Saturday 6 December 2014

Disebalik Kejatuhan Harga Minyak Dunia


Russia merupakan antara Negara yang paling terjejas teruk akibat daripada kejatuhan harga minyak dunia, bahkan ada yang menjangkakan Russia bakal mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2015. Baru-baru ini, Menteri kewangan Russia mengesahkan bahawa Russia telah kerugian sebanyak USD 140 billion (RM 486.39 billion) setahun ekoran daripada kejatuhan harga minyak dunia. Keadaan ini sudah tentunya akan menjejaskan ekonomi kerajaan Russia kerana ekonomi Russia bergantung sebanyak 25 peratus kepada hasil eksport bahan bakar (tenaga). Manakala separuh daripada budget kerajaan Russia pula datangnya daripada hasil jualan bahan bakarnya. 

Oleh itu kejatuhan harga minyak dunia sangat memberi kesan kepada ekonomi Russia, dimana ekonomi Russia akan mengalami kerugian sebanyak USD 1 billion ( RM3.47 Billion) pada setiap kejatuhan harga minyak sebanyak USD 1 apabila harga minyak dunia kurang daripada harga USD105 setong. Sebenarnya krisis ekonomi yang sedang melanda Russia ketika ini ekoran daripada kejatuhan secara mendadak harga minyak dunia mempunyai kaitan dengan konflik yang sedang berlaku di Ukraine. Ini kerana, Amerika telah beralih menggunakan minyak sebagai senjata untuk melemahkan Russia setelah pendekatan secara politik dan diplomatik gagal untuk menundukkan agenda Russia di negara Ukraine. 


Hubungan erat diantara Amerika Syarikat dengan Arab Saudi yang merupakan pengeluar minyak terbesar dunia, telah memberikan kelebihan kepada Amerika Syarikat menggunakan minyak sebagai senjata untuk menundukkan Russia. Ini dapat dilihat apabila kerajaan Arab Saudi serta merta telah meningkatkan pengeluaran dan menurunkan harga minyaknya sebaik sahaja Setiausaha Negara Amerika Syarikat iaitu John Kerry selesai membuat pertemuan dengan King Abdullah pada bulan September di Jeddah.  

Hasilnya Arab Saudi dapat menurunkan harga minyak sehingga mencapai break-even (Balik Modal / Perbelanjaan = Pendapatan) kurang daripada USD 30 setong dalam belanjawan negaranya, sedangkan break-even pengeluaran minyak Russia pula ialah USD 105 setong. Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi tersebut telah menyumbang kepada kejatuhan harga minyak di pasaran dunia sehingga ke paras  USD 65.84 setong ( 4/12/14). Situasi ini telah memberikan kesan serta merta kepada kerajaan Russia apabila pentadbiran Presiden Putin terpaksa mengurangkan perbelanjaan pertahanan negaranya. Namun harus difahami bahawa, Russia bukanlah kerajaan kecil atau lemah yang boleh dibuli dengan semudahnya.

Walaupun Russia yang dulu dikenali sebagai Soviet Union telah menjadi lemah selepas tamatnya perang dingin pada tahun 1991, tetapi Russia sehingga hari ini masih kekal sebagai kuasa nombor dua dunia dan merupakan antara negara yang mampu mencabar Amerika dalam pentas politik antarabangsa. Apatah lagi, ketika ini Russia merupakan pengeksport terbesar minyak dan gas ke Kesatuan Eropah, ¼ keperluan gas negara-negara dalam Kesatuan Eropah dibekalkan oleh Kerajaan Russia, dimana 80% daripadanya disalurkan melalui paip merentasi negara Ukraine. 

Oleh itu Russia boleh sahaja bertindak balas memberikan tekanan balik kepada Amerika dan Kesatuan Eropah dengan memotong bekalan minyak dan gas ke Kesatuan Eropah atau menolak pembelian minyak dan gasnya menggunakan USD. Persengketaan dan political game yang dilakukan oleh kedua-dua kuasa besar tersebut iaitu Amerika Syarikat dan Russia adalah untuk menjaga kepentingan masing-masing sahaja, namun negara-negara kecil seperti Malaysia turut tidak terlepas menjadi menjadi mangsa.

3 comments:

  1. Ini apalah punya penulisan/pendapat ni..?

    Masakan anda berkata - "Persengketaan dan political game yang dilakukan oleh kedua-dua kuasa besar tersebut iaitu Amerika Syarikat dan Russia adalah untuk menjaga kepentingan masing-masing sahaja, namun negara-negara kecil seperti Malaysia turut tidak terlepas menjadi menjadi mangsa..."

    Salah tu..!

    Kalaulah Russia menggunakan hasil minyak untuk mempertahankan ekonominya.., maka Amerika menggunakan hasil minyak siapa.., kalau bukannya Arab Saudi..? Maka.., Amerika mempergunakan & mempercacaikan Arab Saudi (sebuah negara Islam) untuk melumpuh Russia. Apa hal..?

    Kenapa pulak Arab Saudi yang bangang menurut telunjuk Amerka.., tapi anda nak salahkan Russia jugak..? Biar betul sikit.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia sekarang turut terkesan akibat daripada kejatuhan harga minyak dunia, pada pendapat saudara mengapa harga minya dunia jatuh?

      Delete
    2. Salah tu betullah kata penulis. Arab saudi adalah sekutu rapat amerika, kena tahu dlm hadith ada sebut ttg hijaz iaitu pemimpin saudi, mereka hingga hari ini masih mengikut telunjuj amerika. Tiada apa hal langsung dah mmg begitu, selagi kerjaan saudi belum digulingkan ,dudah bangyak sengketa antara putera putera mereka.

      Delete