Disunting Daripada :www.mykhilafah.com
Kerajaan
Malaysia telah menetapkan Hari Raya Korban (Eidul Adha) pada tahun ini jatuh
pada hari Ahad 5hb Oktober 2014. Manakala
kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa wukuf atau Hari Arafah (9
Zulhijjah) adalah pada hari Jumaat bersamaan 3hb Oktober 2014, maka hari korban
(yaum al-nahr) atau Hari Raya Korban di Makkah adalah pada hari Sabtu 10 Zulhijjah,
bersamaan 4hb Oktober 2014.
Perbezaan
ini akan mengundang beberapa persoalan kerana ia melibatkan beberapa masalah
hukum lain yang terkait dengan ibadah haji. Misalnya, umat Islam disunatkan
berpuasa pada Hari Arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat (3hb Oktober) Jadi,
bilakah sepatutnya umat Islam di Malaysia boleh berpuasa sunat Arafah? Adakah
pada hari Jumaat (3hb Oktober) yakni hari ketika jemaah haji sedang wukuf di
Arafah, atau pada hari Sabtu (4hb Oktober) sesuai dengan ketetapan pemerintah
Malaysia? Sedangkan jika berpuasa pada hari Sabtu (4hb Oktober), masalahnya
adalah hari itu bukan lagi hari Arafah, kerana jemaah haji di Makkah pada hari
itu sudah memasuki yaum nahr atau dengan
kata lain mereka sedang menyambut Hari Raya Korban. Jadi, sesiapa yang berpuasa
pada hari Sabtu bermakna dia berpuasa pada Hari Raya Korban, yakni hari yang
diharamkan untuk berpuasa.
Oleh
itu, apabila kerajaan Malaysia mengistiharkan Hari Raya Korban jatuh pada hari
Ahad (5hb Okt), sedangkan umat Islam ditanah suci Makkah merayakannya pada hari
Sabtu (4hb Okt) iaitu sehari selepas wukuf di Arafah (Jumaat, 3hb Okt), maka
sebenarnya umat Islam di Malaysia sedang merayakan Hari Raya Korban apa?. Ini
kerana hari raya korban sepatutnya dirayakan sehari selepas Jemaah haji wukuf
di Arafah. jemaah hari wukuf di Arafah pada hari jumaat (3hb Okt), hari dimana
umat Islam disunnatkan berpuasa. Manakalah hari sabtu adalah hari Raya Korban,
hari dimana umat Islam diharamkan berpuasa. Jadi, jika Kerajaan Malaysia telah
menetapkan bahawa hari Raya Korban jatuh pada hari Ahad, maka umat Islam di
Malaysia akan berpuasa sunat pada hari yang diharamkan untuk berpuasa. Macam
mana tu ???
Memang
terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan 1 Ramadhan dan 1 Syawal dikalangan
para ulama. Namun tidak ada perbezaan pendapat dikalangan ulama (Hanafi,
Maliki, Syafi’i dan Hanbali) dalam menentukan awal Zulhijjah, ianya WAJIB berdasarkan
rukyah penduduk Makkah. Umat Islam seluruh dunia wajib mengikuti rukyah
penduduk Makkah, tidak boleh melakukan rukyah sendiri.
Oleh
sebab itu, kaum Muslimin dalam sejarahnya senantiasa menyambut Hari Raya Korban
pada hari yang sama. Fakta ini dapat dilihat sejak masa Rasulullah SAW lagi dan
dilanjutkan pada masa Khulafa’ al-Rasyidin seterusnya Khilafah Bani Umayyah,
Abbasiyyah dan Uthmaniyyah.
Sesungguhnya kewajipan kaum Muslimin untuk menyambut Hari Raya Korban
ini secara bersama-sama (serentak) telah ditunjukkan oleh banyak nas syarak. Antaranya ialah:
(1)
Hadis A’isyah RA, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Eidul
Fitri adalah hari orang-orang (kaum Muslimin) berbuka (selesai Ramadhan) dan
Eidul Adha adalah hari orang-orang (kaum Muslimin) menyembelih korban” [HR
al-Tirmizi – lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, Beirut: Dar Ibn Hazm, 2000,
hlm 697, hadis No. 1305].
Imam
al-Tirmizi juga meriwayatkan hadis yang serupa dari Abu Hurairah RA dengan
lafaz:
“Bulan
puasa adalah bulan mereka (kaum Muslimin) berpuasa. Eidul Fitri adalah hari
mereka berbuka. Eidul Adha adalah hari mereka menyembelih korban” [Nailul Authar,
hlm 697 hadis No. 1306].
Imam
al-Tirmizi seterusnya berkata, “Sebahagian ahlul ‘ilmi (ulama) menafsirkan
hadis ini dengan menyatakan, ‘Sesungguhnya makna puasa dan Eidul Fitri ini
adalah yang dilakukan bersama jemaah (keseluruhan masyarakat Islam) dan
sebahagian besar manusia”.
Hadis
di atas secara jelas menunjukkan kewajipan berpuasa Ramadhan, ber-Eidul Fitri
dan ber-Eidul Adha bersama-sama orang ramai, iaitu maksudnya bersama kaum
Muslimin keseluruhannya dan langsung tidak timbul soal batas sempadan negara.
(2)
Dari Husain Ibn al-Harits al-Jadali, ia berkata:
“Sesungguhnya
Amir (Wali) Makkah pernah berkhutbah dan berkata, ‘Rasulullah SAW mengamanahkan
kepada kami untuk melaksanakan manasik haji berdasarkan rukyah. Jika kami tidak
dapat merukyah tetapi ada dua saksi adil yang berjaya merukyah, maka kami
melaksanakan manasik haji berdasarkan kesaksian keduanya” [HR Abu Daud dan
al-Daruquthni].
Imam
al-Daruquthni berkata, “Isnadnya bersambung (muttasil) dan sahih” [Lihat Imam
Syaukani, Nailul Authar hlm 841 hadis No. 1629]. Hadis ini dengan jelas
menunjukkan bahawa penentuan hari Arafah dan hari-hari pelaksanaan manasik
haji, telah dilaksanakan pada saat adanya Daulah Islamiyyah dengan ketetapan
rukyah oleh pihak Wali Makkah atau penduduk Makkah. Hal ini berlandaskan
perintah Nabi SAW kepada Amir (Wali) Makkah untuk menetapkan hari dimulainya
manasik haji berdasarkan rukyah. Di samping itu, Rasulullah SAW juga telah
menetapkan bahawa pelaksanaan manasik haji (seperti wukuf di Arafah, tawaf
ifadhah, bermalam di Muzdalifah, melempar jamrah dan sebagainya) harus
ditetapkan berdasarkan rukyah penduduk Makkah sendiri, bukan berdasarkan rukyah
penduduk Madinah, penduduk Najd atau penduduk negeri-negeri Islam lainnya.
(3)
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata:
“Sesungguhnya
Rasulullah SAW telah melarang puasa pada Hari Arafah, di Arafah” [HR Abu Daud,
An Nasa’i – lihat Imam Syaukani, Nailul Authar hlm 875, hadis No. 1709].
Berdasarkan
hadis ini, Imam al-Syafi’i berkata, “Di sunatkan berpuasa pada Hari Arafah (9
Zulhijjah) bagi mereka yang bukan jemaah haji”. Hadis di atas merupakan dalil
yang jelas dan terang mengenai kewajiban merayakan Hari Raya Korban pada hari
yang sama atas seluruh kaum Muslimin. Sebab, jika disyari’atkan berpuasa bagi
selain jemaah haji pada Hari Arafah, maka ini bermakna, puasa sunat bagi kaum
Muslimin (selain jemaah haji) juga akan berlaku pada hari yang sama. Jadi,
apabila hari Arafah telah ditetapkan oleh pemerintah Makkah pada hari Jumaat 3
Oktober, maka inilah harinya (3 Oktober) untuk umat Islam diseluruh dunia
(selain jemaah haji) untuk menunaikan puasa sunat Arafah.
Langsung
tidak timbul soal perbezaan hari/waktu di antara Arab Saudi dan Malaysia,
mahupun lain-lain negara di dunia. Malaysia hanya berbeza 5 jam sahaja dengan
Arab Saudi. Bagaimanakah perbezaan 5 jam ini tiba-tiba menyebabkan hari Arafah
atau Hari Raya Korban menjadi berbeza lebih dari sehari (24 jam)? Justeru,
benar-benar menyalahi nas sekiranya umat Islam di Malaysia berpuasa sunat pada
hari Sabtu (4 Oktober) kerena ketika itu merupakan hari penyembelihan korban di
Makkah atau dengan kata lain Hari Raya Korban. Sesungguhnya berpuasa pada Hari
Raya Korban adalah perbuatan yang jelas-jelas diharamkan oleh Rasulullah.
Terdapat
sebahagian daripada kaum Muslimin yang membolehkan perbezaan Hari Raya Korban beristidlal
(menyandarkan dalil) dengan hadis:
“Berpuasalah
kalian apabila melihat (rukyah) hilal, dan berbukalah kalian (ber-Eidul Fitri)
apabila melihat hilal. Dan jika mendung/awan menghalang (pandangan) kalian, maka
perkirakanlah”.
Beristidlal
dengan hadis ini untuk membolehkan perbezaan hari raya (termasuk Hari Raya
Korban) di antara negeri-negeri umat Islam dan untuk membolehkan penggunaan
kaedah hisab adalah istidlal yang sangat keliru. Kekeliruannya dapat ditinjau
dari beberapa aspek:
Pertama;
Hadis tersebut tidak menyentuh Hari Raya Korban baik secara langsung mahupun
tidak langsung. Hadis itu hanya menjelaskan tentang Eidul Fitri, bukannya Eidul
Adha (Hari Raya Korban). Maka dari itu, tidaklah tepat beristidlal dengan hadis
tersebut untuk membolehkan perbezaan Hari Raya Korban berdasarkan perbezaan
mathla’ (tempat terbit hilal), di antara negeri-negeri umat Islam.
Kedua;
Hadis tersebut telah menetapkan awal puasa Ramadhan dan Eidul Fitri berdasarkan
rukyatul hilal, bukan berdasarkan kaedah hisab. Pada hadis tersebut tak
terdapat sedikit pun dalalah (pemahaman) yang membolehkan kaedah hisab untuk
menetapkan awal bulan Ramadhan dan hari raya Eidul Fitri. Ada pun perkataan
Nabi yang berbunyi, “...jika mendung/awan menghalang (pandangan) kalian, maka
perkirakanlah” maksudnya bukanlah perkiraan berdasarkan kaedah hisab, tetapi
bermaksud sempurnakan bilangan (bulan) Sya’ban atau Ramadhan kepada 30 hari,
(bila hilal tidak kelihatan). Jadi, adalah teramat keliru jika menggunakan
hadis ini dan menetapkan tarikh Hari Raya Korban berdasarkan kaedah hisab.
Ketiga;
Andaikata kita terima bahawa hadis tersebut juga berlaku untuk Hari Raya Korban
dengan jalan Qiyas (padahal Qiyas tidak berlaku dalam hal ibadah yang bersifat
tauqifiyah) maka hadis tersebut justeru akan bertentangan dengan hadis dari
Husain Ibn al-Harits al-Jadali di atas, yang bersifat khusus untuk Eidul Adha
dan manasik haji. Dalam hadis penetapan Ramadhan dan Eidul Fitri, Rasulullah
SAW memberi autoriti kepada mana-mana orang Islam di seluruh dunia untuk
melihat hilal. Manakala dalam hadis penetapan Hari Raya Korban, Nabi SAW hanya
memberikan autoriti kepada kaum Muslimin/Amir/Wali Makkah untuk menetapkan
rukyah bagi bulan Zulhijjah dan untuk menetapkan waktu manasik haji khusus,
berdasarkan rukyah penduduk Makkah (bukan rukyah kaum Muslimin di negeri-negeri
yang lain).
Walaupun
Rasulullah telah membuat ketetapan tentang hari Hari Raya Korban bagi seluruh
kaum Muslimin berdasarkan rukyah penduduk Makkah, malangnya sebahagian besar
kaum Muslimin hari ini lebih mengikut ‘ketetapan’ yang dibuat oleh pemerintah
negara masing-masing yang justeru bertentangan dengan apa yang Rasulullah telah
tetapkan. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah membuat ketetapan Hari Raya Korban berdasarkan
wahyu dan hal ini telah menyatukan kaum Muslimin di seluruh dunia.
Anda Juga Mungkin Meminati :