Friday, 20 December 2013

Politik Malaysia : What’s Next?

Ini adalah kali pertama dalam sejarah politik Malaysia, parti pemerintah iaitu Barisan Nasional membentuk sebuah kerajaan yang lemah dengan hanya kemenangan simple majority sebanyak dua kali berturut-turut selepas pilihanraya umum diadakan. Kerajaan yang lemah ini telah menyebabkan pentadbiran negara berada dalam keadaan yang slow dan selalu hang. Banyak keputusan-keputusan penting tidak dapat dilakukan kerana ianya memerlukan sokongan ⅔ undi daripada ahli-ahli parlimen. Pada masa yang sama,virus-virus bagi kerajaan yang ada sekarang ini pula semakin membiak dan semakin berani menyerang institusi-institusi yang sensitif dan menjadi tunjang kepada pembentukan Malaysia seperti yang ada sekarang.

Persekitaran politik dan ekonomi di peringkat antarabangsa pula sangat memerlukan sebuah kerajaan yang power untuk menghadapi persekitaran yang semakin mencabar itu. Desakan TPPA oleh Amerika, tuntutan Pulau Spratly oleh China, pergaduhan tradisi dengan Singapura dan lain-lain lagi. Semua ini memerlukan sebuah kerajaan  yang power  atau sekurang-kurangnya sebuah kerajaan yang tidak slow dan selalu hang untuk mengatasi persekitaran tersebut.
Untuk membentuk sebuah kerajaan yang power ianya memerlukan perancangan dan gerak kerja yang panjang, maka berdasarkan situasi semasa, tindakan urgent yang perlu dilakukan ialah kerajaan yang slow dan selalu hang ini perlu diatasi dengan cara restart semula kerajaan yang ada sekarang agar sebuah kerajaan yang tidak slow dan selalu hang dapat dibentuk. Caranya ialah pembentukan sebuah kerajaan dengan kuasa ⅔ undi daripada ahli parlimen. Inilah satu-satunya cara yang boleh dilakukan dalam politik demokrasi di Malaysia. Isunya ialah, bagaimana untuk membentuk sebuah kerajaan berdasarkan kuasa  ⅔  undi ahli parlimen tanpa melalui pilihanraya? Sebenarnya dalam sejarah politik Malaysia, restart semula kerajaan yang slow dan hang ini pernah dilakukan dan tidak mustahil ianya akan dilakukan sekali lagi.

Berdasarkan lanskap politik Malaysia, terdapat beberapa cara bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Pertama, bagi golongan cendekiawan, cara yang paling baik untuk restart semula sistem politik bagi negara demokrasi seperti Malaysia adalah dengan cara mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan. Namun, hakikatnya kerajaan perpaduan sangat idealis untuk senario politik di Malaysia kerana terdapat beberapa halangan yang agak sukar untuk diatasi bagi tercapainya sebuah kerajaan perpaduan ( Rujuk artikel Kerajaan Perpaduan : Adakah Realistik Di Malaysia). Oleh itu, walaupun kerajaan perpaduan merupakan cara yang paling ideal untuk restart semula pemerintahan Malaysia agar pentadbiran yang slow dan selalu hang dapat diatasi, namun berdasarkan halangan-halangan yang ada ianya hanya mampu untuk menjadi sebuah impian bagi golongan cendikiawan.

Cara yang kedua ialah penyertaan mana-mana parti dalam pakatan pembangkan ke dalam Barisan Nasional. Sebagai contoh, jika PAS yang memiliki 21 kerusi parlimen menyertai Barisan Nasional maka jumlah kerusi parlimen Barisan Nasional menjadi 154, sudah cukup untuk membentuk sebuah kerajaan dengan ⅔ majoriti. Perkara sebegini pernah berlaku selepas pilihanraya umum tahun 1969. Di mana pada ketika itu, parti perikatan (Kini Barisan Nasional) juga menang di peringkat Kerajaan Persekutuan dengan hanya simple majority. Namun, akhirnya sebuah kerajaan dengan kuasa ⅔ kerusi parlimen dapat dibentuk setelah penyertaan Parti Gerakan dan PPP ke dalam Parti Perikatan.

Persoalannya, apakah yang menyebabkan Parti Gerakan dan Parti PPP menyertai Parti Perikatan??? Ada banyak kemungkinan, tapi apa yang pasti Gerakan dan PPP menyertai Parti Perikatan setelah berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa rusuhan kaum terbesar yang pernah berlaku dalam  sejarah Malaysia sejak merdeka. Adakah peristiwa seperti 13 Mei akan berulang sekali lagi atau kejadian-kejadian seumpamanya yang akhirnya mendorong  mana-mana parti dalam Pakatan Pembangkang menyertai Barisan Nasional? Sudah pasti kita semua berharap peristiwa sebegitu tidak akan berulang semula. 

Namun, apabila diperhatikan situasi politik semasa keadaanya semakin merisaukan. Lihat sahaja bagaimana isu-isu sensitif dan provokasi penuh kebencian dilakukan secara terbuka dan berterusan samaada dari rakyat biasa hinggalah ke orang-orang politik. Dapat diperhatikan gelombang provokasi ini semakin kuat dikumandangkan. Sungguh tidak bertanggungjawab. 

Disinilah peri pentingnya, parti politik atau gerakan dan NGO-NGO Islam memainkan peranan yang signifikan untuk mendidik umat Islam khususnya agar sentiasa menjadikan Islam sebagai benteng dan panduan dalam segala tindakan. Jangan sampai dipergunakan sebagai askar-askar  untuk berbalah semasa sendiri oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadikan Islam sebagai satu-satunya pilihan untuk mengeluarkan manusia secara keseluruhannya daripada kehidupan yang serabut dan menghimpit ini.

Pada masa yang sama,  parti politik atau gerakan dan NGO-NGO Islam juga harus sentiasa bersedia dan berwaspada dengan segala perancangan dan percaturan oleh pihak-pihak yang ingin menggunakan kumpulan lain sebagai kambing hitam demi menjayakan agenda politik mereka. Sejarah telah membuktikan, percaturan sebegini telah pernah dilakukan dan  menghasilkan kejayaan kepada mereka . Para parti politik atau gerakan dan NGO-NGO Islam, jangan hanya tahu menyeru umat Islam supaya belajar daripada sejarah tetapi kalian sendiri yang leka dan tidak belajar daripada sejarah. Ayuh umat Islam! lakukan sesuatu jangan hanya menjadi sebagai penonton dan menyerahkan diri sebagai mangsa percaturan.

Anda Mungkin Juga Meminati


No comments:

Post a Comment