Saturday 4 January 2014

Sambungan 2 - Rundingan Geneva 2 Adalah Strategi Amerika Dan Rusia Untuk Merampas Revolusi Umat Islam Syria

Sambungan daripada

1. http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2013/11/rundingan-geneva-2-adalah-strategi.html
2. http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2013/11/sambungan-1-rundingan-geneva-2-adalah.html

Tarikh Rundingan Geneva II telah diumumkan akan diadakan pada 22hb Jan 2014. Halangan terbesar untuk tercapainya matlamat Geneva II ialah bagaimana untuk menundukkan kumpulan-kumpulan penentang yang menentang Rejim Bassar Assad agar tunduk kepada sebarang resolusi Geneva II. Matlamat utama Geneva II ialah pembentukan sebuah kerajaan sementara yang mempunyai kuasa eksekutif yang penuh termasuklah mempunyai kuasa penuh terhadap ketenteraan dan keselamatan dalam negara. Kerajaan sementara ini merupakan sebuah kerajaan transisi kepada pembentukan sebuah Kerajaan Demokratik yang akan menggantikan kerajaan Rejim Bassar Assad.

SNC telah pun melantik Interim Prime minister (Perdana Menteri Sementara) iaitu Ahmad Tumeh al-Khader seorang dentist untuk mengetuai kerajaan sementara jika matlamat Geneva II tercapai. SNC hanyalah sebuah badan yang ditubuhkan untuk menjayakan ‘ Western Project’ di bumi Syria namun tidak mempunyai pengaruh ke atas kumpulan-kumpulan penentang yang berperang menentang Rejim Bassar Assad. Oleh itu, bagi menjayakan matlamat utama Geneva II kuasa-kuasa barat yang diketuai oleh Amerika sedang berusaha melalui agen-agennya agar dapat mengawal  kumpulan-kumpulan jihad yang berperang dilapangan menentang Rejim Bassar Assad supaya mengiktiraf SNC sebagai pihak yang mewakili kumpulan-kumpulan penentang. Ini perkara penting yang sedang diusahakan oleh Amerika. Segala macam bentuk percaturan digunakan demi mencapai tujuan ini.

Antara kumpulan penentang Rejim Bassar Assad yang perlu ditundukkan agar memberikan sokongan dan pengiktirafan ke atas SNC ialah Free Syrian Army (FSA). FSA yang diketuai oleh  Jeneral Salim Idriss baru-baru ini secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Rundingan Geneva II. FSA yang sejak awal revolusi lagi sebenarnya telah mendapat bantuan kewangan dan ketenteraan daripada Amerika dan negara-negara barat yang meninginkan sebuah kerajaan Demokratik dibentuk selepas kejatuhan Bassar Assad. Dalam wawancara bersama TV Al-Jazeera, Jeneral Salim secara terbuka menyeru agar negara-negara barat akan terus memberikan bantuan kepada FSA untuk menjatuhkan Kerajaan Bassar Assad.

Kedua ialah kumpulan-kumpulan jihad. Peranan untuk mempengaruhi sebahagian kumpulan-kumpulan jihad dimainkan oleh ‘Suadara Tiri’ Amerika Syarikat iaitu Saudi Arabia. Kerajaan Saudi telah berjaya menanam pengaruh ke atas beberapa kumpulan-kumpulan jihad dengan memberikan bantuan ketenteraan dan bantuan kewangan yang cukup besar kepada kumpulan-kumpulan jihad tersebut untuk menentang Rejim Bassar Assad. Kumpulan-kumpulan jihad tersebut yang terdiri daripada 43 kumpulan telah bergabung membentuk Jaysh al-Islam. Kerajaan Saudi telah menggunakan pengaruhnya ke atas Jaysh al - Islam agar memberikan sokongan kepada usaha yang sedang dilakukan SNC dan General Salim Idriss untuk menjayakan matlamat Geneva II.

Terlalu aneh tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Saudi ini. Kerajaan Saudi merupakan sebuah kerajaan Rejim sama seperti kerajaan Bassar Assad membantu SNC ke arah pembentukan kerajaan Demokratik di Syria?! Umum mengetahui bagaimana eratnya hubungan Kerajaan Saudi dengan Amerika, sebenarnya tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Saudi adalah semata-mata membantu menjayakan perancangan Amerika. Amerika dan negara-negara barat memberikan bantuan kepada FSA, Saudi pula memberikan bantuan kepada beberapa kumpulan-kumpulan jihad dengan tujuan agar Amerika dan negara-negara barat dapat membentuk sebuah kerajaan Demokratik selepas kejatuhan Rejim Bassar Assad.

Walaubagaimana pun FSA sebenarnya tidak mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam lapangan peperangan menentang Rejim Bassar Assad, bahkan baru-baru ini Amerika dan Negara-negara barat telah mengantung bantuan kepada FSA kerana bimbang bantuan yang mereka berikan kepada FSA akan jatuh ke tangan kumpulan-kumpulan Mujahidin yang mempunyai agenda ‘ Islamic Project’ di bumi Syria.

Berkenaan Jaysh al - Islam yang telah berjaya dipengaruhi oleh Kerajaan Saudi, jika mereka tunduk kepada ‘arahan’ Kerajaan Saudi agar mengiktiraf SNC sebagai wakil kumpulan penentang dalam Rundingan Geneva II, sudah pasti ianya akan memberikan tekanan kepada kumpulan-kumpulan jihad yang lain dalam Islamic coalition  seperti Jubhat an-Nusrah, Ahrar ash-Sham, Liwaa at-Tawheed dan beberapa lagi kumpulan…. bersambung

No comments:

Post a Comment