Wednesday, 26 February 2014

Apakah Perancangan Amerika di Syria selepas Kegagalan Rundingan Geneva II ?

Rundingan Geneva II pusingan pertama diadakan dari 22/01/14 hingga 31/01/14 dan disambung dengan rundingan pusingan kedua bermula dari 10/02/14 hingga 15/02/14. Oleh kerana kedua - dua pusingan tersebut masih gagal mencapai persetujuan terhadap political solution bagi menamatkan konflik yang telah berlanjutan selama tiga tahun serta mengorbankan ratusan ribu rakyat Syria, maka rundingan Geneva II diberitakan akan diteruskan dengan pusingan yang ketiga.  Namun,  sehingga kini tarikh rundingan pusingan ketiga masih belum dapat ditetapkan lagi. Kegagalan rundingan tersebut dikatakan berpunca kerana masing-masing pihak iaitu SNC dan wakil kerajaan Rejim Bashar Assad berkeras dengan pendirian masing-masing. SNC menuntut agar sebuah kerajaan transisi dengan kuasa eksekutif ditubuhkan tanpa penyertaan Bashar Assad manakala wakil kerajaan Rejim Bashar Assad pula mendesak agar usaha ditumpukan kepada menghapuskan ‘pengganas’.

Kegagalan rundingan Geneva II yang telah ditangguhkan beberapa kali sebelum dapat diadakan pada 22/01/14 sememangnya telah dijangkakan oleh ramai pihak. Ini  kerana sehingga rundingan dilangsungkan, SNC masih tidak berjaya mendapat pengiktirafan daripada kumpulan-kumpulan mujahidin yang berperang menentang rejim Bashar Assad sebagai pihak yang mewakili kebangkitan rakyat Syria. Walaupun bermacam-macam  percaturan dan konspirasi telah dilakukan oleh Amerika dengan bantuan pemimpin-pemimpin Islam yang khianat untuk memperdayakan kumpulan-kumpulan mujahidin. Oleh itu, Rundingan Geneva II yang telah berlangsung sebanyak dua pusingan hanyalah sebuah lakonan yang tidak mempunyai skrip yang lengkap untuk menghasilkan sebuah jalan cerita seperti yang dikehendaki oleh Amerika dan sekutu-sekutunya.

Walaupun Rundingan Geneva II yang telah berlangsung sebanyak dua pusingan telah gagal mencapai objektif seperti yang dikehendaki oleh Amerika dan sekutu-sekutunya, namun itu tidak bermakna Amerika dan sekutu-sekutunya akan berhenti daripada melakukan sesuatu untuk merampas kebangkitan umat Islam Syria. Jika konspirasi Geneva II tidak berjaya, maka Amerika dan sekutu-sekutunya sudah pasti akan beralih kepada perancangan yang lain kerana asasnya adalah mereka sesekali tidak akan membenarkan kebangkitan umat Islam Syria berakhir dengan tertegaknya semula Daulah Khilafah. Apakah perancangan seterusnya yang akan dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya untuk menghalang kebangkitan umat Islam Syria daripada berakhir dengan tertegaknya semula Daulah Khilafah???

Setelah pelbagai bentuk konspirasi yang telah dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya serta dibantu oleh pemimpin-pemimpin umat Islam yang khianat tidak berhasil,  ada dua kemungkinan yang akan dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Pertama, membiarkan peperangan terus berlanjutan sehingga umat Islam Syria tidak sanggup lagi untuk meneruskan peperangan dan menerima sebarang ‘penyelesaian’ yang didesignkan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Untuk itu, Amerika akan membiarkan rejim Bashar Assad terus - menerus melakukan pembunuhan dengan kejam serta memusnahkan kediaman umat Islam Syria. Selain itu, rejim Bashar Assad juga menggunakan taktik “starve or surrender” bagi melemahkan semangat serta memberikan tekanan terhadap kebangkitan umat Islam Syria agar memilih untuk tidak meneruskan penentangan.





Pilihan kedua ialah masuk ke Syria secara ketenteraan dengan mandat PBB atas alasan misi keamanan dan kemanusian. Amerika sudah pasti akan memanfaatkan misi tersebut untuk menggunakan tentera-tentera daripada negeri-negeri umat Islam sendiri bagi membantu menjayakan perancangan Amerika dan sekutu-sekutunya di bumi Syria. Untuk itu, Amerika dan sekutu-sekutunya sudah pasti akan sekali lagi mementaskan sandiwara untuk menarik emosi serta mengaburi masyarakat antarabangsa termasuklah umat Islam di seluruh dunia bahawa misi ketenteraan sangat perlu dilakukan demi menyelamatkan rakyat Syria. 

Berdasarkan situasi semasa, ternyata kebangkitan umat Islam Syria tidak dapat di tundukan dengan perancangan yang pertama walaupun umat Islam Syria telah hidup dengan penuh kesengsaraan sejak kebangkitan bermula tiga tahun yang lepas serta kini diancam pula dengan kebuluran. (Sungguh luar biasa kesabaran dan ketabahan umat Islam Syria, semoga Allah memberikan mereka kemuliaan dengan Islam kembali memayungi dunia dengan tertegaknya semula Daulah Khilafah hasil kebangkitan mereka).


              
Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mu'min bertawakkal. [Ali-Imran :160]

Oleh itu, berkemungkinan besar Amerika dan sekutu-sekutunya akan menggunakan perancangan yang kedua iaitu merampas kebangkitan umat Islam Syria dengan kuasa ketenteraan. Jika perancangan ini yang dilaksanakan, maka, umat Islam di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab yang sangat BESAR untuk melakukan political struggle dan perang pemikiran untuk menghalang tentera-tentera umat Islam daripada dipergunakan untuk menjayakan agenda  Amerika dan sekutu-sekutunya di bumi Syria. Tentera-tentera kaum muslimin sepatutnya berperanan membela umat Islam Syria dan memberikan pertolongan kepada usaha menegakkan semula Daulah Khilafah.

Artikel-artikel Berkaitan
1. Rundingan Geneva II : Apa Yang Perlu Di Fahami
2. Kebangkitan Syria : Perlunya Penyatuan Dan Muhasabah untuk ISIS
3. Krisis Iraq : Matlamat dan Strategi Amerika Syarikat
4. ISIS Buah Catur US, dari Mosul Menuju Baghdad

3 comments:

  1. Replies
    1. Saya dalam proses menghasilkan penulisan tentang ISIS. Setakat ini, kajian tentang ISIS yang paling lama saya lakukan sblm penulisan saya hasilkan. Banyak perkara yang perlu diperhalusi

      Delete
    2. Ingin sekali membaca tulisan tuan ttg isis, dan mungkin juga pejuang daripada grup lain spt Jabhat Nusra, Ahrar al sham etc. Apa perjuangan mereka sebenarnya dan konflik sesama mereka

      Delete