Pakatan
Rakyat tidak akan berpecah selagi agenda menumbangkan Barisan Nasional dalam
PRU kekal menjadi keutamaan berbanding dengan matlamat perjuangan parti
masing-masing. Ini kerana PAS, PKR dan DAP dapat duduk bersama dalam satu saf
perjuangan kerana ketiga-tiga parti tersebut berkongsi agenda yang sama iaitu menubangkan
Barisan Nasional dalam PRU. Tanpa mengenepikan matlamat perjuagan parti dengan memberikan
keutamaan kepada agenda menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU, agak mustahil
Pakatan Rakyat dapat bertahan sehingga kini dan berjaya mencapai kemenangan
besar dalam PRU 13. Ini kerana, matlamat perjuangan parti-parti dalam Pakatan
Rakyat khususnya PAS dan DAP sangat berbeza dan banyak prinsip yang saling bertentangan yang boleh membawa kepada
pertembungan. Oleh itu, matlamat perjuangan parti masing-masing tidak boleh
diletakkan sebagai keutamaan dalam Pakatan Rakyat.
Jika
mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat mula menjadikan matlamat perjuangan parti
menjadi lebih utama berbanding dengan agenda menumbangkan Barisan Nasional
dalam PRU, maka itu akan membentuk retak yang boleh membawa kepada perpecahan
Pakatan Rakyat. Ini kerana perbezaan matlamat perjuangan khususnya diantara PAS
dan DAP umpama antara magnet kutub utara dengan kutub utara atau magnet kutub selatan
dengan kutub selatan yang tidak mungkin untuk dapat dicantumkan. Jurang perbezaan
matlamat perjuangan tersebut wujud kerana masing-masing parti dalam Pakatan
Rakyat lahir daripada ideology yang berbeza.
PKR
merupakan Parti Sekuler-Pragmatik, DAP ialah parti Sekuler-Sosialis manakala
PAS pula adalah Parti Islam. Berdasarkan ideologi tersebut PKR dan DAP mempunyai
matlamat yang lebih kurang sama iaiatu untuk membentuk masyarakat demokratik
berasaskan prinsip keadilan dan nilai sejagat, manakalah PAS pula mempunyai
matlamat untuk mendirikan Negara Islam berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh
itu, walau apa sekali pun yang dilakukan oleh para pemimpin atau golongan
intelektual dalam Pakatan Rakyat, mereka sesekali tidak akan dapat menyatukan
matlamat perjuangan DAP-PKR dengan PAS. Kecuali ada mana-mana parti yang
sanggup menggadaikan matlamat perjuangan mereka.
Namun timbul
persoalan, kenapa sebelum krisis Menteri Selangor terjadi, tidak timbul pula
tentang soal perbezaan matlamat perjuangan parti. Bahkan, Pakatan Rakyat
dilihat sebagai sebuah pakatan yang sangat utuh dan mempunyai potensi yang
sangat besar untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional ???
Jawapan
kepada persoalan tersebut ialah kerana ikatan yang membentuk Pakatan Rakyat
adalah ikatan yang sangat lemah dan mudah untuk diputuskan. Apatah lagi PAS dan
DAP mempunyai ideologi yang saling bertentangan. Oleh itu, apabila
tanggungjawab untuk membuat keputusan telah berada diatas bahu mereka terhadap
sesuatu isu yang berlaku seperti pertukaran Menteri Besar Selangor, maka keputusan
atau pendirian yang ingin diambil tidak boleh lari daripada dipengaruhi oleh
prinsip dan matlamat perjuangan parti. Berbeza halnya ketika tanggungjawab
untuk membuat keputusan tidak berada diatas bahu mereka. Perbezaan pendirian
dan matlamat perjuagan mereka ketika itu tidak teruji dengan isu yang berlaku
kerana mereka tidak perlu membuat keputusan atau mengambil tindakan. Maka,
mereka boleh terus bersama-sama fokus menyerang segala kelemahan dan keputusan
yang dibuat oleh Kerajaan Barisan
Nasional.
Namun
ketika ini, selain daripada perbezaan pendirian dan keputusan yang berkaitan
dengan isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang telah pun meretakkan hubungan
parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Isu hudud nampak gayanya bakal menjadikan
retak tersebut menjadi bertambah besar dan berpotensi untuk membawa kepada
perpecahan. Namun, ianya bergantung bagaimana pemimpin-pemimpin utama Pakatan
Rakyat menghadapi isu tersebut. Jika, mereka dapat menggelakkan daripada
pertembungan yang berkaitan dengan matlamat perjuagan parti masing-masing, maka
Pakatan Rakyat akan dapat diselamatkan daripada perpecahan. Namun, jika isu ini
iaitu isu hudud dijadikan modal untuk mempertikaikan atau mempersoalkan
matlamat perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, maka itu pentanda bahawa Pakatan
Rakyat akan menuju kepada perpecahan. (Baca : Teras Perjuangan Gerakan Islam )
Anda
Mungkin Juga Meminati :