Oleh : Syam Paris
Kemasukan ISIS ke Mosul,
Iraq pada 10 Jun yang lalu kelihatan adanya koordinasi operasi dengan
pengunduran tentera Iraq di bawah General Syiah Mehdi Sabih al-Gharawi (yang
menerima penyerahan mandat untuk mentadbir Mosul daripada US pada 2011).
Kelihatan juga ia berjalan sejajar dengan dasar US untuk memecahkan Iraq kepada
3 buah negara baru yang belatar belakangkan keunikan etnik dan mazhab iaitu
Daulah Islam Sunni, Republik Muslim Syiah dan Republik Kurdistan. Seperti ada
satu jenaka yang cuba dilakonkan apabila sejumlah mujahidin ISIS yang hanya
sekitar 800-1000 orang telah berjaya mengusir 30,000 tentera Iraq di Mosul yang
diketahui lebih baik dari segi kelengkapan peperangan. Malah dilaporkan
pengunduran tentera Iraq yang berkapisiti besar itu berlaku tanpa adanya perlawanan
yang diberikan.
Apa yang berlaku?
1. Peristiwa yang berlaku menunjukkan ISIS adalah bidak yang digunakan oleh US untuk menyampaikan "ugutan"nya kepada pemerintahan syiah Iraq yang diterajui oleh Perdana Menteri Nouri al-Maliki yang berpusat di Baghdad. Rencana politik ini mempunyai mesej tersendiri buat Nouri al-Maliki supaya kembali tunduk kepada US dengan memeterai perjanjian ketenteraan yang baru sebagai tanda persetujuan untuk menerima kembalai penempatan sejumlah besar tentera US di Iraq sejak pengunduran negara polis dunia tersebut pada 2011. Pada masa yang sama US ingin memberi pengajaran kepada rejim Syiah sekarang bahawa mereka sentiasa memerlukan perlindungan & bantuan ketenteraan yang berterusan daripada US kerana telah terbukti ketidakmampuan rejim syiah sedia ada dalam menangani ancaman kumpulan pemberontak mahupun mujahidin sunni seperti ISIS. Keengganan Perdana Menteri Nouri al-Maliki untuk menandatangani perjanjian ketenteraan Status of Forces Agreement (SOFA) yang lalu bermakna US perlu menaikkan agen lain yang lebih taat dan akan bekerja semata - mata untuk melayani kepentingan dan percaturan politik US di wilayah tersebut. Antara calon dari blok syiah yang paling menonjol untuk dikedepankan bagi mengggantikan Perdana Menteri Nouri al-Maliki adalah Ahmad Chalabi yang terbukti mempunyai rekod kerjasama yang baik dengan US termasuk perannannya dalam perubahan regim di Iraq sebelum ini. Isu terbaru ini bukanlah berkaitan wujudnya ancaman terhadap kepentingan US di Iraq dari segi kekayaan sumber minyaknya tetapi lebih kepada tindakan agen yang diangkat oleh US sebelum ini sudah mula menampakkan sikap kurang hajar kepada tuannya dalam beberapa hal. Dalam isu minyak pula, siapa sahaja yang cuba menggugat monopoli US ke atas lubuk emas hitam di Iraq sudah pasti secara terbuka telah mengisytiharkan perang terhadap US yang memperdagangkan kekayaan tersebut dalam US dolar.
2. Mengurangkan pengaruh Iran di wilayah Timur Tengah. US ingin memastikan tiada satupun kerajaan atau kelompok yang berkuasa secara absolute di Timur Tengah yang boleh mencabar atau memberi tekanan kepada kepentingan US di wilayah tersebut. Begitu juga dengan Iraq, setelah US menaikkan rejim syiah bagi menggantikan rejim sunni yang ditadbir oleh Presiden Sadam Hussein sebelumnya degan alasan WMD, US tidak mahu polisi-polisi yang diambil oleh kerajaan Iraq sekarang sedikit demi sedikit dipengaruhi dan beralih arah kepada agenda Iran yang bercita-cita untuk mendirikan wiliyah kekuasaan Syiah yang merentasi Lebanon-Syria-Iraq-Iran.
3. Setelah ISIS digunakan untuk meng-"hijack" revolusi umat Islam di Syria dalam penegakkan Khilafah & Syariah, US akan terus memastikan umat Islam dilencongkan daripada kebangkitan yang benar. Salah satu projek baru yang hendak dihidangkan oleh US bagi mengaburi halatuju politik umat Islam adalah projek menubuhkan "DAULAH KHILAFAH PALSU". Kemungkinan authority pemerintahan bagi salah satu negara baru yang terpecah daripada negara Iraq yang asal (merujuk wilayah yang majoritinya berpendudukan sunni Iraq) akan diberikan kepada kelompok mujahidin seperti ISIS kerana sedia maklum dibelakang kelompok tersebut terdapat pengaruh US secara tidak langsung melalui tangan sekutunya seperti Arab Saudi & Qatar yang berperanan mendanai kelompok tersebut dari segi kewangan, kelengkapan perang dan pemasukan mujahdin dan agen baru di dalam ISIS. Permainan politik yang berlaku di Mosul juga sedikit sebanyak telah memulihkan public opinion penduduk sunni Iraq yang sebelum ini menolak kehadiran ISIS sekitar 2007 akibat polisi-polisi ISIS yang tidak disenangi oleh mereka. Kini sebaliknya ISIS dianggap sebagai "hero yang berjaya mengusir tentera rejim syiah" yang menindas penduduk minoriti sunni Iraq.
4. US juga perlu memastikan kepentingan Israel terjaga. Perpecahan, perbalahan dan ketidakstabilan di Timur Tengah merupakan resepi terbaik bagi menyibukkan umat Islam dari memikirkan penderitaan yang dihadapi oleh saudara mereka di Palestin akibat kekejaman & pendudukan Israel ke atas wilayah suci umat Islam. Kekuasaan yang dominan sama ada di tangan kelompok sunni atau syiah di wilayah tersebut tidak akan pernah disenangi oleh Israel.
Ketidakstabilan, perpecahan dan perbalahan sesama umat Islam akibat perbezaan fahaman, mazhab dan etnik merupakan formula terbaik bagi US untuk memastikan keberlangsungan hegemoninya di wilayah Timur Tengah terus terjamin. Dan apa yang lebih penting bagi US, usaha untuk membangkitkan dan menyatukan umat Islam di sana dalam mendirikan kembali Daulah Khilafah Islamiyah (yang akan menghancurkan US) dapat diperlambatkan. Metod penjajahan US sentiasa tidak terlepas daripada "divide-and-conquer strategy" sepertimana yang telah dilaksanakannya terhadap bekas negara Yugoslavia (berpecah kepada Serbia, Crotia, Bosnia-Herzegovania, Macedonia, Slovenia, Montenegro dan Kosovo) dan Sudan berpecah kepada Sudan Utara dan Sudan Selatan). Ini kerana strategi tersebut terbukti memudahkan sesebuah kuasa besar untuk mengurus tanah-tanah jajahannya serta menyukarkan mereka daripada bergabung kembali bangkit untuk menentang penjajahan.