Wednesday, 26 February 2014

Apakah Perancangan Amerika di Syria selepas Kegagalan Rundingan Geneva II ?

Rundingan Geneva II pusingan pertama diadakan dari 22/01/14 hingga 31/01/14 dan disambung dengan rundingan pusingan kedua bermula dari 10/02/14 hingga 15/02/14. Oleh kerana kedua - dua pusingan tersebut masih gagal mencapai persetujuan terhadap political solution bagi menamatkan konflik yang telah berlanjutan selama tiga tahun serta mengorbankan ratusan ribu rakyat Syria, maka rundingan Geneva II diberitakan akan diteruskan dengan pusingan yang ketiga.  Namun,  sehingga kini tarikh rundingan pusingan ketiga masih belum dapat ditetapkan lagi. Kegagalan rundingan tersebut dikatakan berpunca kerana masing-masing pihak iaitu SNC dan wakil kerajaan Rejim Bashar Assad berkeras dengan pendirian masing-masing. SNC menuntut agar sebuah kerajaan transisi dengan kuasa eksekutif ditubuhkan tanpa penyertaan Bashar Assad manakala wakil kerajaan Rejim Bashar Assad pula mendesak agar usaha ditumpukan kepada menghapuskan ‘pengganas’.

Kegagalan rundingan Geneva II yang telah ditangguhkan beberapa kali sebelum dapat diadakan pada 22/01/14 sememangnya telah dijangkakan oleh ramai pihak. Ini  kerana sehingga rundingan dilangsungkan, SNC masih tidak berjaya mendapat pengiktirafan daripada kumpulan-kumpulan mujahidin yang berperang menentang rejim Bashar Assad sebagai pihak yang mewakili kebangkitan rakyat Syria. Walaupun bermacam-macam  percaturan dan konspirasi telah dilakukan oleh Amerika dengan bantuan pemimpin-pemimpin Islam yang khianat untuk memperdayakan kumpulan-kumpulan mujahidin. Oleh itu, Rundingan Geneva II yang telah berlangsung sebanyak dua pusingan hanyalah sebuah lakonan yang tidak mempunyai skrip yang lengkap untuk menghasilkan sebuah jalan cerita seperti yang dikehendaki oleh Amerika dan sekutu-sekutunya.

Walaupun Rundingan Geneva II yang telah berlangsung sebanyak dua pusingan telah gagal mencapai objektif seperti yang dikehendaki oleh Amerika dan sekutu-sekutunya, namun itu tidak bermakna Amerika dan sekutu-sekutunya akan berhenti daripada melakukan sesuatu untuk merampas kebangkitan umat Islam Syria. Jika konspirasi Geneva II tidak berjaya, maka Amerika dan sekutu-sekutunya sudah pasti akan beralih kepada perancangan yang lain kerana asasnya adalah mereka sesekali tidak akan membenarkan kebangkitan umat Islam Syria berakhir dengan tertegaknya semula Daulah Khilafah. Apakah perancangan seterusnya yang akan dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya untuk menghalang kebangkitan umat Islam Syria daripada berakhir dengan tertegaknya semula Daulah Khilafah???

Setelah pelbagai bentuk konspirasi yang telah dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya serta dibantu oleh pemimpin-pemimpin umat Islam yang khianat tidak berhasil,  ada dua kemungkinan yang akan dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Pertama, membiarkan peperangan terus berlanjutan sehingga umat Islam Syria tidak sanggup lagi untuk meneruskan peperangan dan menerima sebarang ‘penyelesaian’ yang didesignkan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Untuk itu, Amerika akan membiarkan rejim Bashar Assad terus - menerus melakukan pembunuhan dengan kejam serta memusnahkan kediaman umat Islam Syria. Selain itu, rejim Bashar Assad juga menggunakan taktik “starve or surrender” bagi melemahkan semangat serta memberikan tekanan terhadap kebangkitan umat Islam Syria agar memilih untuk tidak meneruskan penentangan.





Pilihan kedua ialah masuk ke Syria secara ketenteraan dengan mandat PBB atas alasan misi keamanan dan kemanusian. Amerika sudah pasti akan memanfaatkan misi tersebut untuk menggunakan tentera-tentera daripada negeri-negeri umat Islam sendiri bagi membantu menjayakan perancangan Amerika dan sekutu-sekutunya di bumi Syria. Untuk itu, Amerika dan sekutu-sekutunya sudah pasti akan sekali lagi mementaskan sandiwara untuk menarik emosi serta mengaburi masyarakat antarabangsa termasuklah umat Islam di seluruh dunia bahawa misi ketenteraan sangat perlu dilakukan demi menyelamatkan rakyat Syria. 

Berdasarkan situasi semasa, ternyata kebangkitan umat Islam Syria tidak dapat di tundukan dengan perancangan yang pertama walaupun umat Islam Syria telah hidup dengan penuh kesengsaraan sejak kebangkitan bermula tiga tahun yang lepas serta kini diancam pula dengan kebuluran. (Sungguh luar biasa kesabaran dan ketabahan umat Islam Syria, semoga Allah memberikan mereka kemuliaan dengan Islam kembali memayungi dunia dengan tertegaknya semula Daulah Khilafah hasil kebangkitan mereka).


              
Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mu'min bertawakkal. [Ali-Imran :160]

Oleh itu, berkemungkinan besar Amerika dan sekutu-sekutunya akan menggunakan perancangan yang kedua iaitu merampas kebangkitan umat Islam Syria dengan kuasa ketenteraan. Jika perancangan ini yang dilaksanakan, maka, umat Islam di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab yang sangat BESAR untuk melakukan political struggle dan perang pemikiran untuk menghalang tentera-tentera umat Islam daripada dipergunakan untuk menjayakan agenda  Amerika dan sekutu-sekutunya di bumi Syria. Tentera-tentera kaum muslimin sepatutnya berperanan membela umat Islam Syria dan memberikan pertolongan kepada usaha menegakkan semula Daulah Khilafah.

Artikel-artikel Berkaitan
1. Rundingan Geneva II : Apa Yang Perlu Di Fahami
2. Kebangkitan Syria : Perlunya Penyatuan Dan Muhasabah untuk ISIS
3. Krisis Iraq : Matlamat dan Strategi Amerika Syarikat
4. ISIS Buah Catur US, dari Mosul Menuju Baghdad

Friday, 21 February 2014

Misi Perang Pemikiran untuk Membebaskan ‘Mentaliti Hamba’

Perang pemikiran merupakan peperangan yang cukup penting dan sangat kritikal untuk dimenangi oleh umat Islam dalam perjuangan kebangkitan semula Negara Islam iaitu Daulah Khilafah. Daulah Khilafah yang telah memayungi dunia dengan sistem pemerintahan Islam selama 1400 tahun lamanya berjaya dijatuhkan oleh kuasa-kuasa barat khususnya British berpunca daripada kekalahan umat Islam dalam perang pemikiran. Di mana, kuasa-kuasa barat telah berjaya menawan pemikiran dengan memasukkan secara halus idea nasionalisme ke dalam pemikiran umat Islam yang akhirnya telah membawa kepada kelemahan dan perpecahan sesama umat Islam. Serangan pemikiran barat juga telah menyebabkan umat Islam semakin semakin jauh daripada pemikiran Islam.

Begitu juga dengan kewujudan negara haram Israel di tanah suci Palestine. Ianya berjaya didirikan bukanlah kerana kemenangan Israel di medan peperangan, tetapi ianya berpunca daripada kejayaan musuh-musuh Islam menawan pemikiran umat Islam. Walaupun negara haram Israel yang didirikan berada di tengah-tengah negeri kaum muslimin namun tentera-tentera Israel dengan bermaharajalela boleh melakukan apa sahaja di tanah suci umat Islam termasuklah membunuh sesuka hati umat Islam Palestine. Pemimpin dan tentera umat Islam yang berada di sekeliling negara haram Israel hanya berpeluk tubuh menyaksikan saudara seaqidah mereka dizalimi dan dibunuh bahkan sering membantu memudahkan tentera Israel untuk menangkap dan membunuh umat Islam yang bangkit menentang kekejaman Israel. 

Kenapa sebodoh dan sekeji itu pemimpin dan tentera umat Islam??? Jawapannya adalah kerana pemikiran mereka telah ditawan oleh pemikiran nasionalisme dan pemikiran-pemikiran kufur yang lain. Pemikiran umat Islam yang telah ditawan oleh pemikiran kufur akhirnya menjadikan mereka sebagai seorang muslim yang ‘bermentaliti hamba’ yang patuh kepada kehendak tuannya iaitu negara-negara Barat khususnya Amerika. Maka sebab itu tidak menghairankan apabila pemimpin-pemimpin umat Islam sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh rakyatnya sendiri semata-mata untuk menjaga dan mempertahankan kepentingan Amerika, kerana mereka adalah pemimpin ‘bermentaliti hamba’ yang bertuankan kepada pemikiran kufur.

‘Mentaliti Hamba’ bukan hanya dialami oleh pemimpin-pemimpin umat Islam tetapi juga turut dialami oleh ramai umat Islam. Umat Islam yang ‘bermentaliti hamba’ akan sentiasa merujuk kepada badan-badan dunia serta undang-undang antarabangsa untuk mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang menimpa umat Islam. Walhal, badan-badan dunia seperti PBB dan undang-undang antarabangsa telah didesign mengikut kepentingan musuh-musuh Islam serta bagi memastikan Islam tidak akan bangkit semula sebagai kuasa dunia.

Sebenarnya kuasa-kuasa barat terus menerus sehingga kini melakukan serangan pemikiran bagi memastikan pemikiran umat Islam sentiasa ditawan dengan pemikiran kufur. Buktinya adalah apabila bercakap tentang soal pemerintahan, umat Islam tidak boleh berfikir selain daripada DEMOKRASI!  DEMOKRASI! DEMOKRASI!. Apabila bercakap tentang soal hak, satu-satunya penyelesaian yang mereka boleh fikirkan adalah KEBEBASAN HAK ASASI. Apabila bercakap tentang cara untuk mengembangkan ekonomi, tidak boleh lari daripada unsur KAPITALISME. Inilah realiti ‘ Mentaliti Hamba’ yang sedang dialami oleh umat Islam di seluruh dunia. ‘Mentaliti Hamba’ inilah yang  menyebabkan kuasa-kuasa barat dan musuh-musuh Islam terus-menerus berjaya menindas umat Islam di seluruh dunia. Sedarilah bahawa umat Islam tidak akan mampu bangkit semula  jika tidak membebaskan pemikiran mereka daripada ‘ Mentaliti Hamba’  kepada pemikiran Islam yang bebas daripada pemikiran kufur.


Oleh itu, umat Islam harus sentiasa berwaspada dengan serangan pemikiran kufur dan mesti berusaha untuk membebaskan pemikiran daripada ‘Mentaliti Hamba’. Salah satu medannya adalah media, sama ada media cetak mahupun media elektronik. Medan yang paling besar pada ketika ini sudah pastilah media elektronik dengan menggunakan senjata sosial media seperti facebook, whatsapp, blog, youtube dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, setiap umat Islam boleh menjadi sebahagian daripada unit-unit tentera siber berperang melawan serangan pemikiran kufur. Terdapat banyak penulisan mahupun video yang boleh dijadikan sebagai senjata untuk menentang pemikiran kufur. Jika tidak mampu untuk menghasilkan penulisan  mahupun video atau poster yang dapat digunakan untuk melawan pemikiran-pemikiran kufur, maka jadilah sebagai tentera unit infantry yang berperanan melakukan serangan keatas pemikiran kufur dengan menyebarluaskan pemikiran Islam agar benteng pemikiran kufur dapat dirobohkan.   

Perlu disedari juga bahawa, serangan pemikiran kufur ke atas umat Islam dilakukan secara terancang dan sistematik. Musuh-musuh Islam sudah pasti akan merangka strategi yang berkesan untuk memastikan mereka sentiasa berjaya menawan pemikiran umat Islam. Oleh itu, sinilah peri pentingnya peranan parti politik Islam untuk sentiasa mengawasi dan membongkar segala strategi yang digunakan oleh musuh-musuh Islam. Kegagalan parti politik Islam melakukan perkara tersebut sudah pasti akan memberikan laluan mudah untuk musuh-musuh Islam sentiasa berjaya  menawan pemikiran umat Islam.

Friday, 14 February 2014

PRK Kajang : Hak dalam Demokrasi dan Perlembagaan






Perletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang telah menyebabkan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan pada 23 Mac 2014 nanti. Walaupun hari penamaan calon adalah pada 11 Mac 2014, namun Pakatan Rakyat khususnya daripada PKR telah mengumumkan secara rasmi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diletakkan sebagai calon dalam PRK Kajang. Manakala sehingga kini, Barisan Nasional (BN) pula masih belum jelas pendiriannya sama ada akan meletakkan calon atau tidak untuk menentang Anwar Ibrahim bagi merebut kerusi DUN Kajang.

Walaupun ada pihak termasuk daripada pakatan rakyat sendiri yang mempertikaikan tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah sebagai tindakan yang membazir dan tidak berintegriti. Namun harus difahami bahawa tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan walaupun tanpa sebab yang difikirkan munasabah merupakan hak beliau yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia, mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen juga mempunyai hak untuk meletakkan jawatan pada bila-bila masa yang mereka kehendaki walaupun hanya untuk ‘suka-suka’. Oleh itu, sebenarnya tidak timbul soal membazir atau tidak berintegriti kerana ianya adalah hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Begitu juga dengan tindakan SPR menetapkan tarikh penamaan calon yang sangat lama dari tarikh kerusi DUN Kajang dikosongkan. Itu adalah hak SPR yang diperuntukkan dalam Perlembagaan, walaupun pada hari penamaan calon adalah hari yang sama Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berhujah di Parlimen sebagai ketua pembangkang.  

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan mempunyai perlembagaan yang telah digubal oleh Suruhanjaya Reid sebagai undang-undang tertinggi, maka mana-mana individu, kumpulan atau parti politik mempunyai hak-hak tertentu yang telah dijamin berdasarkan amalan demokrasi dan peruntukan dalam Perlembagaan. Secara asasnya sesiapa pun tidak dianggap salah atau ‘berdosa’ dalam apa jua tindakan yang dilakukan selagi tindakan tersebut tidak bertentangan dengan amalan demokrasi dan perlembagaan Malaysia. Oleh itu, mana-mana pihak sama ada parti kerajaan atau pembangkang berhak untuk memanfaatkan segala prinsip demokrasi dan peruntukan yang diberikan dalam perlembagaan untuk mencapai agenda politik masing-masing. Tidak kiralah apa bentuk percaturan atau siyasah syar'iyah mahupun maqasid yang ingin di raih ianya tidak salah atau ‘berdosa’ selagi selari dengan prinsip demokrasi dan peruntukan perlembagaan. Begitu jugalah hak yang dimiliki dari segi mengamalkan agama masing-masing termasuklah hak yang dimiliki oleh umat Islam.

Umat Islam berhak untuk mengamalkan segala ajaran Islam selagi ianya tidak bertentangan dengan amalan Demokrasi dan Perlembagaan Malaysia. Segala perintah dan larangan Allah harus diselaraskan dengan amalan demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Malaysia. Ini kerana, mengamalkan ajaran Islam terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah akan dianggap salah atau ‘berdosa’ jika bertentangan dengan amalan demokrasi dan peruntukan undang-undang dalam perlembagaan. Begitu jugalah dengan tuntutan yang dibuat oleh COMANGGO agar golongan LGBT dan orang Islam yang ingin murtad tidak dianggap salah atau ‘berdosa’ selagi ianya selari dengan amalan demokrasi dan Perlembagaan Malaysia. Bahkan sebenarnya umat Islam yang menentang tuntutan yang dibuat oleh COMANGGO berada dalam pihak yang ‘berdosa’ kerana cuba menghalang hak COMANGGO yang dijamin dalam amalan demokrasi dan Perlembagaan Malaysia.

Oleh itu, dalam suasana menuju PRK Kajang mana-mana pihak sudah pasti akan memanfaatkan segala ruang yang disediakan dalam amalan demokrasi dan peruntukan perlembagaan demi mencapai matlamat politik masing-masing. Bagi umat Islam yang berjuang dalam demokrasi, apakah percaturan politik ataupun siyasah syar'iyah yang mereka dilakukan diambil kira sama ada bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah atau tidak? Bukan itu ukuran utama mereka. Ukurannya adalah amalan demokrasi dan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Malaysia. Berbezaan mereka dengan orang-orang bukan Islam dan kelompok sekulara hanyalah pada kandungan kata-kata motivasi yang diberikan kepada ahli masing-masing dan juga istilah-istilah yang digunakan dalam tindakan politik mereka.

Friday, 7 February 2014

Syrian Uprising : Kenali Amerika dan Menangi Dua Medan Peperangan

1. Kenali Dan Fahami Amerika Syarikat

Selepas tamatnya Perang Dunia II dan sehingga kini Amerika Syarikat masih lagi kekal menjadi kuasa superpower atau negara nombor satu. Amerika Syarikat menggunakan kedudukannya sebagai kuasa superpower untuk menentukan hala tuju politik dunia serta mendesign undang-undang antarabangsa agar kepentingan Amerika sentiasa terjaga. Amerika berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai superpower sehingga kini walaupun sering dicabar oleh negara-negara lain khususnya Russia dan kini China.



Sebagai kuasa superpower pada masa kini, Amerika mempunyai banyak kepentingan di negara-negara lain yang mesti dijaga. Kepentingan dari segi bekalan bahan bakar, pasaran, laluan perdagangan, pelaburan dan lain-lain lagi. Kesemua kepentingan ini sangat penting dalam survival Amerika sebagai sebuah negara termaju di dunia pada masa kini kerana rakyatnya telah ‘dibesarkan’ dan ‘dimanjakan’ dengan kemodenan serta kemewahan. Oleh itu, Amerika tidak punya pilihan lain melainkan mesti sentiasa memastikan kekal sebagai negara superpower agar segala kepentingannya di seluruh pelusuk dunia dapat dijaga. Maka, Amerika sama sesekali tidak akan membiarkan mana-mana negara untuk cuba mengambil kedudukannya sebagai kuasa nombor satu dunia. Amerika pasti akan mencatas atau menghalangnya dengan segala macam bentuk percaturan, bahkan Amerika tidak akan teragak-agak untuk mengunakan kuasa ketenteraan yang dimilikinya jika diperlukan.


Amerika sentiasa berada jauh dihadapan dalam membangunkan bidang ketenteraan. Misalnya, pada tahun 2013 Amerika memperuntukkan sebanyak 682 Billion USD untuk perbelanjaan ketenteraan , diikuti oleh negara China sebanyak 166 Billon USD dan Russia sebanyak 97.7 USD. Manakala Turki yang merupakan negeri umat Islam yang paling kehadapan dalam memajukan bidang ketenteraan berbanding dengan negeri-negeri umat Islam yang lain hanya memperuntukkan dana untuk ketenteraan sebanyak 18.2 Billion USD. Selain itu, Amerika juga memperuntukkan dana yang sangat besar kepada enam belas agensi perisikannnya. Di mana pada tahun 2013 Amerika telah berbelanja sebanyak 52.6 billion USD untuk Non-military intelligence dan sebanyak 23 billion USD untuk Military intelligence programs, angka tersebut lebih tinggi daripada yang dibelanjakan oleh  Amerika untuk perisikan ketika era perang dingin. Pada tahun 2010, The Washington Post melaporkan bahawa sebanyak 1,271 organisasi kerajaan dan 1,931 syarikat swasta di 10,000 lokasi di Amerika Syarikat yang bekerja di bawah 16 agensi tersebut. Angka-angka tersebut menunjukkan betapa seriousnya komitmen Amerika untuk sentiasa memastikan kedudukannya sebagai kuasa nombor satu dunia.






Amerika sangat kenal Negara Khilafah yang diinginkan oleh umat Islam. Amerika juga sangat tahu apa akan jadi kepada kedudukannya serta masa depannya jika Negara Khilafah berjaya didirikan di bumi Syria atau di mana-mana negeri umat Islam yang lain. Oleh itu, Amerika akan menggunakan segala keupayaan dan kepakaran yang dimilikinya bagi mengatur strategi dan perancangan untuk menghalang tertegaknya semula Negara Khilafah. Apatah lagi, dalam situasi ini Amerika dibantu oleh kuasa-kuasa barat yang lain khususnya Russia, Perancis dan Britain yang juga tidak ingin negara Khilafah berjaya didirikan semula.

2.    Umat Islam Perlu Menang Dalam Dua Medan Peperangan.

Political concept yang sangat penting dalam usaha mendirikan semula Negara Khilafah di bumi Syria ialah mestilah bercirikan global. Negara Khilafah yang ingin didirikan adalah sebuah negara untuk semua umat Islam di seluruh dunia, bukannya untuk kumpulan atau golongan tertentu sahaja. ‘Aura’ globalnya harus dirasakan  sehingga umat Islam di seluruh dunia turut merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada Negara Khilafah yang didirikan dan  mereka merasakan bebanan tanggungjawab di atas bahu mereka untuk sama-sama melindungi dan mempertahankan Negara Khilafah daripada sebarang ancaman.



Untuk membentuk ‘Aura’ tersebut ianya memerlukan political struggle oleh umat Islam daripada dalam Syria  dan umat Islam di luar Syria. Harus diingat bahawa political struggle yang dilakukan oleh umat Islam sama sekali tidak akan terlepas daripada political struggle yang direncanakan di pihak Amerika beserta sekutu-sekutunya dan talibarutnya dari kalangan pemimpin-pemimpin umat Islam sendiri. Political struggle ini sudah pasti akan membentuk spectrum peperangan yang lebih rumit yang bukan hanya melibatkan peperangan secara fizikal sahaja tetapi juga peperangan dalam medan ‘Perang Pemikiran’.  Perang pemikiran merupakan peperangan yang sangat crucial berbanding dengan peperangan secara fizikal. Kegagalan demi kegagalan yang dihadapi oleh umat Islam dalam kebangkitan semula bukan kerana kekalahan dalan peperangan secara fizikal tetapi kalah dalam medan perang pemikiran.


Dalam usaha untuk mendirikan semula Khilafah di bumi Syria, perang pemikiran yang paling besar untuk dimenangi oleh umat Islam ialah membentuk tarikan magnet daripada dalam Syria dan juga luar Syria agar tarikan magnet tersebut dapat menghasilkan tenaga yang sangat kuat untuk menyatukan umat Islam. Amerika dan sekutu-sekutunya pula sudah pasti akan cuba memusingkan magnet tersebut agar menghasilkan daya tolakan daripada sesama umat Islam dari dalam dan luar Syria. Amerika dan sekutu-sekutunya mempersiapkan kekuatan dalam kedua-dua medan peperangan ini iaitu peperangan fizikal dan peperangan pemikiran. Oleh sebab itu, para kumpulan mujahidin yang sedang berjuang di Syria harus menyedari peranan mereka adalah sebagai ahlul quwwah untuk memenangi peperangan fizikal dan melindungi Negara Khilafah yang didirikan. 


Pemerintahan negara dan medan perang pemikiran mestilah diserahkan kepada Parti Politik Islam kerana ianya merupakan medan yang berbeza dan memerlukan keupayaan dan kepakaran yang berbeza.