Friday, 21 February 2014

Misi Perang Pemikiran untuk Membebaskan ‘Mentaliti Hamba’

Perang pemikiran merupakan peperangan yang cukup penting dan sangat kritikal untuk dimenangi oleh umat Islam dalam perjuangan kebangkitan semula Negara Islam iaitu Daulah Khilafah. Daulah Khilafah yang telah memayungi dunia dengan sistem pemerintahan Islam selama 1400 tahun lamanya berjaya dijatuhkan oleh kuasa-kuasa barat khususnya British berpunca daripada kekalahan umat Islam dalam perang pemikiran. Di mana, kuasa-kuasa barat telah berjaya menawan pemikiran dengan memasukkan secara halus idea nasionalisme ke dalam pemikiran umat Islam yang akhirnya telah membawa kepada kelemahan dan perpecahan sesama umat Islam. Serangan pemikiran barat juga telah menyebabkan umat Islam semakin semakin jauh daripada pemikiran Islam.

Begitu juga dengan kewujudan negara haram Israel di tanah suci Palestine. Ianya berjaya didirikan bukanlah kerana kemenangan Israel di medan peperangan, tetapi ianya berpunca daripada kejayaan musuh-musuh Islam menawan pemikiran umat Islam. Walaupun negara haram Israel yang didirikan berada di tengah-tengah negeri kaum muslimin namun tentera-tentera Israel dengan bermaharajalela boleh melakukan apa sahaja di tanah suci umat Islam termasuklah membunuh sesuka hati umat Islam Palestine. Pemimpin dan tentera umat Islam yang berada di sekeliling negara haram Israel hanya berpeluk tubuh menyaksikan saudara seaqidah mereka dizalimi dan dibunuh bahkan sering membantu memudahkan tentera Israel untuk menangkap dan membunuh umat Islam yang bangkit menentang kekejaman Israel. 

Kenapa sebodoh dan sekeji itu pemimpin dan tentera umat Islam??? Jawapannya adalah kerana pemikiran mereka telah ditawan oleh pemikiran nasionalisme dan pemikiran-pemikiran kufur yang lain. Pemikiran umat Islam yang telah ditawan oleh pemikiran kufur akhirnya menjadikan mereka sebagai seorang muslim yang ‘bermentaliti hamba’ yang patuh kepada kehendak tuannya iaitu negara-negara Barat khususnya Amerika. Maka sebab itu tidak menghairankan apabila pemimpin-pemimpin umat Islam sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh rakyatnya sendiri semata-mata untuk menjaga dan mempertahankan kepentingan Amerika, kerana mereka adalah pemimpin ‘bermentaliti hamba’ yang bertuankan kepada pemikiran kufur.

‘Mentaliti Hamba’ bukan hanya dialami oleh pemimpin-pemimpin umat Islam tetapi juga turut dialami oleh ramai umat Islam. Umat Islam yang ‘bermentaliti hamba’ akan sentiasa merujuk kepada badan-badan dunia serta undang-undang antarabangsa untuk mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang menimpa umat Islam. Walhal, badan-badan dunia seperti PBB dan undang-undang antarabangsa telah didesign mengikut kepentingan musuh-musuh Islam serta bagi memastikan Islam tidak akan bangkit semula sebagai kuasa dunia.

Sebenarnya kuasa-kuasa barat terus menerus sehingga kini melakukan serangan pemikiran bagi memastikan pemikiran umat Islam sentiasa ditawan dengan pemikiran kufur. Buktinya adalah apabila bercakap tentang soal pemerintahan, umat Islam tidak boleh berfikir selain daripada DEMOKRASI!  DEMOKRASI! DEMOKRASI!. Apabila bercakap tentang soal hak, satu-satunya penyelesaian yang mereka boleh fikirkan adalah KEBEBASAN HAK ASASI. Apabila bercakap tentang cara untuk mengembangkan ekonomi, tidak boleh lari daripada unsur KAPITALISME. Inilah realiti ‘ Mentaliti Hamba’ yang sedang dialami oleh umat Islam di seluruh dunia. ‘Mentaliti Hamba’ inilah yang  menyebabkan kuasa-kuasa barat dan musuh-musuh Islam terus-menerus berjaya menindas umat Islam di seluruh dunia. Sedarilah bahawa umat Islam tidak akan mampu bangkit semula  jika tidak membebaskan pemikiran mereka daripada ‘ Mentaliti Hamba’  kepada pemikiran Islam yang bebas daripada pemikiran kufur.


Oleh itu, umat Islam harus sentiasa berwaspada dengan serangan pemikiran kufur dan mesti berusaha untuk membebaskan pemikiran daripada ‘Mentaliti Hamba’. Salah satu medannya adalah media, sama ada media cetak mahupun media elektronik. Medan yang paling besar pada ketika ini sudah pastilah media elektronik dengan menggunakan senjata sosial media seperti facebook, whatsapp, blog, youtube dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, setiap umat Islam boleh menjadi sebahagian daripada unit-unit tentera siber berperang melawan serangan pemikiran kufur. Terdapat banyak penulisan mahupun video yang boleh dijadikan sebagai senjata untuk menentang pemikiran kufur. Jika tidak mampu untuk menghasilkan penulisan  mahupun video atau poster yang dapat digunakan untuk melawan pemikiran-pemikiran kufur, maka jadilah sebagai tentera unit infantry yang berperanan melakukan serangan keatas pemikiran kufur dengan menyebarluaskan pemikiran Islam agar benteng pemikiran kufur dapat dirobohkan.   

Perlu disedari juga bahawa, serangan pemikiran kufur ke atas umat Islam dilakukan secara terancang dan sistematik. Musuh-musuh Islam sudah pasti akan merangka strategi yang berkesan untuk memastikan mereka sentiasa berjaya menawan pemikiran umat Islam. Oleh itu, sinilah peri pentingnya peranan parti politik Islam untuk sentiasa mengawasi dan membongkar segala strategi yang digunakan oleh musuh-musuh Islam. Kegagalan parti politik Islam melakukan perkara tersebut sudah pasti akan memberikan laluan mudah untuk musuh-musuh Islam sentiasa berjaya  menawan pemikiran umat Islam.

No comments:

Post a Comment