Terdapat
empat perkara yang perlu diberikan perhatian serious mengenai isu Palestin
dibawah penjajahan Zionis Israel. Pertama, permusuhan dan kebencian orang-orang
kafir terhadap umat Islam adalah nyata, sampai hari kiamat. Orang-orang kafir
sama sekali tidak menginginkan kebaikan terhadap umat Islam, bagi mereka Islam
adalah ajaran yang buruk dan punca kepada kejahatan. Mereka sama sekali tidak
akan menerima atau menyukai orang Islam kecuali orang Islam yang tidak
mengamalkan ajaran Islam. Rasa simpati dan bantuan kemanusian yang dihulurkan oleh
segelintir orang-orang kafir terhadap kezaliman yang dilakukan oleh negara
haram Israel adalah sesuatu yang normal bagi mana-mana manusia yang inginkan
kedamaian. Namun ianya tidak boleh dijadikan sandaran untuk meletakkan harapan
terhadap mereka untuk membela umat rakyat Palestin daripada kekejaman rejim
Zionis Israel. Jika ada laungan sokongan daripada orang-orang kafir sama ada
pemimpin, tokoh masyarakat atau rakyat biasa, ianya tidak akan pergi lebih jauh
sehingga dapat membebaskan tanah Palestin daripada cengkaman Zionis Israel.
Media antarabangsa yang dikuasai oleh barat melakukan bermacam-macam propaganda
dan manupulasi berita untuk membenarkan tindakan kejam rejim Zionis Israel
terhadap rakyat Palestin. Tidak memeranjatkan ianya dengan begitu mudah
mempengaruhi pemikiran dan persepsi kebanyakkan orang-orang kafir kerana
bibit-bibit kebencian sudah tersemai dalam hati-hati mereka. Hanya memerlukan
sidikit provokasi, kebencian dan permusuhan mereka terhadap umat Islam pasti akan
terserlah. Oleh itu, umat Islam harus sedar bahawa umat
Islam sama sekali tidak boleh meletakkan sedikitpun harapan terhadap badan
antarabangsa seperti PBB dan badan-badan kemanusian yang dipelopori oleh
orang-orang kafir untuk memberikan pembelaan hakiki terhadap umat Islam. Hanya
dengan kekuatan yang datang dari umat Islam sendiri yang akan dapat membebaskan
rakyat Palestin dari terus dizalimi oleh rejim Zionis Israel.
Kedua,
wujudnya para pemimpin umat Islam yang mengkhianati bumi Palestin. Para
pemimpin umat Islam yang khianat, telah sekian lama membiarkan Palestin terus
dibuli oleh rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam bermacam-macam
perjanjian antarabangsa. Hasil bermacam-macam rundingan dan perjanjian yang
telah termeterai telah mengukuhkan cengkaman Zionis Israel terhadap tanah
Palestin dan melemahkan kedudukan rakyat Palestin untuk mempertahankan diri
mereka daripada terus ditindas oleh rejim Zionis Israel. Sesiapa sahaja yang melihat peta kedudukan
negara haram Israel yang dikelilingi oleh negara-negara umat Islam sudah pasti
tidak dapat untuk memahami bagaimana rejim Zionis Israel boleh terus menerus
membantai sesuka hati umat Islam Palestin
sedangkan negara haram Israel dikelilingi oleh negara-negara arab yang
beragama Islam!. Bagaimana ianya boleh berlaku?! Tak masuk akal langsung. Sedangkan
percikan darah dan tangisan umat Islam Palestin yang dizalimi oleh rejim haram
Israel sejak tahun 1948 lagi begitu terang dan jelas umpama petir yang menghiasi angkasa mereka. Jawapan
kepada persoalan tersebut ialah, umat Islam Palestin telah dikhianati oleh para
pemimpin umat Islam sendiri. Para pemimpin yang khianat, tidak mempunyai
sedikitpun keberanian untuk mengerakkan tentera mereka menentang tentera negara
haram Israel. Mereka bukan hanya berdiam diri melihat tanah umat Islam
Palestine dirampas inci demi inci oleh penceroboh Zionis, bahkan mereka secara
tidak langsung telah membantu memperkukuhkan kedudukan negara haram Israel
diatas tanah Palestin dengan membantu menjayakan bermacam-macam rundingan dan perjanjian
antarabangsa. Bukan lagi rahsia, para pemimpin khianat ini sudah sampai ketahap
tidak ada lagi rasa malu pada umat Islam dan takut pada azab Allah SWT apabila
mereka telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel diatas tanah yang rampas
daripada umat Islam Palestin.
Ketiga,
umat Islam hidup ketika ini hidup berbecah belah. Sempadan nationalisme yang
dibentuk ketika penjajahan barat ke atas negara-negara umat Islam telah
menjadikan umat Islam umat yang berpecah belah. Umat Islam telah dibelenggu
oleh sempadan nasionalisme dalam apa jua keputusan dan tindakan mereka. Sempadan
nasionalisme menjadikan umat Islam melihat permasalahan yang sedang dihadapi
oleh umat Islam Palestin sebagai masalah rakyat Palestin, bukan masalah umat
Islam. Perpecahan ini memudahkan rejim Israel Zionis secara terang-terangan
merampas inci demi inci tanah Palestin dan terus melakukan pembunuhan terhadap
rakyat Palestin. Rejim Zionis tahu dengan yakin bahawa umat Islam tidak akan
membela atau membantu rakyat Palestin daripada penindasan mereka seperti yang
diperintahan oleh ajaran Islam iaitu jihad. Ini kerana umat Islam telah
dimandulkan oleh sempadan nasinalisme dan akan tunduk kepada undang-undang
antarabangsa yang didominasi oleh sekutu kuat rejim Zionis Israel iaitu Amerika
Syarikat. Musuh-musuh Islam ini tahu bahawa umat Islam akan hanya sekadar
menghulurkan bantuan kemanusian atau melahirkan kemarahan terhadap kekejaman
yang telah dilakukan berulang-ulang kali oleh rejim Zionis Israel terhadap
rakyat Palestin. Kemarahan dan bantuan kemanusian yang sedikit pun tidak
mengentarkan rejim Zionis Israel untuk terus melakukan kekejaman terhadap
rakyat Palestin. Inilah natijah apabila umat hidup berpecah belah berdasarkan
sempadan nasionalisme tidak dan bersatu seperti yang diperintah Allah SWT.
Keempat,
Palestin tidak akan dapat dibebaskan daripada penjajahan rejim Zionist Israel
selagi sistem pemerintahan islam iaitu Sistem Khilafah tidak ditegakkan semula.
Rejim Israel Zionist hanya akan dapat dihalau dari bumi Palestin oleh jihad
yang dilancarkan oleh tentera Khilafah. Hanya sistem Khilafah yang bersedia dan
mempunyai keberanian melancarkan jihad menentang rejim Zionist Israel dan
sekutu-sekutunya. Kerajaan-kerajaan negara Islam yang ada ketika ini khususnya kerajaan
yang berada di sekeliling Palestin seperti Jordan, Mesir, Syria atau
berhampiran dengan Palestin seperti Arab Saudi, Turki dan Iraq, sama sekali
tidak akan melancarkan jihad menentang rejim Zionist Israel. Kerajaan-kerajaan
tersebut dipimpin oleh boneka-boneka yang lebih takut kepada Amerika Syarikat berbanding
dengan Allah SWT. Jangan terpedaya dengan kata-kata retorik yang keluar dari
mulut mereka, itu hanyalah lakonan semata-mata untuk menutup rupa sebenar
mereka yang merupakan tali barut kepada kuasa barat. Hakikatnya mereka hanya
akan melakukan sebarang tindakan jika diarahkan atau direstui oleh tuan mereka
iaitu Amerika Syarikat. Maka, selagi sistem Khilafah tidak ditegakkan, rejim
Zionist Israel akan terus membantai rakyat Palestin dengan sesuka hati. Mereka
langsung tidak takut dengan tindak balas dari negara-negara Islam kerana mereka
tahu walauapaun yang mereka lakukan keatas tanah dan penduduk Palestin, kerajaan-kerajaan
Islam yang ada di sekeliling mereka tidak akan berani berbuat apa-apa, selain
dari mengeluarkan kata-kata retorik yang hanya mengelikan hati rejim Zionis
Israel dan sekutu-sekutunya.
No comments:
Post a Comment