Wednesday, 15 January 2014

Polemik Kalimah Allah : Apa yang Umat Islam Perlu Lakukan?

Polemik tuntutan penggunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian dalam bible versi bahasa melayu semakin hangat apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan ke atas Pejabat Bible Society of Malaysia (BSM) di Damansara Kim pada 2 January 2014. Sebanyak lebih kurang 300  Bible bahasa Malaysia dan Iban telah dirampas oleh JAIS serta dua orang pemimpin  BSM iaitu Pengerusi, Lee Min Choon dan Setiausaha Agung, Simon Wong telah diminta ke balai polis untuk diambil kenyataan.

Banyak kenyataan yang telah dikeluarkan daripada pelbagai pihak sama ada mempertahankan mahupun yang mengutuk serbuan tersebut. Bahkan  berapa siri forum yang melibatkan pihak daripada umat Islam dan penganut Kristian  telah diadakan bagi membincangkan isu tersebut. Secara keseluruhannya boleh disimpulkan daripada kenyataan dan respon yang diberikan melalui berapa forum menunjukkan bahawa isu tuntutan penggunaan kalimah Allah memihak kepada penganut Kristian. Apatah lagi beberapa tokoh daripada umat Islam berada di pihak mempertahankan penganut kristian yang menurut mereka telah diperlakukan dengan tidak adil dan melanggar hak kebebasan.

Dari segi undang-undang pula dikatakan bahawa serbuan yang telah dilakukan oleh JAIS ke atas Pejabat Bible Society of Malaysia bertentangan dengan perlembagaan. Umum juga mengetahui bahawa rakyat Malaysia bebas mengamalkan agama masing-masing sebagai hak asas dalam perlembagaan. Dari segi perlembagaan juga, warganegara yang berumur lebih dari 21 tahun mempunyai kebebasan untuk memilih agama. Bahkan, tiang rapuh yang sering digunakan oleh umat Islam untuk mempertahankan kedudukan agama Islam  di Malaysia juga mula dipersoalkan. Dimana, ada pihak daripada umat Islam sendiri yang menyarankan agar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai klausa melarang penyebaran agama lain selain Islam disemak semula. Ianya bertujuan agar agama-agama lain selain agama Islam diberikan hak yang sama untuk disebarkan kepada penganut agama yang lain.

Sebenarnya situasi ini merupakan antara bukti yang menunjukkan bahawa norma-norma yang telah ditanamkan dalam masyarakat serta  undang-undang yang sedia ada sebenarnya telah didesign agar umat Islam berada dalam weak condition serta senang untuk dibuli dan diperbodoh-bodohkan. Bukan sahaja umat Islam di negara kita tetapi umat Islam di seluruh dunia.  Lihat sahaja apa yang berlaku disekeliling kita, umat Islam yang bilangannya begitu ramai tetapi tidak mampu untuk membela umat Islam yang dizalimi di merata dunia, musuh-musuh Islam dengan bebas bila-bila masa saja mereka boleh untuk menghina dan mempersendakan Al-Quran serta junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Musuh-musuh Islam ini boleh saja dengan suka hati membuat percaturan di negeri-negeri umat Islam seolah-olah sedang bermain ‘video game perang’ demi kepentingan mereka tanpa mempedulikan sedikit pun kesengsaraan yang dialami oleh umat Islam. Bagi mereka nyawa umat Islam seperti tiada nilai pun! Inilah yang sedang mereka lakukan di bumi Syria dan Iraq.

Dalam negara kita, adakah umat Islam mampu untuk menghalang anak-anak orang Islam daripada murtad jika mereka telah berumur 21 tahun keatas? Adakah ibu bapa mampu untuk menghalang anak-anak mereka daripada menjadi seperti umat nabi Luth yang dilaknat oleh Allah SWT? Adakah umat Islam mampu untuk berbuat sesuatu yang berkesan untuk menghalang keruntuhan akhlak anak-anak umat Islam yang semakin parah? Anak-anak luar nikah semakin bertambah akibat penzinaan yang semakin berleluasa, apa yang umat Islam boleh buat untuk mencegahnya????

Inilah keadaan umat Islam pada hari ini, berada dalam keadaan yang sangat lemah dan senang untuk dibuli kerana undang-undang dan peraturan dunia secara keseluruhannya pada hari ini telah didesign oleh musuh-musuh Islam. Segala bentuk design yang mereka buat sudah pasti akan memberi kekuatan kepada mereka dan meletakkan umat Islam dalam keadaan yang sangat lemah. Maka sebab itu tidak hairan jika Isu tuntutan Kalimah Allah yang sedang berlaku akan memihak kepada orang Kristian, bahkan bukan isu kalimah Allah sahaja yang akan memihak kepada mereka tetapi juga isu-isu yang lain seperti dalam tuntutan COMANGO.

Oleh itu, umat Islam perlu bangkit dan keluar daripada keadaan yang lemah dan sering buli dengan cara mendesign kehidupan umat Islam dengan sistem peraturan hidup Islam seperti yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasululllah SAW dan Khalifah-khalifah sesudahnya. Design itu adalah Sistem Khilafah.


6 comments:

  1. Adakah isu kalimah Allah ni juga adalah permainan politik demokrasi oleh pihak umno utk menutup kekurangan2 di pihak mereka/kerajaan?... sekadar menjadi hero retorik umat islam??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanfaatkan isu yg sedang berlaku adalah perkara yg sering digunakan dlm politik Malaysia

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Benar. COMANGO menuntut hak kebebasan berpayungkan sistem demokrasi yang jelas-jelas bertentangan dengan agama Islam. Isu kalimah Allah pula menjadi kekeliruan umat yang sebenarnya kalimah Allah tidak perlu dihalang penggunaannya oleh agama lain. Tetapi hak penggunaan ini diputarbelitkan oleh para pemimpin & para ulama kita. Sedangkan hukum Shariah yang masih lagi tidak diterapkan secara kaffah boleh pula mereka berdiam diri! Ini semua angkara ideologi kapitalis yang melahirkan pemimpin-pemimpin yang bacul seperti yang ada sekarang. Kita harus kembali kepada sistem Islam yang pastinya akan mengikuti hukum hakam Islam & menyelesaikan permasalahan umat ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Kita perlu kembali kpd sistem Islam

      Delete
  4. Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka sendiri... Kita perlu berubah. Daripada pemikiran kufur kepada pemikiran Islam, daripada sistem kufur kepada sistem Islam..

    ReplyDelete