Salah satu punca utama ekonomi global ketika ini termasuklah
ekonomi Malaysia sering mengalami ketidaktentuan dan tidak mempunyai daya tahan
yang mampan adalah kerana wujudnya ekonomi yang dikenali sebagai virtual economy/paper
economy/financial economy. Virtual ekonomi sangat berkait rapat dengan pasaran
kewangan yang membenarkan ekonomi dikembangkan lebih besar daripada saiz
sebenarnya.
Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah wujudnya
sektor pasaran kewangan seperti pasaran modal telah mendorong Virtual ekonomi
berkembang dengan lebih besar sehingga transaksi kewangan boleh berlaku dengan
sangat laju sehingga dapat menghasilkan saiz ekonomi yang jauh lebih besar
daripada nilai sebenarnya. Transaksi pasaran modal yang berlaku dengan sangat
laju berbanding aktiviti ekonominya yang sebenar (real economy) telah
menyebabkan kekayaan terhasil daripada pasaran modal menjadi sangat tinggi
berbanding dengan kekayaan yang terhasil daripada aktiviti ekonomi yang
sebenar. Bahkan, pasaran modal dikembangkan lagi dengan lebih laju mengunakan
instrument kewangan yang dikenali derivatives.
Kesannya nilai ekonomi yang dihasilkan menjadi berlipat kali ganda
lebih besar walaupun tidak berlaku sebarang peningkatan dalam aktiviti ekonomi
yang sebenar. Senario ini akhirnya akan berakhir dengan krisis kewangan yang
menyebabkan impak negatif terhadap ekonomi apabila pasaran kewangan mengalami
keruntuhan. Keruntuhan pasaran kewangan merupakan satu senario ‘semulajadi’ yang
pasti akan berlaku dalam putaran ekonomi kapitalis apabila gelembung ekonomi
yang dihasilkan secara sistemik semakin membesar dan akhirnya ‘meletup’. Letupan
yang pasti menyebabkan terjadinya krisis ekonomi.
Virtual ekonomi juga didorong oleh kaedah percetakan wang yang
tidak disandarkan pada sebarang komoditi yang berharga seperti emas dan perak
sehingga membolehkan wang dicetak melebihi dari nilai yang sepatutnya dengan
hanya bersandarkan pada keyakinan (fiat money). Bukan sahaja wang yang
digunakan ketika ini tidak disandarkan pada sebarang komoditi yang berharga,
malah KDNK dan percetakan wang berdiri secara independen sehingga membolehkan wujudnya
senario dimana KDNK negara mengucup tetapi percetakan wang meningkat dengan
banyak. Kerapuhan sistem kewangan ini malah diletakkan dalam keadaan yang
sangat berisiko untuk menjadi lupuk kepada pedagang mawatang asing untuk
mengaut keuntugan atas angin sehingga boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara
seperti yang telah berlaku semasa krisis kewangan Asia tahun 1997/98.
Selain itu, penjanaan hutang berasarkan riba yang dihasilkan oleh industri
kewangan menambahkan lagi kepesatan perkembagan virtual ekonomi. Senario ini
terjadi dengan penghasilan wang berdasarkan hutang dan riba yang dihasilkan oleh
sistem perbankan seperti fractional reserve banking oleh industri
kewangan seperti bank. Senario ini menyebabkan wang dalam bentuk hutang yang beredar
dalam putaran ekonomi jauh lebih banyak daripada nilai wang yang sebenar.
Saiz virtual ekonomi yang merupakan kaedah yang sangat penting dalam
mengembangkan ekonomi dalam sistem kapitalis mewakili saiz ekonomi yang jauh
lebih besar daripada saiz ekonomi sebenar. Senario ini menyebabkan ekonomi
dunia ketika ini sering terdedah kepada pelbagai masalah ekonomi seperti
inflasi dan kegawatan ekonomi, kerana ianya merupakan masalah yang terhasil
secara sistemik dengan sistem ekonomi kapitalis. Inflasi dan kegawatan ekonomi
adalah masalah ekonomi yang menjadi sebahagian daripada pelengkap semulajadi dalam
sistem kapitalis yang tidak dapat dipisahkan.
Hakikatnya keadaan ekonomi dunia kapitalis ketika ini adalah ibarat
seseorang yang menghidap pelbagai jenis penyakit dan bergantung dengan rawatan
dan ubat-ubatan untuk meneruskan hidup. Pada tahun 1997/98 disahkan menghidap
penyakit kencing manis, maka perlu mengambil ubat kencing manis. Kemudiannya tahun
2008 pula, disahkan menghidap penyakit darah tinggi dan kolestrol. Seterusnya,
pada tahun 2020 buah pinggang akhirnya rosak akibat hidup yang banyak
bergantung dengan ubat-ubatan. Maka, selain perlu untuk terus mengambil
ubat-ubatan akibat penyakit sebelum ini, kominten bertambah lagi dengan perlu pula
menjalani dialysis secara berkala.
Walaupun masih dapat meneruskan hidup dengan kesungguhan menjalani
rawatan dan mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan yang menuntut komitmen yang tinggi dari segi masa, tenaga dan wang ringgit,
kenyataannya daya tahan badan sudah semakin lemah dan keupayaan badan semakin
berkurangan untuk melakukan kerja-kerja seperti ketika masih sihat. Keadaan ini
tentu sahaja sangat berpotensi untuk dijangkiti dengan virus yang boleh membawa
maut seperti virus COVID-19. Begitulah perumpamaan sistem ekonomi kapitalis
ketika ini.
Oleh itu, selagi sistem ekonomi kapitalis yang tidak dapat
dipisahkan dengan virtual ekonomi terus menjadi sebahagian daripada cara
ekonomi diuruskan dan dikembangkan, maka jangan berharap sama sekali bahawa ekonomi
akan dapat dipulihkan dan seterusnya memberikan kesejahteraan hidup pada
rakyat. Jika ekonomi kelihatannya berjaya dipulihkan dengan bermacam-macam
pakej rangsangan ekonomi, hakikatnya ianya hanyalah salah satu ubat-ubatan
untuk merawat ekonomi agar dapat terus survive dalam keadaan sangat
bergantung pada ubat-ubatan dan daya tahan yang semakin lemah.
Kesimpulannya, untuk membentuk daya tahan ekonomi yang mampan dan
berdaya saing, virtual economi mesti dihapuskan. Ekonomi yang mampan dan
berdaya saing serta mempunyai daya tahan yang kuat dalam erti kata yang sebenar
adalah ekonomi yang berkembang berdasarkan aktiviti real economy semata-mata.
Sistem ekonomi kapitalis tidak dapat hidup tanpa adanya virtual ekonomi,
sebaliknya sistem ekonomi Islam mencegah dengan tegas sebarang bentuk aktiviti
atau urusniaga yang menjurus kepada wujudnya virtual ekonomi. Mencegah
kewujudan virtual ekonomi dalam sistem ekonomi Islam berlaku secara sistemik
dengan cara; pertama, mengharamkan muamalah yang tidak berdasarkan syirkah yang
dibenarkan oleh hukum syarak. Kedua, matawang disandarkan pada komoditi yang
berharga seperti emas dan perak. Ketiga, mengharamkan riba. Untuk melaksanakan
tiga perkara tersebut ianya memerlukan institusi pemerintahan yang hanya berhukum
berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah iaitu sistem pemerintahan Khilafah.
No comments:
Post a Comment