Wednesday, 20 August 2014

Hukuman Bunuh Ke Atas Tawanan Perang ?

Oleh : Unite For Islam 

1. Status hukuman ke atas tawanan perang dijelaskan di dalam Al-Quran surah Muhammad ayat: 4

فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّى إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّى تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ذَلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلَكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ

“Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti. Demikianlah, apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang gugur pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka.

2. Maka dari sini hukuman ke atas tawanan perang yang ditunjukkan Nas adalah Mann (Bebaskan) dan Fida' (Terima Tebusan). Tidak ada hukuman lain selain yang DUA ini.

3. Adapun yang mengatakan boleh membunuh tawanan perang berdasarkan dalil 8:67 sebenarnya pandangan tersebut perlu diteliti. Sebab mereka menggunakan asbab Nuzul ayat itu untuk menarik hukum. Dengan melihat kepada perbezaan pendapat antara Umar RA dan Abu Bakar RA.

4. Asbab Nuzul bukanlah hukum itu sendiri tetapi sebagai keterangan kepada kita untuk memahami peristiwa ayat tersebut diturunkan. Hukum diambil daripada teks Nas bukan asbab Nas. Kaedah Syara’ yang masyhur Al-ibrah biUmumi lafzi la bikhusus sabab, - Pengajaran diambil adalah dari Lafaz umum dan tidak terikat dengan sebab khusus.

5. Lagi pula terdapat kontroversi apabila menggunakan hujah Asbabun Nuzul ayat ini untuk ditarik kesimpulan bahawa tawanan perang boleh dibunuh. Ayat itu dikatakan dalam kitab2 tafsir ulama' menyebelahi Umar RA yang berpendapat membunuh semua tawanan perang. Manakala pendapat Abu Bakar RA yang diambil oleh Rasulullah supaya ditebus tawanan ditolak dan kerana itu Allah menegur Rasulullah.

6. Tetapi Rasulullah SAW tetap tidak membunuh kesemua tawanan perang melainkan hanya dua orang yang dibunuh dan itu akan diterangkan selepas ini. Kontroversinya adalah apabila ayat ini dijadikan sebagai dalil pensyariatan hukuman bunuh tawanan perang tetapi dalam masa yang sama Rasulullah SAW tidak membunuh sedangkan ayat itu telah diturunkan. Mustahil bagi Rasulullah SAW yg maksum untuk mengingkari perintah Allah SWT. Kerana itu kontroversi seperti ini perlu membuatkan kita berfikir juga.

7. Mengatakan dalil 8:67 dan 47:4 terdapat percanggahan hukum dan perlu dikompromi sehingga hukumnya ada 3 (bebas, tebus dan bunuh) juga adanya nasikh mansukh adalah tidak tepat. Surah al-Anfal ayat 67 adalah ‘Itab (teguran) kepada Rasul bukan ayat tentang hukum ke atas tawanan perang.

8. Allah SWT berfirman ;

مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَى حَتَّى يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

9. Dua Ayat tersebut menyentuh kata  أَثْخَنْتُمُوهُمْ  / يُثْخِنَ.  Asal kata ini adalah dari wazan اثخن yakni melemahkan, mengalahkan, melumpuhkan.

Perhatikan ayat tersebut ; 

a)       حَتَّى يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ – sehingga ia dapat melumpuhkan musuh sebanyak-banyaknya di muka bumi

b)      حَتَّى إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ - Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka

10. Sebahagian ulama’ membahaskan bahawa Surah Muhammad:4 selain merupakan dalil hukum tawanan perang ia juga terdapat bagaimana metode atau teknik perang. Kaum muslimin diperintahkan untuk memukul batang leher kaum kafir (memancung) sehinggalah kekuatan musuh melemah dan lumpuh.

11. Jadi, mafhum daripada ayat tersebut adalah, jika kekuatan musuh telah lumpuh, tidak mampu lagi kaum kafir untuk melawan kaum muslimin maka ketika itulah dilakukan penawanan. 
12. Bukanlah maksud di dalam sesuatu battle(mu’ariqah) itu dibunuh semuanya musuh namun cukuplah dengan pembunuhan terhadap sebahagian besar musuh sehingga tidak ada ruang lagi utk mereka melawan. Dengan kata lain, tidak ada penawanan sebelum musuh dinyatakan kalah. Inilah yang dimaksudkan dengan tawanan perang.

13. Di dalam perang Badar, surah al-Anfal;67, teguran Allah SWT kepada Nabi SAW dan kaum muslimin adalah kerana terlalu cepat, tergesa-gesa untuk mengambil harta rampasan dan tawanan perang sebelum musuh lumpuh sepenuhnya.   

14. Kita tahu bahawa kaum muslimin melawan dalam lingkungan 900-1000 bala tentera kaum kuffar dan membunuh lebih kurang 70 orang daripada mereka. 73 orang ditawan manakala yang lain melarikan diri. Kerugian dan angka korban kafir Quraish ketika itu hanyalah dalam lingkungan 14-15%. Jadi inilah mengapa Allah SWT menegur Rasulullah SAW yang sepatutnya membunuh lebih banyak tentera kuffar supaya menambahkan lagi ketakutan di dalam diri kaum kuffar terhadap kaum muslimin sebelum mengambil tawanan perang.



15. Firman Allah SWT ; 
تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”  Maka ayat ini adalah penyempurna kepada teguran Allah SWT disebabkan mengambil tawanan sebelum masanya.

16. Pengajaran ini juga dapat dilihat daripada kekalahan kaum muslimin di perang Uhud, kerana adanya kelompok pemanah kaum muslimin yang melanggar arahan Rasulullah SAW supaya tetap bertahan di atas bukit. Disebabkan mereka terburu-buru untuk mengambil harta rampasan sebelum perang tamat dan kaum kuffar benar-benar menyerah kalah.

17. Maka dalil 8:67 langsung tidak menyentuh soal hukum tawanan perang, sehingga apabila tawanan telah dilakukan maka dalil yang dirujuk terhadap tawanan perang adalah surah Muhammad:4.

18. Kini timbul pula masalah nasikh mansukh. Surah Muhammad atau digelar juga surah Al-Qitaal turun semasa Rasulullah SAW sampai di Madinah. Surah al-anfaal ayat 67 itu turun selepas perang badar tamat. Kami telah jelaskan sebelum ini (lihat point ke-6 diatas) bahawa Rasulullah SAW tidak menghukum mati sebilangan besar tawanan perang tersebut.

19. Sekiranya benar terdapat nasikh mansukh sudah tentu kesemua tawanan perang yang ditawan dibunuh kerana mengikuti hukum yang baru dan meninggalkan hukum yang lama. Hadis Nabi Saw ini menguatkan lagi bahawa Rasulullah SAW tidak membunuh tawanan perang badar ; 

لو كان المطعم بن عدي حيا ثم كلمني في هؤلاء النتنى لتركتهم له

Jika seandainya Muth’im ibn ‘Adi masih hidup, kemudian dia berbicara kepadaku tentang mereka (tawanan perang), maka aku akan bebaskan mereka kerana dia.(HR Muslim)

Dan hadis ini ; 

كان ناس من الأسرى يوم بدر لم يكن لهم فداء فجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم فداءهم أن يعلموا أولاد الأنصار الكتابة

Ada diantara tawanan Perang pada hari Badr tidak memiliki tebusan. Maka Rasulullah SAW menjadikan tebusan mereka adalah mengajarkan anak-anak kaum Anshar menulis. (HR Ahmad)



20. Sedangkan apa yang kita dengar bahawa Rasulullah SAW membunuh Utbah bin Muth’im dan Nadhir bin Harits selepas perang badar bukanlah hujah mengenai hukum tawanan perang. Ada ulama’ menjelaskan itu adalah hukum khusus terhadap orang-orang tertentu di dalam perang.

21. Bahkan hukuman bunuh tersebut tidak dilakukan di dalam semua siri peperangan. Hukuman itu adalah terhadap orang-orang WANTED di dalam Islam. Dan ketua negara melihat akan ada ancaman yang lebih besar jika tidak dibunuh orang seperti ini.

22. Utbah bin Muth’im, Nadhir bin Harits, abu Izzah, yang dibunuh mempunyai sebab tersendiri. Jika kita mengkaji Sirah ada beberapa diantara mereka yang murtad kemudian menjadi musuh kepada Islam seperti Ibn Khathal. Dan Rasulullah SAW sebagai ketua negara semasa itu telah menetapkan mereka sebagai orang-orang yang dikehendaki dan halal darahnya. Ikrimah Bin Abu Jahal sebelum masuk Islam turut berada dalam senarai WANTED namun Rasulullah memberi jaminan keamanan kepadanya.

23. Hukum khusus terhadap “Wanted” tidak boleh digunakan sebagai hujah telah adanya alternatif lain untuk menghukum bunuh tawanan perang. Membebaskan tawanan atau mengambil tebusan adalah hukum yang muktamad berdasarkan dalil yang sarih. Sedangkan membunuh orang-orang tertentu itu terserah kepada Ketua Negara kerana dialah yang layak untuk menjatuhkan hukuman dengan pertimbangannya yang sesuai dengan syara’.



24. Kesimpulan dari pembahasan ini adalah, dalil 8:67 dan 47:4 sebenarnya tidak bercanggah. Dan tidak adanya nasikh mansukh terhadap 2 ayat tersebut. Dan tidak boleh menjadikan hukuman TERTENTU terhadap tawanan perang adalah hukum tawanan perang itu sendiri.

25. Seandainya kaum muslimin berjaya mengalahkan Amerika kelak, dan Obama, John Kerry serta yang lain-lain konconya yang merupakan perletak dasar Amerika dalam memusuhi Islam dengan kejahatan dan kekejaman mereka ini ditawan, maka mereka inilah yang layak untuk dibunuh. Tetapi kalau setakat namanya Robert, David, Mutu atau Ah-Cong yang hanya berpangkat prebet, mereka ini dihukum berdasarkan hukum tawanan perang yang telah dinyatakan (Faimma Mannan Ba’du waimma Fida’).


Wallahu A’lam

11 comments:

  1. Peperangan Ullaisy terjadi di bulan Shafar tahun 12 H. Pada masa Khalifah Abu Bakar Shiddiq, Abu Bakar mengirim Khalid bin Walid sebagai panglima perang untuk memerangi kerajaan Persia

    Khalid adalah salah satu panglima tangguh kaum muslimin, bahkan rasul muhammad pun menjuluki Saifullah "pedang Allah" karena ketangguhannya.

    Khalid adalah sahabat yang mengharap-harapsyahid di medan pertempuran, Namun Allah belum mengijinkan. dan Beliau meninggal di kamar tidurnya.

    Tidak ada peperanganpun yang diiikuti Khalid, kecuali dia akan memenangkannya.

    Sebab peperangan Ullaisy ini terjadi karena Khalid telah membunuh beberapa orang dari Bani Bakar bin Wail, warga Nasrani Arab yang ikut dalam pasukan persia melawan pasukan Khalid.

    Maka berkumpulah seluruh keturunan Bakar bin Wail. Yang paling dalam dendamnya adalah Abdul Aswa al-Ijli. Sebab pada peperangan sebelumnya anaknya terbunuh. Maka dia segera menulis surat kepada warga Ajam lalu ditindak lanjuti oleh Ardisyir, Raja Persia dengan mengirimkankan kepada mereka bala tentara bantuan, akhirnya mereka bertemu di Ullaisy.

    Ullaisy adalah nama perkampungan di daerah Al Anbar Irak sekarang.

    Tatkala mereka sibuk mempersiapkan makanan untuk di santap, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan tentara Khalid.

    Pasukan Persia berlarian meninggalkan makanan mereka dan mengambil senjata dan pertempuran sengit terjadi. Saat itu pasukan musuh sedang menunggu kedatangan bala bantuan Bahman Zawaih yang dikirim oleh Raja Persia. Sementara mereka begitu kuat dan gigihnya dalam berperang. Di sisi lain pasukan kaum muslimin benar-benar sabar dan tangguh menghadapi tentara musuh yang banyak jumlahnya.

    Khalid berdoa, "Ya Allah aku bersumpah atas NamaMu, jika Engkau menangkan kami atas mereka, maka tidak satupun dari mereka aku sisakan hidup dan akan aku alirkan sungai ini dengan darah mereka."

    Maka tak lama kemudian Allah memenangkan pasukan Islam. Salah seorang dari pasukan Khalid berteriak,

    "Tawanlah mereka, tawanlah mereka! Jangan bunuh kecuali yang tidak mau ditawan!"

    Kemudian pasukan berkuda kaum muslim menyeret mereka secara berduyun-duyun, lalu di giring ke tepi sungai. Tiap-tiap tentara diperintahkan Khalid untuk memenggal kepala musuh satu-persatu dan membuangnya ke dalam sungai. Satu hari satu malam mereka memenggal kepala musuh, sambil terus mengejar tentara persia yang melarikan diri. Pada keesokan harinya dan hari selanjutnya, setiap kali pasukan Persia tertangkap langsung dipenggal di sungai.

    Waktu itu air sungai telah dialirkan ke tempat lain. Sebagian pimpinan pasukan mengusulkan kepada Khalid,

    "Sesungguhnya sungai ini tidak akan dapat mengalir hanya dengan darah mereka saja, oleh karena itu bukalah saluran air itu dan alirkan darah dengan aliran air sungai ini dengan demikian engkau dapat menepati sumpahmu!"

    Khalid segera mengalirkan air ke sungai maka sungai pun berubah merah bercampur dengan darah, sejak itulah sungai itu disebut dengan Sungai Darah sampai hari ini.

    Pasukan musuh yang terbunuh dalam perang Ullaisy sekitar 70.000 orang. Terkait sumpah Khalid yang memenggal seluruh tentara musuh tidak ada laporan seorang sahabatpun yang mengingkari ataupun melarang, bahkan mereka mendukung realisasi sumpah tersebut

    Menjadi sangat mengherankan jika saat ini kaum muslim mengingkari kebiasaan, yang merupakan bagian dari sunnah, yaitu mengeksekusi dengan memenggal para tawanan perang [Ibnu katsir: Al Bidayah Wa Nihayah]

    "If any prisoner is brought to your with whom you do not have a treaty, you should execute him so as to strike fear into your enemies and the enemies of Allah" ~Umar Ibn Khattab (RA)

    Source: Recorded in Al-Farooq Umar Ibn Al-Khattab, by Muhammad Rasheed Rida, pp 119, 12

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika yang dibunuh oleh ISIS adalah askar-askar Amerika atau askar-askar Israel sampai sungai kt Iraq bertukar menjadi merah.... Oklah juga nak bawa kisah ni.... Sekarang ni siapa yg dibunuh oleh ISIS!!! Ada tak walaupun seroang askar Amerika atau Israel yg telah dibunuh oleh ISIS?

      Delete
    2. Kenyataan Hafiz:

      "Terkait sumpah Khalid yang memenggal seluruh tentara musuh tidak ada laporan seorang sahabatpun yang mengingkari ataupun melarang, bahkan mereka mendukung realisasi sumpah tersebut

      Menjadi sangat mengherankan jika saat ini kaum muslim mengingkari kebiasaan, yang merupakan bagian dari sunnah, yaitu mengeksekusi dengan memenggal para tawanan perang [Ibnu katsir: Al Bidayah Wa Nihayah]"

      Komen Saya:
      ==========

      Hafiz jangan menipu dalam menulis sumber, mana ada dalam kitab Ibnu Kathir menulis demikian yang ekor tu, nak Quote atau apa biarlah jujur. Ini analisis sendiri kononya tidak ada sahabat dan menolak.

      1. Cuba saudara tengok sumber Ibnu Kathir tu setakat mana, tidak ada sahabatpun yang menolak, siapa kata? Ibnu Kathir ker? Dalam kitab Ibnu Kathir tak ada perkataan itu ianya sumber dari saudara sendiri atau al-ahzab saudara aja. Ini dari segi ketidak jujuran saudara menulis fakta.

      2. Adapun dari segi fakta sahabat pula, saya ambil seorang iaitu Ibnu Umar ra, Sebab Ibnu Umar ra tegar dengan pandangan menolak untuk membunuh tawanan perang. Masa kes pembunuhan Khalid al walid sendiri ke atas orang yg didakwa murtad oleh beliau. Ibnu Umar menolak kerana tawanan perang tidak boleh dibunuh pada pandangan beliau dan yang menjadi panglima pada masa itu Khalid al-Walid.

      3. Ibnu Umar juga menolak suruhan membunuh tawanan perang oleh Hajaj, ini kerana pandangan beliau tawanan perang tak boleh dibunuh...

      4. Jadi kalau saudara kata Sahabat yang ada di medan perang itu tidak mewakili sahabat2 yang tidak ada....Jadi saudara hafiz tak bolehlah membuat kenyataan memBORONG semua sahabat ya. Ibnu Umar ra tak ada di situ, ramai sahabat besar tak ada.

      5. Sunah Rasulullah membunuh tawanan perang? Boleh saudara sebutkan perang mana yang menjadi sunah, kerana dalam perang badar Rasulullah saw tak bunuh, begitu juga perang lain kecuali WANTED. Saya minta saudara keluarkan hujah Sunah Rasulullah SAW membunuh tawanan perang itu. Saudara menggunakan nama Ibnu Kathir sesiapa yang tidak teliti membaca mungkin akan keliru, Jadi saudara buktikan Sunnah itu ya.

      6. Adakah saudara mengambil Fiqh dari peristiwa sejarah ini? Sedangkan peristiwa ini adalah pendapat beberapa orang yang berperang, semoga Allah menganjari mereka, tetapi mereka bukan dari kalangan ahli fiqh - sebagaimana kita tahu, kedudukan ilmu Khalid al-Walid dan sahabat yang mengiyakan kata2 Khalid itu sendiri adakah sahabat atau kalangan tabiiin.


      Nasihat saya kaji dan teliti dulu sebelum tergopoh gapah copy dan paste, ini bukan cara orang yang berfikir :D

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tawanan Perang yg dibunuh adalah tentera. Rujuk link di sini:

    Tawanan Tentera Iraq - https://www.evernote.com/shard/s426/sh/4a4a125d-420e-486b-b34d-7bae5ab160ad/ded817382a6a55a52a5ef42099b0421f

    ReplyDelete
  4. Dah rujuk link pertama saya tentang tafsiran Prof Dr. Hamka berkenaan ayat Al-Quran 8:67 dan 47:4 iaitu menyentuh ttg tawanan perang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin satu kekeliruan akan timbul, kerana
      1) Pembantaian ISIS di Syria, dirujuk adalah buku karya Hamka, mungkin golongan ISIS ini mengikut fatwa hamka kot? Ini adalah masalah besar dalam berhujah dengan fatwa tempelan dari Nusantara.

      2) Hamka bukan seorang Mujtahid, dalam pembasana hukum. Lihat sahaja fatwa beliau dalam kes Wanita menjadi pemimpin, terdapat keganjilan di sini denga menjadikan sumber sejrah sebagai asas fatwa. http://greenboc.blogspot.com/2014/08/hukum-wanita-jadi-pemimpin-dari.html
      Mungkin Hafiz kemudian selepas ini setuju dengan pandangan HAMKA tentang pemimpin wanita ini.

      3) Artikel tulisan tawanan perang ini telah menjawab tafsiran dan tentang maslaah kedua2 ayat, tayangan semula oleh teman2 ISIS, bukanlah satu perbincangan tetapi untuk menunjukkan bukti mereka ada hujah, ya hujah nusantara untuk perbuatan di bumi syria.

      4) Dari segi syaraknya dan kaedah berhujahpn kita dah tahu, sebenarnya ini bukan hujah

      Delete
  5. Hukum Tawanan Perang (Prof. Dr. Hamka) - https://www.evernote.com/shard/s426/sh/fa87f842-a2d3-4bb3-aae6-c1af23314593/6b04bbf97257023003290487c4a48630

    Kisah Tawanan Perang Badar al-Kubra | Mada Hannan - http://madahannan.wordpress.com/2011/06/18/kisah-tawanan-perang-badar-al-kubra/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk artike tulisan diatas dengan terbuka, iaitu artikel asal dan baca komen saya tentang masalah ini tentang fatwa2 HAMKA :D

      Delete
    2. Oleh: Muhd Affandi

      Sudah banyak kajian ulama
      Ini pandangan Almarhum HAMKA:

      Prof. Dr. HAMKA menjawab “hukum wanita menjadi pemimpin”

      Pertanyaan : “ saya pernah mendengar bahwa di negara islam yang harus menjadi kepala negara harus laki-laki. Saya ingin tahu bagaimana hukumnya jika seorang raja diangkat dari wanita? Contohnya ialah dibawah ratu Elisabeth dan Ratu Wilhelmina ?
      Jawab :

      Memang ada hadist Nabi bahwasanya “suatu kaum yang merajakan seorang wanita akan ditimpa kerugian”. Berdasarkan kepada hadist itu maka sudah tradisi ( sunnah ) bagi dunia Islam tidak mengangkat Raja perempuan, apalagi menjabat sebagai kholifah. Tetapi pernah dalam sejarah Islam di Mesir , yaitu pada tahun 1249 , terjadi seorang perempuan menjadi Raja. Namanya ialah “syajarotu durr” ( pohon permata ). Dia adalah selir dari Raja Al-Malikus Sholih. Suaminya pergi berperang ke mansyurah, melawan Raja Perancis Lodewijk IX dalam satu rentetan perang salib.

      Lalu datang lah berita bahawa Raja itu meninggal dalam peperangan tersebut, padahal putra yang berhak menjadi Raja bernama kholil masih kecil. Karena banyak sekali yang ingin menjadi raja sedang permaisuri tersebut melihat bahaya pertumpahan darah akan terjadi, beliau mengumumkan dirinya menjadi “shulthonah” ( raja ). Memakai gelar “ “Al-Mu’tashimat As-Sholihiyyah ummu Kholil, ‘ismat ddunya waddin malikatul muslimin”. Dia mnejadi Ratu Wanita berkuasa penuh sampai tahun 1257. Dia mati terbunuh karena kekuasaanya direbut oleh lawan politiknya.

      Menurut penyelidikan sejarah, baru sekali itulah ada Raja perempuan di negeri Islam. Salah satu Jasa Raja perempuan tadi adalah beliaulah yang pertama kali mengirimkan “mahmal” yaitu seekor unta dengan berbagai kebesaran membawa selubung Ka’bah ke mekkah. Adat itu berlaku sampai saat ini.
      Tetapi ahli Fiqh Indonesia sudah jauh lebih luas Ijtihadnya tentang :” kalau keadaan memerlukan , wanita boleh diangkat menjadi Raja, asal saja orang-orang besar yang berdiri dikelilingnnya sanggup memberikan fikiran-fi
      kiran yang berharga kepada baginda.

      Delete
    3. sambungan

      Setelah Iskandar Tsani ‘Aluddin Mogayat Syah, Sultan Aceh yang menggantikan mertuanya Iskandar Muda Mahkota Alam mangkat pada tahun 1641, maka orang-orang besar di Aceh termasuk Ulama-ulamannya telah setuju mengangkat perempuan menjadi Raja, yaitu istri dari Iskandar Tsani tersebut ( permaisuri ) dan dia adalah putri dari Sultan Iskandar Muda mahkota Alam ( Almarhum ) , sebab yang mangkat tidak mempunyai anak laki-laki. Sultanah wanita pertama di tanah air kita itu memakai gelar “shultanat Tajul Alam Shafiyyatuddin Syah”. Disebut juga Puteri Seri Alam Permaisuri. Baginda memerintah sampai tahun 1675. Artinya masa pemerintahannya 34 tahun.

      Dan setelah baginda mangkat orang-orang besar dan ulama memilih putrinya, artinya wanita lagi yang jadi penggantinya dengan gelar “sultanat Naqijatud Din Nurul ‘Alam”. Beliau mangkat tahun 1678, setelah tiga tahun memerintah. Dan yang menggantikannya sultanah perempuan juga “ Sultanat ‘inayat syah”, memerintah sampai tahun 1688 ( 10 tahun pemerintahan ). Sesudah itu memerintah juga Sultanah perempuan, yaitu “Sultanat kamalat Syah”, memerintah sampai tahun 1699 ( 10 tahun pemerintahan ).

      Setelah kita selediki sejarah Islam di Aceh dengan seksama, ternyata pemerintahan Raja-raja perempuan itu berjalan lancar, terutama pada masa pemerintahan Raja perempuan pertama. Sebab pembantu-pembantunya terdiri dari para ahli musyawarah yang bijak dan pandai. Niscaya kejadian ini tidak lah akan melanggar bunyi Hadist Nabi tadi, yang mengatakan Rugilah suatu kaum kalau yang mememimpinnnya itu wanita, yaitu kalau wanita itu memerintah menurut kehendaknnya sendiri, tidak dilengkapi dengan para ahli Musyawarah yang bijak, terdiri dari kaum laki-laki. Bahkan laki-laki sendiri pun niscaya dapat merugikan, kalau memerintah sendiriqan saja, tidak dilengkapai dengan ahli musyawarah yang bijaksana dan turut bertanggung jawab.

      Dalam penyelidikan kita dinegeri bugis terdapat juga “datuk-datuk wanita ,yang d
      ilengapi dengan “selewatang”, perdana menteri atau menteri-menteri yang ahli.

      ( dari majalah “gema Islam” No.29 th II, tgl 1 April 1963 )
      Ini diambil dari buku Prof. Dr. HAMKA “tanya jawab I” penerbit Bulan Bintang Jakarta 1967
      BIMBELRU@INDONESIA di 23.40Su..

      Nampaknya hadis larangan kepimpinan ditangan wanita ini diulas berdasarkan peristiwa sejarah, bukan sebagaimana konteks perbincangan hadis tersebut.

      Delete