Showing posts with label Iraq. Show all posts
Showing posts with label Iraq. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Disebalik Serangan Amerika Syarikat Ke atas Iraq dan Syria

Perang merupakan antara asas utama dasar luar Amerika Syarikat. Berbanding dengan aktiviti diplomatik, Amerika Syarikat memperuntukkan perbelanjaan yang sangat besar dalam aktiviti yang berkaitan dengan peperangan. Perbelanjaan Amerika dalam aktiviti yang yang berkaitan dengan peperangan  adalah 10 kali ganda berbanding dengan perbelanjaan dalam akitiviti berkaitan hubungan diplomatiknya. Dasar luar Amerika yang berorientasikan perang dilaksanakan atas tiga doktrin iaitu ‘preemptive strike’, ‘ war on terror rhetoric’ dan untuk menjaga kepentingan Amerika Syarikat.



Selain itu, dasar luar Amerika yang berasaskan perang juga dilaksanakan dengan menggunakan beberapa alasan seperti untuk  melindungi negara-negara yang bersekutu dengan Amerika daripada sebarang ancaman, melindungi negara anggota PBB, menegakkan undang-undang antarabangsa dan juga atas alasan untuk melindungi hak asasi manusia. Dengan kata lain Amerika adalah ' Polis Dunia'.

Namun sebenarnya matlamat utama dasar luar yang berasaskan perang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat adalah bertujuan untuk menghalang sebarang potensi kebangkitan kuasa lain yang dapat mencabar atau menyayingi  dominasi Amerika sebagai kuasa ‘ Unipolar Super Power’ ketika ini. Maka sebab itu, dalam polisi luar Amerika, slogan ‘peace’ bukan bermaksud tiada perang, sebaliknya ‘peace’ merupakan antara strategi yang diperlukan Amerika untuk menjaga dan mengekalkan kepentingannya dirantau yang dikuasainya. Perang akan tetap diteruskan dengan apa jua cara, walaupun tidak menggunakan tentera Amerika secara langsung. Ini kerana, matlamat Amerika bukannya untuk memenangi peperangan tetapi matlamat sebenarnya adalah untuk mencipta ketidakstabilan agar ianya dapat menghalang daripada  sebarang kebangkitan kuasa baru yang dapat mencabar atau menyayingi Amerika.
  
Oleh itu, walaupun Barack Obama daripada parti Democrats mengambil alih teraju pentadbiran Amerika Syarikat daripada George W. Bush (Parti Republikan) sejak tahun 2009 lagi, tidak ada perubahan dari segi dasar luar Amerika Syarikat yang berkaitan dengan perang. Perubahan yang ada hanyalah dari segi pendekatan atau strategi bagaimana dasar luar tersebut dijalankan. Dibawah pentadbiran Obama, tidak ada pengurangan terhadap budget ketenteraan bahkan budget ketenteraan meningkat sebanyak dua kali ganda. Obama tetap meneruskan legasi kempen pentadbiran Bush ‘ war on terror’ tetapi menggubah pendekatan atau strategi agar matlamat Amerika daripada kempen tersebut dapat dicapai dengan kos yang minimun dan tidak menimbulkan banyak masalah kepada kepentingan Amerika.

Antara strategi yang digunakan oleh pentadbiran Obama ialah meningkatkan serangan menggunakan drone. Semasa pentadbiran Bush, Amerika telah melancarkan serangan menggunakan drone keatas empat buah negara umat Islam iaitu Afghanistan, Iraq, Pakistan dan Yemen. Manakala dibawah pentadbiran Obama serangan menggunakan drone diperluasakan kepada tujuh buah negara umat Islam termasuklah Somalia, Libya dan terbaru Syria. Selain itu, pentadbiran Obama menggunakan pendekatan menggunakan pasukan ketenteraan daripada negara lain untuk menjayakan agenda Amerika Syarikat. Misalnya tentera Pakistan digunakan untuk memerangi Taliban dan tentera negara-negara Afrika digunakan untuk memerangi kebangkitan umat Islam di Somalia. Kini yang terbaru, Amerika telah berjaya menghimpunkan tentera daripada negara-negara umat Islam sendiri  untuk menyerang Iraq dan Syria.



Perkara penting yang harus difahami dalam kempen peperangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat keatas beberapa negara-negara umat Islam ialah - Amerika bukan menginginkan kemenangan, tetapi menginginkan KETIDAKSTABILAN. Oleh itu, menang dalam peperangan di Afghanistan, Iraq dan Syria bukan matlamat utama Amerika Syarikat. Matlamat utama Amerika Syarikat mencetuskan peperangan di ketiga-tiga negara tersebut adalah untuk membentuk KETIDAKSTABILAN dirantau Timur Tengah dan Asia Tengah. KETIDAKSTABILAN di Timur Tengah dan Asia Tengah sangat penting bagi Amerika Syarikat atas dua sebab:

Pertama, Dapat menghalang sebarang potensi kebangkitan kuasa baru, khususnya Kebangkitan Islam yg dapat mencabar Amerika sebagai kuasa dunia.
Kedua, Dapat mengekalkan cengkaman Amerika ke atas negara-negara di Timur Tengah dan Asia Tengah. Ketidakstabilan dijadikan alasan oleh Amerika menghulurkan bantuan ketenteraan untuk menjaga keselamatan negara-negara  di Timur Tengah dan Asia Tengah daripada sebarang ancaman 'Terrorist' dan ‘Extremist’.

Artikel Berkaitan :


Saturday, 21 June 2014

Krisis Iraq : Matlamat dan Strategi Amerika Syarikat

Terdapat dua basis utama yang menjadi framework bagaimana Amerika Syarikat merangka dasar luar negaranya. Dua basis tersebut ialah ideologi kapitalisme yang menjadi teras kepada pembentukan Amerika Syarikat dan kedudukannya sebagai kuasa nombor satu pada ketika ini. Oleh itu, apa jua yang dilakukan oleh Amerika Syarikat tidak boleh lari daripada matlamat iaitu untuk memastikan kepentingan ekonominya sentiasa terjamin dan tiada kebangkitan kuasa-kuasa lain yang dapat mencabar kedudukannya sebagai kuasa nombor satu. Matlamat tersebut tidak akan berubah walaupun pentadbiran Amerika bertukar daripada parti Republikan kepada  parti Demokrat dan sebaliknya.  Bahkan, sesiapa sahaja yang menjadi Presiden Amerika, matlamat dasar luar Amerika tetap tidak akan berubah walaupun Presiden Amerika Syarikat berketurunan Arab sekali pun. Begitulah Amerika Syarikat, tunjang utama bukan hanya pada Presidennya tetapi pada semua struktur atau komponen yang membentuk negara Amerika Syarikat.

Namun dalam misi untuk mencapai matlamat tersebut, strategi/pendekatannya sentiasa berubah-ubah mengikut situasi semasa. Semakin besar dan mencabar matlamat yang ingin dijayakan maka sudah pasti semakin liciklah pendekatan yang perlu dilakukan. Keupayaan dan komitmen Amerika dalam mengolah pendekatan yang paling licik dapat difahami melalui agensi perisikan (Intelligence) yang dimilikinya, di mana Amerika memiliki 16 agensi yang bekerja khusus dalam bidang perisikan. Pada tahun 2010 sahaja, The Washington Post melaporkan bahawa terdapat sebanyak 1,271 organisasi kerajaan dan 1,931 syarikat swasta di 10,000 lokasi di Amerika Syarikat yang bekerja di bawah 16 agensi tersebut. Bagi menampung operasi perisikannya, Amerika telah memperuntukkan dana yang sangat besar. Misalnya pada tahun 2013 sahaja sebanyak 75.6 billion USD telah diperuntukan dalam bidang tersebut, 52.6 billion USD untuk Non-military intelligence dan 23 billion USD untuk Military intelligence programs.  Angka tersebut lebih tinggi daripada yang dibelanjakan oleh  Amerika untuk perisikan ketika era perang dingin.


Sebagai perbandingan :

Pada tahun 2013 Amerika memperuntukkan sebanyak 682 Billion USD untuk perbelanjaan ketenteraan , diikuti oleh negara China sebanyak 166 Billion USD dan Russia sebanyak 97.7 USD. Manakala Turki yang merupakan negeri umat Islam yang paling kehadapan dalam memajukan bidang ketenteraan berbanding dengan negeri-negeri umat Islam yang lain hanya memperuntukkan dana untuk ketenteraan sebanyak 18.2 Billion USD.

Oleh yang demikian, daripada angka-angka yang disebutkan diatas dapatlah difahami tahap kelicikan pendekatan yang berupaya dilakukan Amerika Syarikat. Bahkan dengan kecanggihan teknologi dan kepakaran dalam bidang perisikan, Amerika berupaya untuk menghilangkan pesawat sebesar Boeing 777 tanpa sesiapa pun dapat merungkai nya. Mencipta double agent, agent atas double agent, mencipta hero di pihak musuh,  menyusup masuk dalam mana-mana kumpulan dan berjaya menjadi mastermind, mencipta provokasi bagi mengiyakan tindakan susulan yang ingin diambil oleh Amerika, menaikkan individu pilihan Amerika sebagai ketua sesebuah negara dan lain-lain lagi, semuanya berada dalam keupayaan dan kepakaran agensi perisikan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

Untuk memahami tahap kelicikan pendekatan dan bentuk percaturan yang digunakan oleh Amerika dalam krisis Iraq-Syria ianya bergantung dengan sejauh mana besar/pentingnya matlamat yang ingin diraih oleh Amerika daripada krisis tersebut. Ternyata, kekayaan sumber minyak yang terdapat di timur tengah merupakan sesuatu yang sangat penting kepada Amerika Syarikat. Black Gold (Petroleum) bukan hanya dapat menjadi alat diplomasi tetapi juga merupakan senjata politik yang sangat menakutkan disebabkan oleh minyak merupakan sumber tenaga yang paling penting dalam menjana ekonomi dunia pada ketika ini. Amerika akan melakukan apa sahaja demi memastikan cengkamannya terhadap sumber minyak di timur tengah tidak akan terlepas kerana ianya merupakan ‘nyawa’ kepada ekonomi kapitalis Amerika Syarikat. Bahkan  minyak menjadi alat yang sangat penting bagi Amerika Syarikat  untuk mengawal sesebuah negara . Henry Kissinger, Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada era President Richard M. Nixon menyatakan “Control oil and you control nations; control food and you control the people.”

Selain daripada kekuatan minyak yang dapat menjadi senjata politik yang sangat menakutkan, timur tengah juga memiliki potensi yang sangat strategik untuk menjadi tapak kepada munculnya semula kuasa pemerintahan Islam yakni Daulah Khilafah. Potensi strategiknya dapat dilihat daripada populasinya yang majoriti beragama Islam, kedudukan geografinya, sejarahnya sebagai pusat pemerintahan Islam yang sangat hebat, memiliki ramai alim-ulama serta cendekiawan Islam yang bijaksana dan lain-lain lagi. Amerika sangat kenal Negara Khilafah yang diinginkan oleh umat Islam. Amerika juga sangat tahu apa akan jadi kepada kedudukannya serta masa depannya jika Negara Khilafah berjaya didirikan di mana-mana negeri umat Islam.

Oleh itu, demi kepentingan ekonomi kapitalis dan untuk menghalang munculnya kuasa Islam iaitu Daulah Khilafah, Amerika Syarikat sudah tentu akan melakukan strategi/pendekatan yang bersifat high level dengan menggunakan segala kepakaran dan keupayaan yang dimilikinya.