Wednesday, 22 January 2014

Rundingan Geneva II : Apa Yang Perlu Di Fahami

Terdapat beberapa perkara yang perlu difahami tentang kenapa Amerika, Russia, Iran dan pemimpin-pemimpin negara Arab berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari political solution daripada Rundingan Geneva II.



1.    Kelainan Kebangkitan Umat Islam Syria

Walaupun kebangkitan umat Islam di Syria agak lambat berbanding dengan kebangkitan dengan umat Islam di negara-negara arab yang lain, namun terdapat kelainan dalam kebangkitan umat Islam di Syria. Kelainan inilah yang telah menyebabkan negara-negara barat terutamanya Amerika gagal untuk merampas kebangkitan tersebut untuk menjayakan agenda politik mereka di bumi Syria.


Kelainan tersebut adalah suburnya konsep kenegaraan Islam dalam kebangkitan mereka, konsep tersebutlah yang memandu kebangkitan umat Islam di Syria. Tidak seperti kebangkitan di negara-negara arab yang lain, rata-rata kebangkitan mereka adalah untuk menuntut kebebasan dan demokrasi. Maka sebab itu dengan mudah Amerika dan kuasa-kuasa barat dapat merampas dan mendesign kebangkitan seperti itu. Lihat sahaja apa yang telah berlaku terhadap kebangkitan umat Islam di Tunisia, Libya dan Mesir. Amerika dan negara-negara barat telah memberikan apa yang mereka inginkan iaitu kebebasan dan demokrasi. Rejim telah ditukar dengan pemimpin yang demokratik , tetapi Amerika masih tetap meneruskan hegemoninya di negara-negara tersebut.

Berbeza dengan kebangkitan umat Islam di Syria, walaupun pada peringkat awal kebangkitan mereka adalah untuk mempertahankan diri daripada kezaliman rejim Bashar Assad, namun ianya telah bertukar menjadi kebangkitan yang inginkan Negara Islam iaitu Khilafah, bukan kebebasan dan bukan juga demokrasi. Konsep kenegaraan Islam telah menjadi agenda perjuangan hampir 90 peratus kumpulan-kumpulan jihad yang berperang dilapangan menentang rejim Bashar Assad. Bahkan, umat Islam Syria sendiri menolak sebarang usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak untuk menyebarkan idea demokrasi dalam kebangkitan mereka.

2.    Percaturan Amerika Dan Kuasa-Kuasa Barat Serta Pemimpin-pemimpin Sekuler Umat Islam.

Kebangkitan umat Islam di Syria yang inginkan Negara Islam telah mengejutkan Amerika dan sekutu-sekutunya. Sudah tentu mereka tidak akan membenarkan umat Islam di Syria berjaya untuk menjadikan bumi Syria sebagai tapak untuk tertegaknya kembali Negara Khilafah yang pernah menjadi kuasa besar dunia. Sudah tentu Amerika dan sekutu-sekutunya tidak akan duduk diam, mereka bekerja siang malam untuk melakukan perancangan dan konspirasi serta menggunakan segala kepakaran yang mereka ada untuk menghalang daripada tertegaknya kembali negara Khilafah di bumi Syria.     


Amerika dan kuasa-kuasa barat yang lain serta pemimpin-pemimpin sekuler umat Islam di Qatar, Turki, Arab Saudi, Jordan dan lain-lain faham benar tentang apakah negara Khilafah serta apa yang akan berlaku jika Negara Khilafah kembali tertegak di bumi Syria. Mereka juga tahu bahawa mereka tidak akan dapat menghalang kekuatan magnet penyatuan umat Islam yang akan dilaungkan oleh Negara Khilafah sehingga pemimpin sekuler yang menjadi talibarut Amerika akan tumbang dengan sendirinya.

Maka, sebab itu tidak hairan pemimpin sekuler umat Islam begitu bersungguh-sungguh membantu menjayakan segala perancangan yang dilakukan oleh Amerika untuk memesongkan dan seterusnya merampas kebangkitan umat Islam di Syria. Rundingan Geneva II adalah antara game yang diatur oleh Amerika dan Russia agar sebuah negara Demokrasi akan didirikan di Syria untuk menggantikan Rejim Bashar Assad.

3.    Cabaran Kumpulan - kumpulan Mujahidin
Kumpulan-kumpulan mujahidin bukan hanya berperang menentang tentera-tentera rejim Bashar Assad yang dibantu oleh militia-militia syiah yang menyokong rejim Bashar Assad tetapi yang lebih mencabar ialah berhadapan dengan political game dan konspirasi yang dimainkan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya.  Amerika berusaha dengan pelbagai cara untuk melemahkan dan memecahbelahkan kumpulan-kumpulan mujahidin. Penyamaran, provokasi, propaganda, fitnah, sandiwara media, bantuan persenjataan, kewangan dan bermacam-macam lagi sedang dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya demi mencapai tujuan tersebut.


Bukan perkara yang pelik sekiranya dengan segala perancangan dan konspirasi yang dilakukan oleh Amerika dan dibantu oleh pemimpin dan umat Islam yang khianat telah berjaya melaga-lagakan kumpulan-kumpulan jihad umat Islam yang berperang menentang rejim Bashar Assad. Sudah pasti agen-agen Amerika akan menyusup masuk ke dalam kumpulan-kumpulan jihad untuk melakukan onar daripada dalam.

Maka sebab itu, adalah sesuatu yang menyedihkan jika umat Islam lain hanya bertindak sebagai hakim untuk menghukum atau melebel kumpulan-kumpulan mujahidin diatas kelemahan atau kesilapan yang mereka lakukan. Ini kerana mereka yakni kumpulan-kumpulan mujahidin dihimpit dengan pelbagai macam bentuk konspirasi dan tipudaya daripada musuh-musuh Islam yang siang malam berusaha untuk memecahbelahkan dan memesongkan perjuangan mereka.

4.    Peranan SNC Dan Iran
SNC seperti yang telah diterangkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini adalah pembangkang yang ditubuhkan atas ‘restu’ Amerika untuk menggantikan rejim Bashar Assad.  SNC dan FSA adalah boneka untuk menjayakan Western Project di bumi Syria. Bermacam-macam konspirasi dan propaganda telah dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya untuk menaikkan SNC sebagai pihak yang mewakili penentangan rejim Bashar, begitu juga dengan FSA yang mendapatkan bantuan ketenteraan daripada barat untuk ditonjolkan sebagai pihak yang menerajui penentangan rejim Bashar. Namun sehingga kini semua perancangan dan konspirasi yang dilakukan tidak berjaya mencapai matlamatnya. Hakikatnya sehingga Rundingan Geneva II diadakan SNC dan FSA masih tidak mempunyai pengaruh yang cukup untuk menggantikan rejim Bashar Assad. Ini kerana kebangkitan sebenar yang menentang Rejim Bashar Assad adalah umat Islam Syria bersama-sama dengan kumpulan mujahidin yang berperang dilapangan, bukannya SNC yang kebanyakkan anggotanya tinggal di London dan Paris.

Manakala Iran yang sering dikaitkan sebagai pihak yang secara terbuka memberikan sokongan dan bantuan ketenteraan dalam mempertahankan rejim Bashar Assad sebenarnya juga mempunyai agenda sendiri. Iaitu membentuk pengaruh Syiah seperti Empayar Parsi di beberapa buah negara termasuklah di Syria, Iraq dan dibeberapa kawasan Gulf State. Amerika dan barat sedar perkara tersebut, namun ianya bukanlah sesuatu yang membimbangkan memandangkan aspirasinya hanyalah bersifat lokal dan barat mempunyai sejarah perhubungan yang baik dengan pemerintahan Syiah.

5.    Peranan Umat Islam Di seluruh Dunia
Kejayaan umat Islam di Syria menegakkan semula Pemerintahan Islam iaitu Daulah Khilafah adalah kejayaan bagi seluruh umat Islam, sebaliknya jika kegagalan yang menimpa, harus diingat bahawa itu adalah kegagalan bagi seluruh umat Islam.  Oleh itu setiap umat Islam harus merasakan dirinya adalah sebahagian daripada kebangkitan umat Islam di Syria. Jika umat Islam dan para kumpulan-kumpulan jihad di Syria berada dalam keadaan yang terhimpit dan resah akibat daripada perancangan dan konspirasi Amerika dan sekutu-sekutunya, maka setiap umat Islam di seluruh dunia harus merasakan perkara yang sama. Jika umat Islam dan kumpulan-kumpulan mujahidin menadah tangan sambil menitiskan air mata memohon pertolongan daripada Allah, umat Islam di seluruh dunia juga harus melakukan perkara yang sama.

Jika umat Islam di Syria sedang struggle untuk mematahkan segala konspirasi yang dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya, maka umat Islam di seluruh dunia terutamanya gerakan-gerakan Islam juga harus melakukan struggle yang sama dengan cara memberikan kesedaran politik kepada umat Islam agar momentum kebangkitan dan kesedaran politik Islam turut tersebar di negeri-negeri umat Islam yang lain. Bukannya bertindak sebagai kem penyokong kepada kumpulan-kumpulan mujahidin tertentu dan asyik menyalahkan kumpulan-kumpulan mujahidin yang lain.

Perlu disedari bahawa perpecahan dan persengketaan diantara kumpulan-kumpulan mujahidin hanya akan memberikan kemenangan kepada musuh-musuh Islam iaitu Amerika dan sekutu-sekutunya. Oleh itu,  umat Islam yang lain seharusnya berperanan untuk membetulkan kelemahan atau kesilapan yang dilakukan oleh mana-mana kumpulan mujahidin. Kumpulan-kumpulan mujahidin juga harus  sentiasa diingatkan tentang bahayanya jika terperangkap dengan perancangan dan konspirasi yang dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Rundingan Geneva II adalah sebahagian daripada konspirasi jahat Amerika dan sekutu-sekutunya untuk merampas kebangkitan umat Islam di Syria. Konspirasi jahat ini harus disebar luaskan oleh umat Islam yang lain agar ianya secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran politik kepada umat Islam……. 

Artikel Berkaitan
1. Rundingan Geneva 2 Adalah Strategi Amerika Dan Rusia Untuk Merampas Revolusi Umat Islam Syria

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    ReplyDelete