Saturday 21 June 2014

Krisis Iraq : Matlamat dan Strategi Amerika Syarikat

Terdapat dua basis utama yang menjadi framework bagaimana Amerika Syarikat merangka dasar luar negaranya. Dua basis tersebut ialah ideologi kapitalisme yang menjadi teras kepada pembentukan Amerika Syarikat dan kedudukannya sebagai kuasa nombor satu pada ketika ini. Oleh itu, apa jua yang dilakukan oleh Amerika Syarikat tidak boleh lari daripada matlamat iaitu untuk memastikan kepentingan ekonominya sentiasa terjamin dan tiada kebangkitan kuasa-kuasa lain yang dapat mencabar kedudukannya sebagai kuasa nombor satu. Matlamat tersebut tidak akan berubah walaupun pentadbiran Amerika bertukar daripada parti Republikan kepada  parti Demokrat dan sebaliknya.  Bahkan, sesiapa sahaja yang menjadi Presiden Amerika, matlamat dasar luar Amerika tetap tidak akan berubah walaupun Presiden Amerika Syarikat berketurunan Arab sekali pun. Begitulah Amerika Syarikat, tunjang utama bukan hanya pada Presidennya tetapi pada semua struktur atau komponen yang membentuk negara Amerika Syarikat.

Namun dalam misi untuk mencapai matlamat tersebut, strategi/pendekatannya sentiasa berubah-ubah mengikut situasi semasa. Semakin besar dan mencabar matlamat yang ingin dijayakan maka sudah pasti semakin liciklah pendekatan yang perlu dilakukan. Keupayaan dan komitmen Amerika dalam mengolah pendekatan yang paling licik dapat difahami melalui agensi perisikan (Intelligence) yang dimilikinya, di mana Amerika memiliki 16 agensi yang bekerja khusus dalam bidang perisikan. Pada tahun 2010 sahaja, The Washington Post melaporkan bahawa terdapat sebanyak 1,271 organisasi kerajaan dan 1,931 syarikat swasta di 10,000 lokasi di Amerika Syarikat yang bekerja di bawah 16 agensi tersebut. Bagi menampung operasi perisikannya, Amerika telah memperuntukkan dana yang sangat besar. Misalnya pada tahun 2013 sahaja sebanyak 75.6 billion USD telah diperuntukan dalam bidang tersebut, 52.6 billion USD untuk Non-military intelligence dan 23 billion USD untuk Military intelligence programs.  Angka tersebut lebih tinggi daripada yang dibelanjakan oleh  Amerika untuk perisikan ketika era perang dingin.


Sebagai perbandingan :

Pada tahun 2013 Amerika memperuntukkan sebanyak 682 Billion USD untuk perbelanjaan ketenteraan , diikuti oleh negara China sebanyak 166 Billion USD dan Russia sebanyak 97.7 USD. Manakala Turki yang merupakan negeri umat Islam yang paling kehadapan dalam memajukan bidang ketenteraan berbanding dengan negeri-negeri umat Islam yang lain hanya memperuntukkan dana untuk ketenteraan sebanyak 18.2 Billion USD.

Oleh yang demikian, daripada angka-angka yang disebutkan diatas dapatlah difahami tahap kelicikan pendekatan yang berupaya dilakukan Amerika Syarikat. Bahkan dengan kecanggihan teknologi dan kepakaran dalam bidang perisikan, Amerika berupaya untuk menghilangkan pesawat sebesar Boeing 777 tanpa sesiapa pun dapat merungkai nya. Mencipta double agent, agent atas double agent, mencipta hero di pihak musuh,  menyusup masuk dalam mana-mana kumpulan dan berjaya menjadi mastermind, mencipta provokasi bagi mengiyakan tindakan susulan yang ingin diambil oleh Amerika, menaikkan individu pilihan Amerika sebagai ketua sesebuah negara dan lain-lain lagi, semuanya berada dalam keupayaan dan kepakaran agensi perisikan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

Untuk memahami tahap kelicikan pendekatan dan bentuk percaturan yang digunakan oleh Amerika dalam krisis Iraq-Syria ianya bergantung dengan sejauh mana besar/pentingnya matlamat yang ingin diraih oleh Amerika daripada krisis tersebut. Ternyata, kekayaan sumber minyak yang terdapat di timur tengah merupakan sesuatu yang sangat penting kepada Amerika Syarikat. Black Gold (Petroleum) bukan hanya dapat menjadi alat diplomasi tetapi juga merupakan senjata politik yang sangat menakutkan disebabkan oleh minyak merupakan sumber tenaga yang paling penting dalam menjana ekonomi dunia pada ketika ini. Amerika akan melakukan apa sahaja demi memastikan cengkamannya terhadap sumber minyak di timur tengah tidak akan terlepas kerana ianya merupakan ‘nyawa’ kepada ekonomi kapitalis Amerika Syarikat. Bahkan  minyak menjadi alat yang sangat penting bagi Amerika Syarikat  untuk mengawal sesebuah negara . Henry Kissinger, Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada era President Richard M. Nixon menyatakan “Control oil and you control nations; control food and you control the people.

Selain daripada kekuatan minyak yang dapat menjadi senjata politik yang sangat menakutkan, timur tengah juga memiliki potensi yang sangat strategik untuk menjadi tapak kepada munculnya semula kuasa pemerintahan Islam yakni Daulah Khilafah. Potensi strategiknya dapat dilihat daripada populasinya yang majoriti beragama Islam, kedudukan geografinya, sejarahnya sebagai pusat pemerintahan Islam yang sangat hebat, memiliki ramai alim-ulama serta cendekiawan Islam yang bijaksana dan lain-lain lagi. Amerika sangat kenal Negara Khilafah yang diinginkan oleh umat Islam. Amerika juga sangat tahu apa akan jadi kepada kedudukannya serta masa depannya jika Negara Khilafah berjaya didirikan di mana-mana negeri umat Islam.

Oleh itu, demi kepentingan ekonomi kapitalis dan untuk menghalang munculnya kuasa Islam iaitu Daulah Khilafah, Amerika Syarikat sudah tentu akan melakukan strategi/pendekatan yang bersifat high level dengan menggunakan segala kepakaran dan keupayaan yang dimilikinya.

4 comments:

  1. mohon buatkan teks bahas tajuk " kuasa besar dunia bukan lagi pelingdung , malah pencetus keganasan "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amirul Akashah,

      Saya tidak pernah menulis teks bahas, so tak berapa pasti apa yg diperlukan dalam teks tersebut. Sebenarnya saya ada menulis beberapa artikel yg rasanya boleh membantu tajuk bahan tersebut. Amirul boleh rujuk dalam blog saya pada bahagian kebangkitan Syria dan isu luar negara. Good Luck

      Delete
    2. terima kasih yer ... ok ..

      Delete
  2. mohon buatkan teks bahas tajuk " kuasa besar dunia bukan lagi pelingdung , malah pencetus keganasan "

    ReplyDelete