Sunday, 26 January 2014

Syrian Uprising : Pentingnya Political Concepts

Political solution yang ingin dicapai oleh Amerika dan sekutu-sekutunya agar Western Project berjaya dicapai di Syria ialah pembentukan sebuah kerajaan sementara yang mempunyai kuasa eksekutif yang penuh termasuklah mempunyai kuasa penuh terhadap ketenteraan dan keselamatan dalam negara. Kerajaan sementara tersebut berperanan sebagai kerajaan transisi ke arah pembentukan sebuah kerajaan Demokratik yang akan menggantikan pemerintahan Rejim Bashar Assad. Inilah perancangan utama yang sedang diusahakan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya di bumi Syria. Jika perancangan tersebut tercapai, maka, kebangkitan umat Islam di Syria yang telah berlangsung selama 3 tahun dan mengorbankan lebih daripada 130,000 nyawa akan berakhir seperti kebangkitan umat Islam di Tunisia, Libya dan Mesir. Manakala, Islamic Project yang diperjuangkan dengan titisan darah umat Islam Syria juga akan berakhir dengan kegagalan dan segala harapan umat Islam di seluruh dunia untuk melihat semula kebangkitan kuasa Islam juga tidak kesampaian.




Namun begitu, jika perancangan Amerika dan sekutu-sekutunya dapat digagalkan dan Islamic Project yang sedang diusahakan oleh umat Islam di bumi Syria berjaya direalisasikan, maka dengan izin Allah SWT, harapan untuk melihat kebangkitan semula Islam sebagai kuasa dunia akan bertambah cerah. Kebangkitan semula Islam sebagai kuasa dunia sudah pasti akan menjadi mimpi ngeri kepada Amerika dan sekutu-sekutunya yang selama ini telah membunuh ratusan ribu nyawa serta merompak kekayaan hasil bumi umat Islam di seluruh dunia. Selain itu, kejayaan Islamic Project juga sudah pasti akan mengubah nasib umat Islam yang selama ini ditindas dan hidup dalam keadaan yang jauh daripada kehidupan Islam kepada menjadi umat yang di segani lagi dihormati dan yang paling penting umat Islam akan kembali hidup dalam kehidupan Islam seperti generasi Islam terdahulu.



Persoalannya, apakah kunci utama yang akan menentukan KEJAYAAN Islamic Project dan KEGAGALAN Western Project di bumi Syria??? Kunci utamanya ialah Political Concepts of Islam. Untuk tercapainya kejayaan Islamic Project di bumi Syria kebangkitan umat Islam di Syria mesti di pandu dengan Political Concepts of Islam. Political Concepts of Islam perlu difahami dan dihayati dalam kebangkitan umat Islam di Syria. Ini kerana, kebangkitan yang dipandu dengan Political Concepts of Islam, maka, segala perancangan, percaturan, tipu daya dan konspirasi yang dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya akan dapat dibaca dan difahami. Pada masa yang sama, dengan panduan Political Concepts of Islam ke mana halatuju kebangkitan umat Islam di Syria akan lebih jelas. Kejelasan itu termasuklah apakah bentuk negara yang akan didirikan. Dengan itu, kebangkitan yang dipantu oleh Political Concepts of Islam mempunyai kayu ukur dan penanda aras yang sangat jelas dalam setiap keputusan dan tindakannya.


Sejarah telah membuktikan keberanian dan semangat jihad yang tinggi umat Islam di medan peperangan menentang musuh-musuh Islam terutamanya kuasa-kuasa kolonial barat. Bahkan keberanian dan semangat jihad yang tinggi umat Islam masih dapat disaksikan sehingga ke hari ini. Walaupun Amerika yang dilengkapi dengan persenjataan yang serba canggih namun sehingga ke hari ini masih belum dapat mengalahkan sepenuhnya penentangan umat Islam di bumi Iraq dan Afghanistan. Begitu juga dengan keberanian dan semangat jihad yang sedang ditunjukkan oleh umat Islam di Syria menentang rejim Bashar Assad.

Namun apa yang harus di insafi daripada sejarah perjuangan umat Islam menentang kuasa-kuasa kolonial barat ialah walaupun umat Islam telah berjaya mengalahkan dan menghalau kuasa-kuasa kolonial secara fizikal, namun secara halus kuasa-kuasa kolonial tersebut tetap juga meneruskan penguasaan dan hegemoni mereka di bumi umat Islam. Ini berlaku apabila kuasa-kuasa kolonial barat telah berjaya melakukan percaturan dan sandiwara untuk meletakkan agen-agen mereka menerajui pemerintahan negeri-negeri umat Islam setelah mereka keluar. Inilah senario yang telah berlaku di kebanyakkan negeri-negeri umat Islam termasuklah Turki, Tunisia, Libya, Iraq, Mesir dan lain-lain lagi. Mustafa Kemal Atatürk sebagai contoh, merupakan agen British yang dipopularkan dengan sandiwara yang dirancang oleh British sebagai perjuangan hebat rakyat Turki untuk menghalau keluar British dari bumi Turki. Sandiwara tersebut akhirnya telah memperdayakan rakyat Turki yang memberikan kepercayaan kepada Mustafa Kemal Atatürk. Dengan kepercayaan tersebut Mustafa Kemal Atatürk telah berjaya menyempurnakan misi British untuk meruntuhkan Daulah Khilafah Islamiyah di Turki pada 3 Mac 1924.

Begitu juga dengan Habib Bourguiba di Tunisia, Gamal Abdel Nasser di Mesir, Muammar Gaddafi di Libya, Hafez al-Assad di Syria dan pemimpin-pemimpin lain di kebanyakan negeri-negeri umat Islam. Mereka hakikatnya telah berjaya dipopularkan dengan sandiwara ciptaan kuasa-kuasa kolonial barat sendiri sebagai pemimpin hebat yang menentang kuasa-kuasa kolonial barat sehinggakan umat Islam memberikan kepercayaan kepada mereka. Setelah mereka mendapat kepercayaan dan kuasa pemerintahan daripada umat Islam, barulah mereka menunjukkan wajah sebenar mereka yang merupakan agen kepada kuasa-kuasa kolonial barat. Mereka mentadbir negeri-negeri umat Islam dengan undang-undang tinggalan kolonial barat serta sentiasa memastikan kepentingan tuan mereka  di negeri-negeri umat Islam sentiasa terjaga.



Bukan itu sahaja, umat Islam yang bangkit menentang mereka, dipenjarakan bahkan ramai yang dibunuh. Pemimpin-pemimpin khianat tersebut juga menjarah kekayaan umat Islam untuk kepentingan mereka. Mereka hidup serba mewah sedangkan umat Islam hidup dalam keadaan kesempitan. Apabila umat Islam yang telah hidup dalam keadaan tertindas hampir 50 tahun bangkit semula menjatuhkan rejim-rejim yang merupakan agen bekas kuasa-kuasa kolonial barat sehingga muncul fenomena Arab Spring, muncul seribu harapan umat Islam di seluruh dunia akan kebangkitan semula Islam. Namun harapan itu musnah sekali lagi apabila pengorbanan umat Islam menjatuhkan rejim-rejim yang zalim telah dimanfaatkan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya.

Umat Islam keluar ke lapangan menjatuhkan rejim-rejim zalim sehingga ramai yang terkorban. Manakala, Amerika dan kuasa-kuasa barat serta pemimpin-pemimpin umat Islam yang khianat membuat percaturan dan konspirasi dibelakang untuk memastikan regime change tidak akan menyebabkan kepentingan Amerika dan kuasa-kuasa barat di negeri-negeri umat Islam terjejas. Akhirnya segala pengorbanan umat Islam menjatuhkan rejim-rejim zalim di Tunisia, Libya dan Mesir tidak memberikan apa-apa makna apabila pemimpin-pemimpin yang naik menggantikan rejim adalah pemimpin-pemimpin yang  mengikut telunjuk dan tetap menjaga kepentingan Amerika dan sekutu-sekutunya.

Kenapa kisah sedih kebangkitan umat Islam ini berlaku lagi??? Jawapannya adalah kerana kebangkitan umat Islam di negeri-negeri tersebut tidak dipandu dengan Political Concepts of Islam…. bersambung

2 comments:

  1. apa itu Political Concepts of Islam...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah saya akan hasilkan penulisan politcal concepts of islam khusus utk situasi di syria

    ReplyDelete