Friday, 7 February 2014

Syrian Uprising : Kenali Amerika dan Menangi Dua Medan Peperangan

1. Kenali Dan Fahami Amerika Syarikat

Selepas tamatnya Perang Dunia II dan sehingga kini Amerika Syarikat masih lagi kekal menjadi kuasa superpower atau negara nombor satu. Amerika Syarikat menggunakan kedudukannya sebagai kuasa superpower untuk menentukan hala tuju politik dunia serta mendesign undang-undang antarabangsa agar kepentingan Amerika sentiasa terjaga. Amerika berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai superpower sehingga kini walaupun sering dicabar oleh negara-negara lain khususnya Russia dan kini China.



Sebagai kuasa superpower pada masa kini, Amerika mempunyai banyak kepentingan di negara-negara lain yang mesti dijaga. Kepentingan dari segi bekalan bahan bakar, pasaran, laluan perdagangan, pelaburan dan lain-lain lagi. Kesemua kepentingan ini sangat penting dalam survival Amerika sebagai sebuah negara termaju di dunia pada masa kini kerana rakyatnya telah ‘dibesarkan’ dan ‘dimanjakan’ dengan kemodenan serta kemewahan. Oleh itu, Amerika tidak punya pilihan lain melainkan mesti sentiasa memastikan kekal sebagai negara superpower agar segala kepentingannya di seluruh pelusuk dunia dapat dijaga. Maka, Amerika sama sesekali tidak akan membiarkan mana-mana negara untuk cuba mengambil kedudukannya sebagai kuasa nombor satu dunia. Amerika pasti akan mencatas atau menghalangnya dengan segala macam bentuk percaturan, bahkan Amerika tidak akan teragak-agak untuk mengunakan kuasa ketenteraan yang dimilikinya jika diperlukan.


Amerika sentiasa berada jauh dihadapan dalam membangunkan bidang ketenteraan. Misalnya, pada tahun 2013 Amerika memperuntukkan sebanyak 682 Billion USD untuk perbelanjaan ketenteraan , diikuti oleh negara China sebanyak 166 Billon USD dan Russia sebanyak 97.7 USD. Manakala Turki yang merupakan negeri umat Islam yang paling kehadapan dalam memajukan bidang ketenteraan berbanding dengan negeri-negeri umat Islam yang lain hanya memperuntukkan dana untuk ketenteraan sebanyak 18.2 Billion USD. Selain itu, Amerika juga memperuntukkan dana yang sangat besar kepada enam belas agensi perisikannnya. Di mana pada tahun 2013 Amerika telah berbelanja sebanyak 52.6 billion USD untuk Non-military intelligence dan sebanyak 23 billion USD untuk Military intelligence programs, angka tersebut lebih tinggi daripada yang dibelanjakan oleh  Amerika untuk perisikan ketika era perang dingin. Pada tahun 2010, The Washington Post melaporkan bahawa sebanyak 1,271 organisasi kerajaan dan 1,931 syarikat swasta di 10,000 lokasi di Amerika Syarikat yang bekerja di bawah 16 agensi tersebut. Angka-angka tersebut menunjukkan betapa seriousnya komitmen Amerika untuk sentiasa memastikan kedudukannya sebagai kuasa nombor satu dunia.






Amerika sangat kenal Negara Khilafah yang diinginkan oleh umat Islam. Amerika juga sangat tahu apa akan jadi kepada kedudukannya serta masa depannya jika Negara Khilafah berjaya didirikan di bumi Syria atau di mana-mana negeri umat Islam yang lain. Oleh itu, Amerika akan menggunakan segala keupayaan dan kepakaran yang dimilikinya bagi mengatur strategi dan perancangan untuk menghalang tertegaknya semula Negara Khilafah. Apatah lagi, dalam situasi ini Amerika dibantu oleh kuasa-kuasa barat yang lain khususnya Russia, Perancis dan Britain yang juga tidak ingin negara Khilafah berjaya didirikan semula.

2.    Umat Islam Perlu Menang Dalam Dua Medan Peperangan.

Political concept yang sangat penting dalam usaha mendirikan semula Negara Khilafah di bumi Syria ialah mestilah bercirikan global. Negara Khilafah yang ingin didirikan adalah sebuah negara untuk semua umat Islam di seluruh dunia, bukannya untuk kumpulan atau golongan tertentu sahaja. ‘Aura’ globalnya harus dirasakan  sehingga umat Islam di seluruh dunia turut merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada Negara Khilafah yang didirikan dan  mereka merasakan bebanan tanggungjawab di atas bahu mereka untuk sama-sama melindungi dan mempertahankan Negara Khilafah daripada sebarang ancaman.



Untuk membentuk ‘Aura’ tersebut ianya memerlukan political struggle oleh umat Islam daripada dalam Syria  dan umat Islam di luar Syria. Harus diingat bahawa political struggle yang dilakukan oleh umat Islam sama sekali tidak akan terlepas daripada political struggle yang direncanakan di pihak Amerika beserta sekutu-sekutunya dan talibarutnya dari kalangan pemimpin-pemimpin umat Islam sendiri. Political struggle ini sudah pasti akan membentuk spectrum peperangan yang lebih rumit yang bukan hanya melibatkan peperangan secara fizikal sahaja tetapi juga peperangan dalam medan ‘Perang Pemikiran’.  Perang pemikiran merupakan peperangan yang sangat crucial berbanding dengan peperangan secara fizikal. Kegagalan demi kegagalan yang dihadapi oleh umat Islam dalam kebangkitan semula bukan kerana kekalahan dalan peperangan secara fizikal tetapi kalah dalam medan perang pemikiran.


Dalam usaha untuk mendirikan semula Khilafah di bumi Syria, perang pemikiran yang paling besar untuk dimenangi oleh umat Islam ialah membentuk tarikan magnet daripada dalam Syria dan juga luar Syria agar tarikan magnet tersebut dapat menghasilkan tenaga yang sangat kuat untuk menyatukan umat Islam. Amerika dan sekutu-sekutunya pula sudah pasti akan cuba memusingkan magnet tersebut agar menghasilkan daya tolakan daripada sesama umat Islam dari dalam dan luar Syria. Amerika dan sekutu-sekutunya mempersiapkan kekuatan dalam kedua-dua medan peperangan ini iaitu peperangan fizikal dan peperangan pemikiran. Oleh sebab itu, para kumpulan mujahidin yang sedang berjuang di Syria harus menyedari peranan mereka adalah sebagai ahlul quwwah untuk memenangi peperangan fizikal dan melindungi Negara Khilafah yang didirikan. 


Pemerintahan negara dan medan perang pemikiran mestilah diserahkan kepada Parti Politik Islam kerana ianya merupakan medan yang berbeza dan memerlukan keupayaan dan kepakaran yang berbeza. 

2 comments:

  1. Saya tak nampak manhaj yg sama antara mujahidin yang struggle membina semula daulah islamiyyah dengan parti-parti politik islam di dunia sekarang ini. Kita lihat dua kelompok atau parti besar IM & Hamas punya manhaj yang sangat berbeda pada dasar & displin aqidahnya sehingga kalangan mujahidin global tergelar takfiri & khawarij juga tiada muzakarah resmi antara kelompok-kelompok ini. Tambahan pula saya tak lihat parti-parti politik berjaya lagi melakar sejarah terkini membina daulah islamiyyah, claim Islamic State hanya gelar dari kuasa-kuasa besar bukannya majority ulama' kini. Pada saya, parti politik & mujahidin global adalah dua usaha & manhaj yang berbeda dan tak boleh bersatu kecuali kedua-duanya setuju memilih salah satu manhaj dengan sukarela. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saudara

      Apa yang saudara katakan merupakan cabaran terbesar yg mesti diselesaikan. Kita sama sekali tidak boleh meragui bahawa Islam boleh menyatukan seluruh umat Islam dibawah satu panji perjuangan. Cabarannya adalah membersihkan pemikiran yg bukan Islam dari pemikiran umat Islam dan memasukkannya dgn pemikiran yang Islami. Perbezaan pendapat tidak akan membawa kpd pepecahan selagi ianya berada dalam radar pemikiran Islam. Namun, pepecahan yg menimpa umat Islam pada hari ini adalah disebabkan berbezaan pemikiran yg bertentangan dari segi pemikiran Islam dengan pemikiran yg bukan Islam. Oleh itu, 'perang pemikiran' sesama umat Islam merupakan sesuatu yg sgt penting utk kita sama-sama memahami pemikiran Islam yg sebenar agar mana-mana parti politik yg secara sedar/tidak sedar berpegang pada manhaj pemikiran bukan Islam dapat dibetulkan.

      Delete