Thursday, 6 March 2014

Kebangkitan Syria : Perlunya Penyatuan Dan Muhasabah untuk ISIS


Kebangkitan umat Islam Syria akan berakhir dengan kemenangan yang hakiki apabila rejim Bashar Assad dapat dijatuhkan dan sebuah negara Islam yakni Daulah Khilafah berjaya didirikan semula selepas kejatuhan rejim Bashar Assad. Amerika dan sekutu-sekutunya tidak kisah dengan apa bentuk kerajaan yang didirikan selepas kejatuhan rejim Bashar Assad asalkan BUKAN Daulah Khilafah. Amerika dan sekutu-sekutunya tidak akan sama sekali membiarkan kebangkitan umat Islam Syria berakhir dengan tertegaknya semula Daulah Khilafah. Amerika dan sekutu-sekutunya PASTI akan melakukan apa saja untuk menghalangnya sama ada dengan cara ketenteraan ataupun dengan cara yang lebih halus iaitu mencipta ‘ Daulah Khilafah Palsu’.

Kenapa Amerika yang merupakan sebuah negara yang paling kuat serta memiliki persenjataan yang canggih sangat takut kebangkitan umat Islam di Syria berakhir dengan tertegaknya semula Daulah Khilafah? Jawapannya kerana Amerika tahu dan mengenali ‘Rupa Paras’ Daulah Khilafah daripada hujung kaki sampai ke hujung  rambut. Amerika dan negara-negara barat tahu bahawa orde dunia akan didominasi oleh  Islam jika Khilafah berjaya ditegakkan semula. Bukan rupa paras Daulah Khilafah sahaja yang sangat dikenali oleh Amerika dan negara-negara barat bahkan mereka tahu dengan terperinci setiap ‘organ dalaman’ Daulah Khilafah dan bagaimana setiap organ dalaman tersebut berfungsi. Oleh itu, Amerika dan negara-negara barat akan berusaha untuk membuat percaturan dan konspirasi atau tindakan secara ketenteraan untuk menghapuskan bibit-bibit yang mengarah kepada tertegaknya semula Daulah Khilafah.

Daulah Khilafah yang menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk didirikan semula adalah sebuah negara yang mempunyai struktur dan keupayaan sebagai sebuah negara. Mempunyai struktur yang tersusun serta ditadbir oleh tokoh-tokoh atau pemimpin-pemimpin yang berkeupayaan sebagai seorang negarawan. Pentadbiran negara, pengurusan ekonomi, pembangunan sains & teknologi, strategi peperangan dan lain-lain mestilah bertaraf dan berskala negara. Ini kerana Daulah Khilafah akan berhadapan dengan Amerika dan kuasa-kuasa besar yang mempunyai struktur pentadbiran yang teratur serta ditadbir oleh para negarawan yang berkeupayaan tinggi. Daulah Khilafah bukan hanya akan menyaingi negara-negara tersebut tetapi juga akan berhadapan dengan mereka di medan peperangan.

Kebangkitan umat Islam di Syria boleh berakhir dengan kebangkitan yang hakiki jika ianya berakhir dengan Syria menjadi tapak kepada tertegaknya semula Daulah Khilafah ataupun kebangkitan umat Islam Syria menjadi pencetus kepada tertegaknya Daulah Khilafah di negeri-negeri umat Islam yang lain, mungkin Mesir, Turki, Indonesia  dan juga mungkin di negeri-negeri umat Islam yang lain (Hanya Allah yang lebih mengetahui). Walau di mana pun negeri umat Islam Khilafah berjaya didirikan semula, ianya mesti bersifat global untuk seluruh umat Islam dan magnet penyatuan harus berlaku di antara negeri-negeri umat Islam dengan Daulah Khilafah.

Misalnya, jika Syria yang menjadi tapak kepada tertegakknya semula Daulah Khilafah. Maka, Turki, Jordan dan Iraq merupakan negeri-negeri umat Islam yang mesti di satukan dengan Daulah Khilafah bukannya berconfrant dengan negeri-negeri tersebut. Harus difahami bahawa umat Islam di negeri-negeri tersebut adalah umat yang satu, tentera-tentera mereka adalah tentera-tentera umat Islam yang mesti di sedarkan agar mereka menggunakan kuasa ketenteraan yang mereka miliki untuk mempertahankan dan melindungi Daulah Khilafah.

Cabarannya adalah untuk mengubah pemikiran umat Islam  dan para tentera agar mereka  faham bahawa mereka berkewajiban untuk bersatu dan mempertahankan Daulah Khilafah yang ditegakkan di mana-mana negeri umat Islam. Turki misalnya, mereka perlu di sedarkan bahawa :

1.      Di atas  tanah yang mereka duduki adalah tanah tempat mengalirnya darah syuhada yang pernah menjadi saksi detik kegemilangan kejayaan Islam, detik lahirnya sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera yang telah berjaya membuka Kota Konstantinople.

“…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

2.      Umat Islam Turki pernah diberikan kemuliaan yang terlalu istimewa oleh Allah SWT sebagai pemimpin dan pembela Islam selama 700 tahun lamanya. Dunia mengetahui tentang sejarah mereka sebagai pembela Islam.

3.      Amerika dan kuasa-kuasa barat sedang berusaha menjayakan agendanya di bumi Syria, Turki yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat Daulah Khilafah,  sepatutnya tidak boleh sama sekali membantu dan mengambil sikap “sahabat” terhadap musuh umat Islam yang terbesar ini.

4.      Malah, dengan sikap Amerika dan yang secara  terang-terangan melancarkan perang ke atas umat Islam sepatutnya dibalas oleh tentera Turki dengan seruan jihad akbar! Umat Islam Turki  pernah melakukan perkara itu satu ketika dahulu.

Begitu jugalah dengan umat Islam di neger-negeri yang lain, mereka mesti di sedarkan bahawa umat Islam  adalah umat yang satu, umat yang mesti di satukan dalam satu sistem pemerintahan. Amerika dan kuasa-kuasa barat adalah musuh umat Islam yang yang sentiasa berusaha untuk memecah-belahkan umat Islam agar mereka dengan mudah terus dapat berkuasa keatas umat Islam.

Proses untuk memberikan kesedaran kepada umat Islam memerlukan ‘perang pemikiran’ yang sangat genting kerana bukan sahaja perlu ‘berperang’ dengan umat Islam yang telah banyak dipengaruhi oleh  pemikiran-pemikiran kufur tetapi juga akan akan berhadapan dengan ‘serangan’ pemikiran daripada pihak Amerika dan sekutu-sekutunya.

Antara perkara yang perlu dibetulkan dalam usaha untuk menyedarkan umat Islam ke arah tertegaknya semula Daulah Khilafah dan membentuk magnet penyatuan umat Islam adalah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh ISIS. Tindakan ISIS yang memfokuskan kepada mempropagandakan negara versi mereka di bumi Syria dikala rejim Bashar Assad belum dijatuhkan telah banyak menimbulkan fitnah serta menyibukkan kumpulan-kumpulan mujahidin dengan pertelagahan sesama sendiri. Akhirnya ianya secara tidak langsung telah melencongkan tanggungjawab utama kumpulan-kumpulan mujahidin iaitu menjatuhkan rejim Bashar Assad.

Tindakan ISIS yang merupakan kumpulan-kumpulan jihad melaksanakan undang-undang Syariah versi ISIS di kawasan-kawasan yang mereka kuasai sebenarnya mengarah kepada sebuah negara yang isolated. Ianya secara tidak langsung akan memusnahkan magnet penyatuan negeri-negeri umat Islam, dimana akhirnya kesilapan Taliban di Afghanistan akan berulang semula di bumi Syria. Jika ini berlaku, Amerika sudah pasti akan tersenyum senget kerana ianya memudahkan Amerika dan sekutu-sekutunya melaksanakan perancangan jahat mereka di bumi Syria. Oleh itu, ISIS perlu disedarkan agar kembali kepada peranan yang mereka iaitu membantu umat Islam Syria menjatuhkan rejim Bashar Assad bukannya menyibukkan diri dengan mempropagandakan negera versi mereka.

4 comments:

  1. Salam tuan..

    Terima kasih atas artikelnya.disini ada 1persoalan

    Boleh tak dihuraikan apakah perbezaan undang syariah isis dgn undang syariah daulah?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam...

    Undang2 Syariah adalah undang2 bernegara yang dilaksanakan oleh pemerintah dalam Daulah Khilafah. ISIS bukan pemerintah yg mentadbir sesebuah negara, tetapi ISIS adalah kumpulan Jihad yg setakat ini berjaya menguasai beberapa kawasan di Syria.

    ReplyDelete
  3. Erm satu artikel yg bagus dan rasional...tp tuan,bagaimna dgn pejuang2 lain yg terus mnerus memerangi ISIS?tindakan ini mmbntutkan lagi usaha utk mnjatuhkan Bashar...

    ReplyDelete
  4. Peperangan sesama kumpulan2 mujahidin hanya akan merugikan kebangkitan umat Islam Syria, tidak kira siapa yang serang siapa. Apa yg perlu dilakukan utk mengatasi masalah tersebut ialah perlunya ada interaksi/perbincangan yg sihat sesama kumpulan2 mujahidin utk saling memuhasabah. ISIS MESTI memperbetulkan pendirian mereka yg tidak mahu mendengar atau menerima pendapat/muhasabah daripada kumpulan2 umat Islam yang lain agar interaksi saling memuhasabah dapat diwujudkan dengan subur.

    ReplyDelete