahaja hampir separuh (1.5 juta) etnik Rohingya hidup sebagai pelarian di negara-negara lain kerana tidak mampu menahan kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh Pemerintahan Junta Tentera Myanmar.
Penderitaan dan penindasan yang dialami sejak sekian lama oleh
umat Islam Rohingya akibat daripada kekejaman berterusan oleh Pemerintahan
Junta Tentera Myanmar merupakan antara bukti yang nyata sikap hipokrasi badan
dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menjaga keamanan
sejagat. PBB sehingga kini gagal untuk menghentikan kekejaman Junta Tentera
Myanmar ke atas umat Islam Rohingya. Selain itu, ianya juga merupakan bukti
bahawa Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) adalah pertubuhan yang tidak boleh
diharapkan sama sekali untuk membela umat Islam yang tertindas. Tiada apa yang
signifikan telah dilakukan oleh OIC untuk menghentikan kekejaman Junta Tentera
Myanmar. Dan, ASEAN yang turut dianggotai oleh Malaysia, Brunei dan Indonesia
sedikit pun tidak pernah melakukan sesuatu yang berkesan bagi memberikan
tekanan terhadap Pemerintahan Junta Tentera Burma agar menghentikan kekejaman
mereka terhadap umat Islam Rohingya.
Melihat keadaan ini, umat Islam di seluruh dunia tentunya berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi menghentikan kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh Junta Tentera Myanmar ke atas umat Islam Rohingya. Persoalannya bagaimana ??? Apa usaha atau sumbagan yang dapat dicurahkan bagi tujuan tersebut ?
Sumbangan jangka pendek dari segi material yang boleh dilakukan oleh setiap
muslim khususnya di Malaysia bagi mengurangkan sedikit penderitaan yang dialami oleh umat Islam Rohingya sudah tentunya dengan menyumbangkan wang ringgit dan bahan-bahan keperluan yang lain. Selain itu, umat Islam melalui NGO, Jemaah mahupun parti politik perlu secara berterusan melakukan desakan kepada pihak kerajaan agar bertindak dengan lebih berani untuk melakukan tekanan terhadap Pemerintahan Junta Tentera Myanmar agar menghentikan kekejaman mereka terhadap umat Islam Rohingya. Tekanan secara berterusan terhadap pihak kerajaan juga perlu dilakukan agar membenarkan umat Islam Rohingya yang sudah berhari-hari tersadai di tengah lautan mendarat di daratan Malaysia agar bantuan kemanusian yang diperlukan dapat dihulurkan kepada mereka.
Disamping melakukan sumbangan jangka pendek bagi mengurangkan penderitaan yang sedang dialami oleh umat Islam Rohingya. Usaha jangka panjang perlu turut sama dilakukan oleh umat Islam bagi membebaskan secara total umat Islam Rohingya daripada kekejaman Junta Tentera Myanmar.
Usaha jangka panjang tersebut ialah menyeru umat Islam untuk sama-sama berusaha untuk mendirikan semula institusi agung pemerintahan Islam iaitu Daulah Khilafah.
Usaha jangka panjang tersebut ialah menyeru umat Islam untuk sama-sama berusaha untuk mendirikan semula institusi agung pemerintahan Islam iaitu Daulah Khilafah.
Hanya Daulah Khilafah yang didirikan berdasarkan tareqah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.AW yang akan dapat mengerakkan tentera umat Islam bagi membela penindasan yang dialami oleh umat Islam Rohingya daripada kekejaman Junta Tentera Myanmar. Ini kerana, Khalifah adalah umpama perisai bagi kaum Muslimin. Rasulullah saw menegaskan:
« إِنَّمَا الإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ »
Sesungguhnya seorang pemimpian itu adalah perisai, orang-orang berperang di belakangnya, dan berlindung kepadanya (HR. Bukhari-Muslim).
Anda Mungkin Juga Meminati :
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.